Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, August 22, 2011

Kempen Doa Bagi Mengagalkan Penipuan UMNO dalam PRU13

Menyedari kita insan yang lemah, tiada kekuatan dan tiada kekayaan, maka terpaksalah kita insan yang daeef mengembalikan urusan menghalang penipuan UMNO ini balik kepada Allah yang Maha Memberi Balasan/Ancaman(Al Muntaqim) Maha Penghukum (Ad Daaar), Maha Memenangi (Al Qahhar)dan Maha Memaksa (Al Jabbar).

Di bawah ini, Tulang Besi mencadangkan beberapa rangkap doa bagi kegunaan semua yang membaca sempena 10 hari terakhir Ramadhan. Di mohon membaca doa ini setiap hari sepanjang 10 Ramadhan terakhir ini.

Selepas Ramadhan, diminta membaca setiap kali solat tanpa henti. Kalau mahu membuat kalimah doa sendiri pun takpa, di bawah ini cuma cadangan Tulang Besi sahaja.

Semoga doa-doa kita dimakbulkan Allah SWT. AMIN!!!

DOA SEMOGA ALLAH GAGALKAN PENIPUAN UMNO DALAM PRU-13
Ya Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang menjadikan langit dan bumi serta menggerakkan awan. Kami hamba Mu yang lemah dan daeef sujud memohon kepada Mu. Sesungguhnya UMNO dan Barisan Nasional akan menipu dan berbohong dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Ya Allah Ya tuhan kami, pohon kami semoga Kau menurunkan Bala Tentera Malaikat Mu dan mengagalkan segenap penipuan mereka ini, Ya Allah. Pastikan setiap penipuan mereka itu memakan diri mereka sendiri.

Ya Allah, ko turunkan Bala Mu pada setiap yang bertanggungjawab di atas penipuan2 ini samada mereka duduk di dalam Jabatan Pendaftaran Negara, Kementrian Pertahanan, Kementrian Dalam Negeri, Imigresen, SPR dan mana-mana lagi. Turunkan bala ke atas mereka sekiranya mereka terus menerus mahu menipu, Ya Allah.

http://www.blogger.com/img/blank.gif
Tulang Besi

.

ps Ada satu laman web yang cukup baik dari segi menerangkan sifat-sifat Allah SWT
http://wahiduddin.net/words/99_pages/hasib_40.htm

3 comments:

Anonymous said...

amin ya rabbul aaalamin...

insyaallah kita akan berdoa selalu, cadangan yg bagus, cuma ayat kita letak biar sbg hamba yg tak tahu (lemah pengetahuan dlm perancangan Allah), jika sekiranya amno nak menipu, maka aku mohon pertolonganMU, halanglah mereka.. bla bla..

Aku benci kejahilan UMNO said...

Jangan lupa baca selawat sekali. Kalau tak doa tergantung.

Anonymous said...

Dalam doa pun ada double standard?

Kalau betul ikhlas, masukkan sekali PR, PKR, PAS dan DAP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.