Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, August 15, 2011

Kumpulan Kenyataan2 Menghina Islam Pimpinan UMNO

NOTA EDITOR: Tak dengar pula UMNO memperjuangkan hudud dan murtad masa ni? Hairan hairan


1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.

4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.

5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.

8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.

9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.

10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.

11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.

12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.

15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.

16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.

19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.

20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92

Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat.

1. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat” - Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.

3. “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)

Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila tiga orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS.

Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya.

Kenyataan-Kenyataan Tun Dr. Mahathir Dalam Kes Tersebut.

1. “Saya bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2. Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung UMNO, PWTC)

Mengizinkan Maksiat/Membela si Pemaksiat (Kes 'The Zouk', Ampang)

1. "Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya". - Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun 2001

2. “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” - Dato’ Rais Yatim, Jun 2001

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar, Jun 2001: menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras.

8 comments:

Anonymous said...

apa lagi nak kecoh...kan hadi awang tok guru orang-orang pas dah kata negara islam dah tak ada dalam quran...yang ada cuma negara kebajikan...

Anonymous said...

bro izinkan aku copy

Anonymous said...

Tidakkah anda nampak betapa terSUSUNnya agenda mereka untuk mengHANCURkan ISLAM di NEGARA ini?

1) DAP La'anatullah perkenalkan SEKATAN untuk orang ISLAM

2) Lebai-Lebai PAS pakat SOKONG

3) Para Wahabbi dan SYIAH akan putar BELIT segala macam HADIS untuk menyokong agenda tersebut..

Semuanya terSUSUN cantik hanya dengan satu TUJUAN iaitu untuk memBOLEHkan DAP La'anatullah menguasai POLITIK seterusnya mengubah sejarah, Perlembagaan NEGARA, polarisasi kaum dan AGAMA mengikut SKRIP ciptaan DAJJAL..

Ketika umat ISLAM di NEGARA ini patut bersatu HATI dengan isu-isu SENSITIF meLIBATkan agama mereka, para Wahabbi, SYIAH dan Lebai-Lebai PAS pulak bertindak sebaliknya.. Kalau di Kedah dan Selangor para Wahabbi, SYIAH dan Lebai-Lebai PAS ini terpaksa TUNDUK kepada kehendak DAP La'anatullah, sudah TENTUlah di Pulau Pinang yang terang-terang di bawah REJIM ini pun terpaksa TUNDUK menyembah BUMI, ikut sahaja apa kehendak mereka.. Yang PELIKnya, di Kelantan dan Terengganu yang 'HARDCORE' dengan Lebai-Lebai PAS turut sama menyembah jilat PONGGONG tu apa ke HALnya? Dah DUNGU sangat?

Anonymous said...

“Hudud bukan agenda bersama Pakatan Rakyat, mana-mana negara nak laksanakan hukum hudud kena ikut prasyarat... kalau tidak, tidak boleh (laksanakan).

“Antara prasyarat adalah keadilan ekonomi, gaji minumum, kalau mencuri sebab miskin tidak boleh laksanakan (hukum hudud), pemerintah yang perlu dipersalahkan.

“Hudud tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat, kalau PAS mempunyai kuasa mutlak... dapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen, perkara pertama yang akan dilakukan PAS bukan hudud,” katanya pada sidang media di sini.



1.diatas tu kata-kata maddet ke juga oii!!
2.tu la pandangan puak barua kapiaq!!kalau hang nak tau!!!

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=24IL87FFoFU

Anonymous said...

Melihat tindak-tanduk dan reaksi kelam-kabut para pemimpin PAS, benar-benar menggelikan hati. Wayang dan lakonan mereka kalah watak Wak Long dan Wak Dogol dalam wayang kulit Kelantan yang sangat masyhur itu. Dan lakonan mereka bukannya untuk umat Islam, sebaliknya untuk menyelamatkan tengkuk serta kedudukan mereka pada PRU13 nanti.

Rata-rata pemimpin kecil PAS seperti Khalil Idham Lim yang sebelum ini akan mengupas apa-apa sahaja isu, tutup mulut sebab kebimbangan terhadap pengaruh undi yang bakal diterima. Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man langsung jadi syaitan bisu. Bekas Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad pula macam dah ditelan naga… hanya mampu bercerita tentang peranan puasa yang melatih diri supaya simpati kepada orang miskin. Cerita yang sebenarnya sudah basi dan sudah terlebih retorik berbanding fakta sebenar tentang ibadah puasa yang lebih menjurus kepada tasauf diri dan latihan istiqomah agar bertaqarrub kepada Allah Taala.

Mungkin PAS tidak menyangka, reaksi yang diberikan kepada kemelut JAIS-GMDU tidak sepertimana yang diharapkan. Tindakan JAIS yang dilihat dapat memberikan pengaruh yang lebih besar kepada PAS dalam tuntutan mereka untuk mendapatkan lebih banyak kerusi yang boleh ditandingi pada PRU13, telah menimbulkan kemarahan puak-puak tertentu dalam Pakatan Rakyat Selangor.

Dan puak-puak tertentu itu, tidak langsung kisah dengan undi Melayu-Islam, sebaliknya lebih bimbangkan dengan kehilangan undi bukan Melayu dan bukan Islam. Pada masa yang sama, pelobi-pelobi serta pengumpul-pengumpul dana untuk parti-parti tertentu dalam Pakatan Rakyat tidak mahu kisah pemurtadan tersebut menjadi isu sensasi yang menyukarkan gerakan kristianisasi anjuran mereka.

PAS sebenarnya sedang terkepit. Antara ego dan maruah, antara yang makruf dan mungkar, antara haq dan batil!

Anonymous said...

1.Krisis kecelaruan pakatan terutamanya Parti PKR dan PAS dalam menangani isu 12 umat islam di dalam gereja DUMC menampakkan kepada kita akan kelemahan mereka dalam mempertahankan maruah islam.


2.Kronologi isu ini jelas menampakkan bahawa perkiraan bilangan kertas undi lebih didahulukan daripada menjaga hak dan maruah islam.


3.Khalid Ibrahim selang sehari selepas kejadian terus memohon maaf tanpa ada laporan lengkap di tangannya.


4. Manakala ahli parlimen shah alam, Khalid Samad nampak begitu keliru dalam membezakan perkara yang Hak dan sungguh kalut dalam menjuarai perkara teknikal isu 12 umat islam di gereja.


5.Membuat laporan polis terhadap pendedahan beberapa bloger pro umno jelas menunjukkan sikap kelam kabutnya dalam cubaan menjaga undi penyokong mereka.


6.Saya mengucapkan syabas di atas keberanian dan kebijaksanaan keseluruhan blogers pro umno dalam menangani isu besar ini. Meletakkan kepentingan akidah umat islam dan berani memangkah setiap gerak laku pimpinan pembangkang hingga menampakkan mereka kelihatan tempang adalah tindakan terpuji.


7.Tindakan Setiausaha Agung Pas menyalahkan umno yang kononnya menjadi dalang disebalik 'serbuan JAIS' adalah tuduhan melampau dan menampakkan kedangkalan mereka dalam menyelesaikan masalah.


8.Mudahnya stail politik mereka. Kerap menuding jari ke atas orang lain di atas kelemahan sendiri mungkin sudah boleh dijadikan signal kepada pengundi di atas pagar untuk menilai semula 'kuasa undi' anda pada PRU ke 13 nanti.


9. Pas sudah jauh terlanjur dalam memperjuangkan yang Hak dan Bathil. 3 tahun berlalu kita telah diperlihatkan akan beberapa siri keputusan Parti Pas yang nampak selalu tunduk kepada arahan DAP.


10. Mungkin istilah 'Dap Ganti Pas' sudah menampakkan kebenarannya.

Anonymous said...

Ayat quran digadai,nama Allah pun di lacurkan ,Nabi Muhammad pun dianggap seperti budak kampung oleh mereka,hinggalah kepada akidah umat Islam. Apalah sangat dengan Sultan Selangor. kaum puak khawarij hanya pandang sebelah mata.

Puak khawarij berasakan hanya mereka saja berhak secara eksklusif untuk bercakap mengenai Islam. Jalang ini anggap Islam harta mak bapak mereka.Maka dibolehkan untuk melakukan apa saja.Jika pihak lain bercakap soal Islam maka dianggap tidak valid ,tak terpakai.Begitulah haprak khawarij PAS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.