Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, August 9, 2011

Hasan Ali Sudah Berbunyi Seperti Zul Nordin

Zulkifli Nordin sebelum dipecat telah mengeluarkan kata-kata berikut:

KUALA LUMPUR, 27 Jan - Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baharu, YB Zulkifli Nordin lebih rela dipecat daripada PKR jika ketegasannya memperjuangkan isu Islam menerusi parti itu tidak disenangi oleh kepimpinan. Zulkifli dilihat begitu agresif untuk mempertahankan larangan penggunaan kalimah Allah oleh non Muslim di Malaysia sejak ia diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur beberapa minggu yang lalu.


Hasan Ali pula baru membuat kenyataan berikut:

"Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor.”


Maka, bunyi Hasan Ali sudah seiras-iras bunyi Zulkifli Nordin. Masing-masing menyatakan kesediaan mereka untuk dipecat kerana "memperjuangkan Islam".

Setakat ini, bukti yang dikatakan bukti itu yakni dalam bentuk "itenerary" masih belum ditunjukkan kepada umum. Yang ada hanyalah cebisan kertas kuiz berkaitan Islam yang dibuang dalam tong sampah. Bukannya kuiz berkenaan agama kristian tapi berkenaan agama Islam.

Adakah Hasan Ali sedang bersedia untuk melompat menjadi BEBAS seperti Zul Nordin? Adakah beliau mahu membina imej seorang pejuang Islam sebelum beliau melompat memandangkan masa depan beliau dalam PAS begitu muram?

Jelasnya, petanda-petanda Hasan Ali mengikut jejak langkah Zul Nordin begitu jelas. Cumanya, kalau Hasan Ali berani melompat sebegitu, terdapat beberapa dokumen yang akan mendedahkan siapa sebenarnya Hasan Ali yang bakal didedahkan. Maka, tidak wajar bagi Hasan Ali mengikut jejak langkah Zul Nordin itu.

Tulang Besi

ps jangan lupa, kalau dahulu ZUl Nordin begitu kuat mempertahankan hukum qazaf. Sekarang dia nombor satu buat dosa qazaf. Dia kata video boleh jadi saksi gantikan 4 saksi.


4 comments:

Anonymous said...

islam vs undi....
gadai agama kerana undi...

andi said...

pelik asal takbir tu tak setakbir dengan pas maka semua salah.....tulang besi walaupun anda menentang umno tapi bila bab islam dimana letaknya pendirian tulang besi?

sedih saya....dalam kalangan pembangkang yang kononnya memperjuangkan islam tapi bila ada betul-betul perkara yang melibatkan islam semua duduk tepi buat muka bebal.

tungkaran hati.blogspot said...

salahkah Hasan Ali membongkar kebenaran? atau PAS sengaja ingin menutup kebenaran demi kerana politik(takut kepada DAP) dengan pelbagai dolak-dalik....

Anonymous said...

andi,

saya pulak tak tau nak kata apa bila tengok org x paham isu2 macam ni. susah nak terangkan, ada masa org sengaja buat2 x paham, tapi mungkin jugak memang ada yg betul2 x paham.

sepak terajang dunia politik dan dunia tipu daya ini sgt.. cam tersirat kot, kena matang kena buat kajian kalau nak paham. jgn tengok pd yg tersurat tapi tengok pd yg tersirat.

pas bukanlah parti yg taksub, org lain semua salah, dia aja yg betul. even dap yg non-muslim pun pas boleh berkerjasama atas dasar menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.