Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, August 19, 2011

Kenapa NGO2 Islam Tidak Lapor Pasal Masjid Qadyani di Kampung Nakhoda?

Tulang Besi terbaca keratan akhbar di bawah yang diemailkan kepada Tulang Besi. Soalan Tulang Besi adalah mengapa NGO2 ini tidak mendesak JAIS untuk mengambil tindakan menutup masjid Qadyani di Kampung nakhoda. Ajaran Qadyani adalah lebih berbahaya dari Krisitan kerana lagak mereka seiras seperti orang Islam. Mereka juga solat, berpuasa, berzakat dsbnya.

Namun, mereka percaya Miraz Ghulam Ahmad adalah Nabi selepas Nabi Muhammad SAW.

Masjid Qadyani masih terus tersergam indah walaupun telah ada fatwa mengkafirkan Qadyani di Selangor semenjak 1975 lagi.

Hairan juga tindakan JAIS yang tidak menutup masjid ini selepas lebih 50 tahun beroperasi.

Saya teringat salah satu ceramah arwah Ustaz Fadzil satu masa dahulu, bahawa terdapat ramai ahli2 dan aktivis UMNO yang menganut fahaman Qadyani ini. Tak hairan walaupun fatwa telah keluar tahun 1975, masjid Qadyani terus diizinkan beroperasi sampai hari ini.

Atas sebab itulah Tulang Besi amat yakin tindakan-tindakan seperti di bawah tiada kena mengena dengan usaha membenteras murtad. Ianya lebih kepada menjayakan propaganda serta kempen politik UMNO dan Barisan Nasional semata-mata.


KLIK IMEJ
TULANG BESI




6 comments:

Anonymous said...

//Ajaran Qadyani adalah lebih berbahaya dari Krisitan kerana lagak mereka seiras seperti orang Islam. Mereka juga solat, berpuasa, berzakat dsbnya.//
India is the land of mystics,yogis,spiritual,and yogis..ever heard of Shirdi Sai Baba,Kabir?The problem with islam in this country is ,too much of fear factor" plus adu domba plus ultra puritan nonsense frm para auta ularmaks have entered the subconscious of the muslims of this country.as result we see even more dangerous versi of islam such as islam "liberal" al auta al hadari,al kuntut fatwa fatwis frm moralist pricks.ISALM IS POWER ..POWER OF THE SUPREME CONSCIOUSNESS,POWER OF TRUTH,POWER OF LOVE/DELIGHT,POWER FROM HEAVEN CONQUERIING EARTH.

dino.yp@gmail.com said...

apasal nak tunggu NGO Islam buat laporan. Kau tu buat apa? Pegilah buat laporan ! Bodoh tak boleh diajar sorang ni!

Anonymous said...

Memang ajaran qadyani sangat merbahaya kepada orang Islam jadi kalau gombak dibawah negeri selangor dipimpin olih pakatan rakyat , apa tunggu lagi ambil tidakan sewajarnya tutup masjid berkenaan.

misnona said...

saya teringat seorang qaiyani membawa loceng dan duduk di depan bangunan Maybank Puduraya, dia goyang loceng dan sebarkan risalah dalam tahun 80-an, saya ambil satu dan baca. itu adalah risalah qadiani dari kg.nakhoda. risalah itu entah di mana.dulu saya jadikan rujukan. sebenarnya perkara yang sama telah saya fikirkan, kenapa isu qadiani tidak dapat diselesaikan? sudah berapa generasi? mungkin di kampung itu AJK pun dah bergantian.mereka solat dan puasa macam kita, tetapi keyakinan mereka kepada ghulam mirza amat kuat. hairan Jais tak buat apa, memang dari dulu orang anggap ia ada kaitan tertentu dengan "orang-orang mereka" yang tak mahu diganggu gugat. inilah tanggapan dangkal orang ramai apabila kes ini didiamkan sahaja. walau isu lama ia boleh ditimbulkan semula sesuai dengan kebisingan semasa tentang "pesta seks" yang dipropagandakan oleh TV3, padahal hanya perjumpaan para aktivis bukan perjumpaan pada homo dan lesbi.

Anonymous said...

Orang yang berusaha menyelidik jua yang akan diberikan keluasan berfikir didalam mencari kebenaran. Kebenaran adalah dari Allah swt. Maka selidikiklah sebelum kita menyesal dengan apa yang kita perbuat. Pergilah ke Kampung Nakhoda tu, pintunya TIDAK PERNAH tertutup untuk PENCARI KEBENARAN.

Anonymous said...

Ada MATA buta,
Ada TELINGA pekak,
Ada Lidah tabur Fitna.
Nauzubillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.