Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, August 28, 2011

Kalau Mahu Terima Zakat dgn Cepat, Jumpa Gereja Dahulu

Hasan Ali telah mengisytiharkan penubuhan "Unit Selamatkan Akidah". Antara tujuan utama penubuhan unit ini adlaah supaya permohonan zakat dipercepatkan bagi orang Islam yang telah menerima bantuan dari gereja dan badan kebajikan kristian.

Kalau saya orang susah, dan selama ini saya diabaikan oleh Pusat Zakat Selangor, cara terbaik adalah dgn saya ke gereja terdekat dan meminta bantuan. Selepas itu, saya lapor pada Unit Selamat Akidah bahawa saya dalam bahaya murtad sbb saya dibantu gereja.

Dan barulah layanan menjadi laju.

Penubuhan unit ini menampakkan kebodohan Hasan Ali. Selama 3 tahun beliau pegang Exco Agama, beliau telah gagal reformasi Pusat Zakat Selangor. Ia juga menampakkan kegagalan 50 tahun UMNO berkuasa ke atas sistem zakat di Selangor. Pengagihan zakat sebegitu lemah dan korup menyebabkan ramai orang Islam yang miskin kesempitan dan terpaksa meminta pertolongan dari badan kebajikan Kristian.

HAsan Ali tidak mahu membetulkan sistem zakat yang telah hancur akibat pengaruh UMNO. HAsan Ali cuma mahu meneruskan propaganda UMNO kononnya ada usaha kristinisasi di Selangor.

Padahal, badan2 kebajikan Kristian ini hanya mahu membantu mereka2 yang susah kerana mereka ada banyak dana untuk membantu orang2 susah. Apabila bantuan2 sebegini diberikan, maka secara otomatik orang2 Islam yang lemah kefahaman Islam tertarik kepada agama Kristian.

Kelemahan sistem zakat di Malaysia adalah akibat pentadbiran UMNO yang anti ISlam selama lebih 50 tahun. Itu adalah HAKIKAT yang tidak dapat dinafikan lagi.

Bayangkan, Raja Najashi di Habshah yang bersimpati dengan Nabi SAW tapi tidak dapat masuk Islam kerana faktor tentangan dalaman yang begitu besar. Raja Najashi telah melayan rombongan yang Nabi SAW hantar dengan begitu baik dan mulia. Akibat dari baik hatinya Raja Najasyi, maka masuklah salah seorang sahabat Nabi kepada Kristian.

Jadi tak hairan lah orang2 Islam yang menerima bantuan dari badan kristian ini tertarik dgn agama mereka walaupun badan2 kristian ini tidak menyebarkan agama mereka. Cuma menyebarkan bantuan kepada yang perlu.

Bagi saya, kalau ada berlaku murtad adalah hasil kegagalan UMNO memastikan sistem zakat di Selangor adil dan saksama.

PENGALAMAN TULANG BESI

Oleh kerana kejadian DUMC ini berlaku dalam PAS KAwasan PJ Utara yang mana Tulang Besi pernah menjadi Ketua Penerangan, adalah Tulang Besi sedikit sebanyak pengalaman dengan orang-orang Islam yang susah di kawasan tersebut.

Semua kampung2 setinggan dalam PJ Utara telah Tulang Besi lawati seperti Kampung Lanun, Kampung Damansara Baru, Kampung Taman Aman, Kampung Sungai Way dsbnya.

Sepanjang Tulang Besi aktif di sana Tulang Besi berjumpa dengan ramai orang2 Islam yang susah dan merempat.

YANG HAIRANNYA adalah tak pernah sekali pun Tulang Besi berjumpa dengan seorang pun orang2 susah ini yang mendapat bantuan dari Pusat Zakat Selangor. TIDAK PERNAH SEKALI PUN.

Pusat Zakar Selangor ni perlu direformasi dan diletakkan dibawah pengawasan orang yang beriman dan beramal soleh. MAsanya umat Islam bangun dan memaksa Pusat Zakat Selangor ini mengikut lunas Islam. Kalau tidak sampai bilalah masalaah ini tidak selesai.

Perlu dihantar satu pasukan audit antarabangsa dan mengaudit Pusat Zakat Selangor bagi memastikan setiap sen wang zakat sampai pada yang berhak.

Laknat ALlah SWT kepada mereka yang mempermainkan wang zakat dan mereka yang tidak menyalurkan wang zakat kepada yang perlu dan layak.

Perlu diingat, zakat adalah HAK ORANG MISKIN bukannya ia satu bentuk minta sedekah. Dimanakah pungutan zakat yang berjumlah berjuta-juta setahun itu? Pernah Khir Toyo meluluskan peruntukan dari wang zakat untuk pertandingan golf. Baru2 ini wnag zakat digunakan oleh UMNO untuk mengagalkan percubaan Anwar Ibrahim membicarakan Saiful Al Kazzab di bawah tuduhan Qazaf di mahkamah syariah Wilayah Persekutuan.

Tulang Besi

ps Ikuti kesah benar salah seorang yang menerima bantuan gereja tersebut dari artikel Dr Asri Zainal Abidin:

"Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat. Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan.

Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja.

Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah.





3 comments:

Anonymous said...

Dalam pengalaman saya berurusan dengan jabatan agama islam,

saya dapat tahu jawatan di dalam pusat islam diisi olih ptd-

pegawai tadbir dan diplomatik. Begitu juga semasa mesyuarat

tahunan di masjid dekat kawasan rumah saya pengarah jabatan agama

yang datang ke mesyuarat juga ptd.


Heran, tapi benor.


Macam islam hatari [idea sampah si jawa totok hamit,mentri agama bn]

dan mantan pm si dolah mat mata layu.


Sistem yang tak de moral ini hanya bolih dirombak hanya bila ada

penukaran rejim. Mat mat yang memimpin um-por-no sangat lalai

dengan syiok sendiri,pompuan , karaoke , golf sampai takde masa

nak tengok hal agama.


Tak mungkin um-por-no ada niat nak buat upgred ke ape di jabatan agama.



Bayangkan betapa cincai sikap opiser/hakim melayu di dalam isu

penggunaan Allah .


Kuasa Melantik Hakim
----------------------



Yang berkuasa menetapkan siapa yang akan hakimi kes penggunaan Allah -hakim melayu

[nota-kalau kat uk , ketua hakim mahkamah rayuan -Master of the Rolls, akan tentukan

siapa akan hakimi kes di mahkamah tinggi]

Kemungkinan besar sistem kehakiman malaysia ikut sistem mahkamah uk.

Tapi yang buat penghakiman pasal penggunaan Allah ialah hakim Kristen gak.


Mungkin standard hakim melayu kita lebih kurang macam opiser/dpp mi-spik-no-inglis

yang terlibat dalam inkuiri kes tbh dolu dolu. Terlampau low sangat!!!!


Bila hakim kristen kata Allah bolih di gunakan oilh kristen, terjerit pulak gerombolan

um-por-no . Bangkit isu murtad olih kristen. Bila buat keputusan dolu tak pulak

kisah akan akibat kelekaan opiser/ hakim melayu untuk pilih hakim kristen untuk

hakimi kes penggunaan Allah itu.


Bila rumah udah terbakar barulah nak cari pemadam api. Betul ngok gerombolan um-por-no!!!



Berbalik pada usaha upgred jabatan agama/zakat
-------------------------------------------------



Mat um-por-no takde time. Mereka busy teropong lubang

anu si saipol -nak check kalau ada cerita baru mereka

nak malukan si anwar


wak pusin

orang kedah said...

Takkan semuanya nak letakkan kesalahan atas kepala Hassan Ali. Yang aku tahu di kebanyakan negeri kerajaan tak ada kuasa atas Pejabat Agama dan pejabat zakat. Kelantan dah lama alami keadaan itu. Jabatan tu berkiblat pada istana saja bukan pada kerajaan.

Hang mai tengoklah di Kedah ni pun serupa macam tulah juga. Dapat zakat sampai berpuluh juta tapi kerajaan negeri tak boleh nak buat apa. Pejabat zakat sudah jadi macam kerajaan dalam kerajaan. Di satu pejabat zakat yang aku singgah baru baru ni, gambar MB pun tak ada.

Apakah bila terjadi sesuatu kes di Kedah serupa macam di Selangor tu, mau salahkan Ustaz Azizan juga...?

Waris said...

Assalamualaikum... To be fare janda tersebut perlu juga disiasat kerana menurut sumber makan minum sekolah anak-anaknya diberi bantuan penuh oleh pusat zakat. Malah perniagaan janda tersebut juga dimodalkan oleh pusat zakat.

Kita perlu berhati-hati dengan sikap manusia oportunis ditakuti menjadi fitnah. Saya khuatir janda tersebut mengambil kesempatan, duit zakat dia sebat dan duit gereja pun dia rembat.

Memang diakui pengurusan intitusi Islam sangat lemah tetapi mengikut sumber takkan keuntungan perniagaan janda tersebut juga perlu ditanggung oleh pihak zakat? Cukuplah modal perniagaan saja yang ditaja.

Sila siasat betul-betul...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.