Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, August 4, 2011

Kisah di Sebalik Perletakan Jawatan Naib Cancelor Unicel


Utusan Meloya bersemangat memainkan isu perletakan jawatan Dr Datuk Dr Rosti Saruwono dari jawatan Naib Cancelor Universiti Selangor (Unisel).

Alasan yang diberi oleh Dr Rosti adalah:

"Sah saya letak jawatan berkuat kuasa 3 Ogos (esok). Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Ketiga-tiga orang yang tidak sanggup dipecat oleh Dr Rosti adalah:

1.0 Pendaftar, Rokmaa Mat,
2.0 Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman
3.0 Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah

Apa yang tidak dilapurkan oleh Utusan Meloya adalah Rokmaa Mat adalah Mak Saudara kepada bekas Menteri Besar, Khir Toyo.

Ketiga-tiga orang ini telah disiasat oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Mesyuarat Exco Selangor. Dikatakan laporan dari Jawatankuasa itu membuktikan terdapat banyak kes salahlaku yang melibatkan kewangan serta pemberian kontrak dan juga masalaah moral.

Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah disebabkan Rokmaa Mat ini mak saudara kepada Khir Toyo, beliau amat berkuasa di Unisel. Sehingga segala-gala yang berlaku di Unisel dikawal oleh beliau.

Dikatakan juga, Dr Rosti pula adalah seorang penyokong tegar UMNO. MB melantik beliau kerana ingatkan beliau seorang yang professional dan komited kepada tugas Naib Cancellor.

Namun, apabila menduduki jawatan tersebut, beliau terus menyokong “geng UMNO” dan membiarkan Unisel ditadbir seolah-olah Selangor masih diperintah UMNO. Dan Rokmaa Mat ini terus bermaharajalela.

Itu maklumat yang Tulang Besi dapat dari sumber dalaman kerajaan Selangor sendiri.

Bayangkan berapa kali Nurul Izzah tidak dibatalkan program beliau di Unisel. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Dengan kata lain, Dr Rosti meneruskan penguasaan UMNO ke atas Unisel melalui Rokmaa Mat.

Dan dalam setiap pentadbiran UMNO, mesti ada korupsi. Atas sebab2 ini juga ketiga-tiga di atas mahu dipecat.

Tak hairanlah Utusan Meloya bersungguh-sungguh mempertahankan beliau.

Faktanya adalah Dr Rosti tidak mahu memecat beberapa nama yang salah seorangnya mak saudara Khir Toyo.

Hairan juga. Arahan untuk memecat ketiga-tiga orang ini bukan datang dari MB Selangor. Ianya diputuskan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh MB Selangor, pegawai2 kerajaan, Dr Rosti sendiri serta kesemua Timbalan Naib Cancelor di Bangunan SUK.

Laporan dari JK Exco itu telah dibentang dalam mesyuarat tersebut bersama-sama dengan segala bukti yang beliau perlu.

Juga, dalam mesyuarat itu, Dr Rosti tidak membantah. Tidak mempersoal hasil laporan JK yang ditubuh Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Namun, tiba-tiba beliau letak jawatan dan tidak mahu melaksanakan keputusan yang dipersetujui bersama itu. Beliau tuduh pula keputusan itu tanpa sebab dan tidak mengikut proses.

Maka, apabila beliau kata pemecatan itu "tanpa sebab dan tidak mengikut proses" jelas beliau BERBOHONG. Sudah ada JK Khas yang ditubuh Exco bagi menyiasat ketiga-tiga orang ini.

Jelas, perletakan Dr. Rosti adalah kerana beliau tidak sanggup menghapuskan legasi UMNO dalam Unisel. Itu sahaja. Mungkin beliau rasa beliau akan khianat pada UMNO kalau ketiga-tiga orang ini dipecat.

Tulang Besi

Rosti Resigns As Unisel Vice-chancellor
SHAH ALAM, Aug 2 (Bernama) -- Datuk Dr Rosti Saruwono has resigned as Universiti Selangor (Unisel) vice-chancellor, effective tomorrow, after giving 24-hour notice.

He confirmed his resignation from the post via SMS to Bernama after being asked about the news.

"There was a decision that I was not willing to make, that was, to terminate the services of three Unisel officials without the due process," he said as among the reasons for him to quit the post.

Hailing from Klang, Rosti had once been deputy president of Petronas' Education Division and was the first rector of Universiti Teknologi Petronas before being appointed Unisel vice-chancellor on March 2, 2009.

He replaced Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus who vacated the post in July 2008.

When newly appointed to the post, Rosti had said that he would not be a "Pak Turut" (lackey) to any quarters and would ensure that the state government-owned university would not be used to serve anyone's political interest.

According to sources, Rosti was ordered by the Unisel leadership to terminate the services of its registrar Rokmaa Mat, dean of the Business Faculty Prof Dr Khalifah Othman and director of marketing and corporate communication, Halid Hasbullah.

-- BERNAMA



10 comments:

dino.yp@gmail.com said...

sudahlah TB, sapa lagi nak dengar cakap kau ni.asyik2 sumber dalaman... tak ada hujah lain . baik kau hentikan kerja tak ada faedah ni. carilah rezki yang halal . asyik adu domba bila kau nak maju.

Anonymous said...

Syabas TB,kalau pencacai Apno yahudi tu tak percaya,suruh dia baca blog lain dari blog ni.Siapa pun tak jemput dia mencacai disini, dah dasarnya buta hati akibat keturunan Apnonya yang makan wang haram dia tak dapat membezakan yang hak dan yang batil.

Anonymous said...

oooo begitu rupanya, t/kasih kerana memberi maklumat yg benar, ada baca berita hairan, nak jugak tau cerita sebenar dr sumber yg boleh dipercayai sbb dah tau paper amno bukan leh caya.

htgn s said...

terima kasih Khalid kerana kau sanggup tendang para melaon ini, tiada kerja lain selain dari nak menyamun dan merompak harta rakyat.
HIDUP KHALID MAMPUS TAIK UMNO

Anonymous said...

Pisau.net juga mendedahkan bahawa TNC Mohamad bin Daud terlibat dalam usaha menggulingkan Naib Canselor Unisel, Dr. Rosti, yang baru-baru ini meletak jawatan. Khabarnya memorandum yang ditandatanganinya mengandungi konspirasi politik di Unisel.

Agak menghairankan, mengapa Khalid Ibrahim mahu 3 pegawai Unisel disingkirkan dari jawatan masing-masing. Ada sesiapa boleh jawab? Seperkara lagi, mengapa wujud campur tangan politik dalam pentadbiran Unisel?

Setahu aku, Unisel ditubuhkan di zaman BN tidak pernah punya sebarang masalah sebab Kerajaan Negeri tak pernah campur tangan dalam hal ehwal pentadbirannya. Sebab tu ada sesetengah pensyarah, dekan dan pegawai Unisel bebas untuk menyokong Pakatan Haram...tiada sekatan ketika itu. Tapi kenapa kini disekat dan ada campur tangan politik?

Inikah yang diwar-warkan sebagai SELCAT oleh Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor? Rasanya SELCAT hanya wujud pada nama. Tiada kreadibiliti untuk dipercayai langsung. Korang percaya ke pada SELCAT dan Kerajaan Khalid Gagap tu lagi?

p/s: Sampai bila nak bagi si Gagap tu tadbir Selangor?

V7 said...

aku cabar kau buat sumpah laknat macam saiful dan eskay buat bahawa apa yang kau tulis ni adalah benar kalau tidak Allah SWT akan laknat kau...setakat cakap macam kat kedai kopi, bapak kau pun tak akan percaya cakap kau tu...aku cabar kau wahai rahman talib buat sumpah laknat tu...kau kau ada kote lah...

Anonymous said...

Bila Harga Ayam nak Turun

AkuStaffUnisel said...

Rahman Talib.. jgn setakat bukti dalaman tp kurang jelas ko dh menjejeh mcm2 kt sini.. Buktikan benar apa yg ko ckp ni jgn smpi diri ko tu munafik menabur fitnah di bulan ramadan yg mulia ni.. Nauzubillah

Anonymous said...

Haramjadah spekulasi kau buat. Lagi ramai PAS macam kau, lagi cepatlah PR hancus di Selangor.

Dendam mangsa prejudis dan korupsi PKR di selangor akan terbalas PRU13 ini.

Nampak sangat PKR bawah Khalid gagal berubah sikap dan sama macam UMNO. Tidak profesional, politik tanpa had dan kronisme.

Sudahlah bodoh buat bisnes, bagi muka dekat cina jahanam dan lekehkan melayu Islam dan hancurkan masa depan orang lain.

Silap besar sebab PKR paling tadah serang penyokong mereka sendiri dalam GLC atas sebab prejudis bodoh.

Anonymous said...

Rosti bongok. rokmaa buat mcm harta mak bapak dia agaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.