Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, August 31, 2011

Mashitah Ibrahim Cuba Tegak Benang Basah

NOTA EDITOR: DIbawah adalah sebuah surat yang disiarkan oleh Malaysiakini di laman web mereka bagi pembacaan kita bersama. Selamat membaca.

Mashitah Ibrahim cuba tegak benang basah
Pembaca anti murtad
Ogos 18, 11
7:05pm


Saya berhajat untuk membalas tulisan Dr Mashitah Ibrahim bertajuk “Isu Murtad: PAS Pilih JAIS atau DAP?” Artikel beliau disiarkan di dalam Sinar Harian pada 12 Ogos 2011.

Secara mudahnya, Mashitah cuba memberi gambaran bahawa PAS telah membuang perjuangan Islam kerana tidak menyebelahi JAIS. Mashitah juga cuba menyebar fitnah kononnya sikap dingin PAS terhadap murtad adalah kerana hubungan PAS dengan DAP.

Lupakah Mashitah parti yang beliau wakili telah meluluskan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559). Sesiapa yang merujuk kepada Akta tersebut akan melihat bahawa “Murtad” tidak menjadi salah satu dari kesalahan jenayah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Siapakah yang telah meluluskan Akta Jenayah Syariah ini? Adakah DAP? Adakah Ambiga? Adakah Gereja Methodist Damansara Utama?
Atau, bukankah yang meluluskannya adalah Umno?

Maka, bolehkah kita katakan Umno sendiri penyokong kepada murtad secara sukarela memandangkan murtad dihalalkan di Wilayah2 Persekutuan.

Tidak hairanlah Lina Joy tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah atas jenayah murtad memandangkan Lina Joy dibaptiskan di sebuah gereja di Brickfield (yang berada di dalam Wilayah Persekutuan).

Malahan, kalau saya mahu pergi jauh ke lubuk sejarah, Umno telah bersikap dingin terhadap murtadnya Natrah.

Allahyarham Haji Ahmad Fuad menulis dalam bukunya yang bertajuk “Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan” di mana beliau menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan.

Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu permurtadan Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.

Dan menjadi maklumat umum, usaha Allahyarham Tuan Haji Ahmad Fuad menubuhkan Persatuan Ulama Malaya telah membawa kepada tertubuhnya Partai Islam Setanah Melayu, ringkasnya PAS.

Dengan kata lain, PERMURTADAN NATRAH adalah salah satu faktor yang membawa kepada perpecahan dalam Umno yang telah membuahkan PAS. PAS ditubuhkan atas sikap Umno yang dingin dan senyap dalam isu murtadnya Natrah.

Peristiwa Natrah mengajar kita betapa tingginya toleransi Umno terhadap jenayah murtad. Sehingga sejarah mengajar kita kebangkitan orang Islam di Singapura dalam peristiwa Natrah dipimpin oleh bekas Presiden PAS (Allahyarham Burhanuddin Helmi) serta Allahyarham Karim Ghani. Umno pada masa itu bersikap senyap sunyi dan dingin.

Jangan juga kita lupa betapa Umno beberapa kali menghalang usaha PAS untuk membentangkan rang undang-undang pribadi yang bakal mengharamkan murtad. Kalau Umno ikhlas menangani murtad sudah tentu Umno yang akan membentang rang undang-undang murtad di Parlimen sekaligus mengharamkan murtad sama sekali.

Namun, Akta Jenayah Shariah yang diluluskan oleh Umno untuk Wilayah Persekutuan sendiri tidak mengharamkan murtad.

Jelaslah Umno selama ini bertoleransi dengan murtad. Rekod Umno di dalam memerangi murtad adalah amat buruk dan sangat-sangat dikesali.

Maka, apakah hak Mashitah untuk mengkritik PAS hanya kerana PAS bersikap hati-hati dengan JAIS? Bukankah JAIS sendiri tidak konsisten di dalam menangani gejala murtad?

Mengapa gereja DUMC yang kesnya tidak jelas boleh diserbu sebegitu namun Masjid Qadyani di Kampung Nakhoda terus dibiarkan beroperasi sehingga sekarang?

Amat tidak wajar bagi Mashitah memburuk-burukan PAS sebegini.

Lebih-lebih lagi UMNO sendiri mempunyai rekod yang tersangat buruk dari segi murtad.

7 comments:

Kasturi said...

Umno memang dah parti bukan berteraskan islam, pas pun katabdia assabiayah, oleh itu tak heranlah kalau dia buat macam tu. Tapi bila pas membiarkan saja isu murtad tanpa apa pembelaannmacam sbeleum ini, masyarakat dah suspek tentu ada sesustu yang menutup mulut pas sekarang. Trend menuding balik kepada umno orang tak nak tau, tapi orang nak tau pendirian pas yang selama ini juara isu isu islam. Mungkin nak jadi liberal di bawah pengaruh ataturk dan menarik undi. Syok sangat ke jadi mb atau pm.

MunaVie said...

Berikan kuasa kepada Pakatan Rakyat n skali lagi PAS akan bentangkn akta anti muratd n lihat muslim mana yg menyokong n yg membangkang. Isu JAIS adalah isu politik, jika benar bersungguh menentang dakyah kristian kenapa JAIS yg pada mulanya sanggup nak sponsor komik dialog Islam-Kristian sebanyak 5000 naskah dgn wang zakat tiba2 menurun kpd 500 malah hampir tidak jadi? Ini semua percaturanNya bagi membuka mata org Islam d Malaysia terhadap sistem zakat yg dah lari dari konsep sebenar. Menerima bantuan dari gereja kerana tidak dibantu oleh agamanya sendiri bukanlah salah penerima sahaja tapi lebih utama yg diberi tanggungjawab. PAS sebagai parti yg perjuangkan Islam mestilah bertindak adil dalamn apa jua cara menangani isu murtad. Kerana main wayang isu JAIS ni dikatakan PAS membelakangi perjuangnnya maka berhentilah di situ shj dgn komentar yg menampakkan kedangkalan dlm isu politik masa kini. WA

dino.yp@gmail.com said...

hello tulang , lu PhD mana ?

Anonymous said...

tak payah lah nak spin...umno sekarang ni dah taubat lah...dah kembali ke pangkal jalan...masalah nya pas semakin hari semakin sesat dan akhirnya pas telah murtad sekarang nie...itu adalah realiti, tak payah lah nak tegakkan kote kau yang dah mati pujuk tu, wahai anjing-anjing pas...hidup umno!!!!
orang yang menentang jais untuk benteras murtad adalah murtad....kah...kah..kah...pas murtad!!!

Anonymous said...

FUCK UMNO SAID...

UMNO YG MURTAD.

TAK ADA APA YG ISLAMIK TENTANG UMNO.
KALAU UMNO JUARA ISLAM KAT MALAYSIA NIH, PATUT KERA-JAAN NAJIB FOLLOW HUKUM ISLAM 100%.

1) BUANG DEMOKRASI, LETAKKAN BALIK SISTEM KHALIFAH
2) BUANGKAN SEGALA SISA RIBA' DI SETIAP SISTEM2 BANK & URUSAN PERNIAGAAN DSB DI MALAYSIA NI
3) BUANG MAHKAMAH SEDIA ADA, LETAKKAN MAHKAMAH YG BERTERASKAN AJARAN ISLAM
4) HANCURKAN TEMPAT IBADAT YG DUDUK DI TEMPAT PALING TINGGI KAT MALAYSIA NIH, KASINO GENTING LAKNATULLAH
5) HUDUD MESTI DILAKSANAKAN
6) SEPAK KELUAR APCO YAHUDI LAKNATULLAH
6) MEDIA2 PUN KENA BERSIHKAN BALIK, BANYAK SANGAT PROGRAM2 SIAL MEMBURUKKAN ISLAM MCM PROGRAM NANYI LAGHA' (AKADEMI PANTASIA DSB)
7) DSB

PATUT KERAJAAN YG DIKATAKAN ISLAMIK IKUT AJARAN TUHAN, NABI DAN QURAN TAPI SEJAK 1957 TAK PENAH PUN UMNO BUAT APA YG TUHAN SURUH BUAT, APA YG NABI SURUH BUAT, APA YG TERTERA DALAM QURAN TAK BUAT.

UMNO PEMURTAD ISLAM MALAYSIA YG SEBENARNYA, LEBIH DRPD ANASIR KAFIR DI NEGARA NI.

FUCK UMNO GET THE FUCK OUT OF MALAYSIA.

Anonymous said...

Saudara kasturi..

bukan PAS tidak mahu menyelesaikan masalah murtad.. sistem sedia ada (dicipta oleh UMNO sejak dulu) menghalang pihak PAS dari bertindak keras. Orang Islam yang murtad telah dibenarkan untuk dibicarakan dan dibelai oleh peguam bukan Islam seperti Ambiga.. Peraturan yang dicipta oleh siapa yang membenarkan orang seperti Ambiga boleh mempersoalkan Murtad dan membela orang yang telah murtad? PAS ka? DAP ka?

Bila berhujah biar ada point jelas setelah merujuk kepada sejarah perlembagaan dan akta.. Juga melihat kepada punca-punca murtad dan mengapa hak murtab boleh dibela..

Di dalam Islam sendiri pendekatan pendidikan lebih baik dari hukuman. Itu yang PAS mampu lakukan ketika ini. Sewajarnya UMNO melakukannya sejak dahulu lagi. Semasam umat Islam baru untuk bertatih. Namun harta kekayaan dan kuasa mengatasi segalanya.

Anonymous said...

anon 5.06..

buktikan yang UMNO dah bertaubat..

Isu kroni dan rasuah (yang haram disisi Islam) pun belum dapat selesaikan namun bertambah banyak dan terbelit (isu kapal selam dan altantuya). Isu Pemimpin BN dari sarawak yang kaum kerabat mencekik harta rakyat sarawak masih senyap dan belum ada tindakan.

Taubat apabila seorang hamba meninggalkan yang haram dan melakukan pembetulan ke atas dirinya dan keluarga (jika dia seorang pemimpin).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.