Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, August 12, 2011

Mengapa JAIS Tidak Mahu Berjumpa Dengan PAS Minggu Depan?

Maklumat yang Tulang Besi dapat, JAIS tidak bersedia untuk bertemu dgn PAS pada 16 Ogos 2011. Alasan JAIS tidak mahu berjumpa adalah kerana siasatan masih belum selesai.

Namun, yang menghairankan adalah butir2 siasatan JAIS ini sudah pun tersebar di laman2 web UMNO. Sila rujuk di sini, sini, sini dan sini sebagai contoh.

Malahan, Presiden Sahabat PPUM sendiri menunjukkan gambar bahan2 bukti yang dikatakan dikumpul JAIS.

Soalnya sekarang: MENGAPA JAIS TIDAK MAHU BERTEMU PAS?

PERANGKAP UMNO TIDAK MENGENA

Analisa Tulang Besi: Serbuan di Gereja Methodist itu bertujuan untuk memerangkap PAS. Sekiranya PAS menyokong tindakan JAIS, PAS akan hilang kredibiliti di kalangan pengundi bukan Islam.

Sekiranya PAS menentang usaha JAIS, PAS pula akan dicaci oleh pengundi ISlam.

Malang bagi UMNO, PAS telah mengambil langkah ketiga, yakni MENYIASAT DENGAN TERPERINCI dan MENDAPAT MAKLUMAT KEDUA-DUA BELAH PIHAK.

Langkah PAS ini menunjukkan PAS sebuah parti yang KENEGARAAN (Statesmen). Imej yang ditunjukkan PAS ini menjelaskan lagi peluang PAS untuk memimpin negara.

PAS menunjukkan sikap yang adil lagi saksama. Menyiasat secara terperinci terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Maka, demi mengagalkan usaha PAS ini tidak hairanlah JAIS menolak untuk bertemu PAS.

Mustahil JAIS tidak boleh bertemu PAS apabila bahan-bahan bukti yang JAIS itu sudah pun tersebar umum sekarang ini (walaupun bukan semuanya).

Sekian

Tulang BEsi


11 comments:

Anonymous said...

Pasal apa Jais nak jumpa PAS????

Who is PAS to JAIS??

Under what provision should JAIS mengadap PAS?
Is JAIS answerable to PAS?

Sewel ke kamu?

Anonymous said...

sebab pas murtad lah bodoh....

Anonymous said...

Dia tak sewel korang yg bengap.

Anonymous said...

Ya itu lah org bengap. kalau tak paham jugak pi tanya Mad Jais.

Ngeh..Ngeh.. ngeh..

andi said...

sekali lagi ASTAGFIRULLAHHALAZIM....kenapa pulak PAS akan hilang kredibilitinya kalau pas berdiri di pihak yang benar? semua pengundi bukan islam tahu yang pas sebuah parti politik yang memperjuangkan islam kononnya....jadi dimana logiknya sebuah parti islam mempertahankan isu mengenai islam akan hilang kredibilitinya? lainlah kalau dap tiba2 memperjuangkan islam barulah orang bukan islam kata "ni dah tak betul ni"

ALHAMDULILLAH kalau pas telah menjadi parti yang adil dan saksama atau statesmen...tapi....kenapa pasal kes anwar pas dah buat keputusan tanpa menjumpa saksi2 yang ada ya? adilkah untuk mereka2 yang diliwat atau dibohong atau mereka2 yang dihina semata2 kerana tahu kebenarannya?eh meliwat bukan masalah islam buat apa pas nak sibuk2....betul ke alasan tu?

Tuan besi PAS adalah sebuah parti politik....kenapa PAS dengan bongkaknya nak PANGGIL JAIS NI. pergi sajalah ker bangunan jais buat temu janji..bukan kah itu lebih baik..kalau JAIS menolak NAHHHHH barulah kita kata JAIS NI NAK MAIN POLITIK JUGAK KER?

tuan besi janganlah jadi besi yang berkarat di sebelah bahagian sahaja..jagalah dua2 bahagian bagi licin....

otakBesi said...

kah kah kah!
masih bangang-bangang lagi taik-taik UMNO ini,
apa pasal kau orang kaitkan PAS dgn serbuan gereja dan murtad?.
kah kah kah!
kau orang pun tahu! bahawa selama ini UMNO tidak pernah bercakap mengenai kes umat Islam murtad, yang memberi perhatian kepada isu umat Islam murtad hanya PAS. Sebab itu pencacai UMNO mula mempersoalkan perjuangan PAS dalam isu murtad.
Terima kasih, kerana PAS telah diiktiraf oleh pencacai UMNO sebagai pembela Akidah Islam, dan menolak peranan UMNO sebagai pembela akidah umat Islam diMalaysia.

kenapa PAS mesti jumpa JAIS?,
1- kenapa pula PAS tidak boleh jumpa JAIS? Bukankah JAIS adalah jabatan kerajaan yang dibayar gajinya oleh rakyat, rakyat berhak mendapat penjelasan dari jabatan kerajaan, ini adalah piagam pelanggan setiap jabatan kerajaan.
2- PAS adalah parti berwibawa, bukan seperti UMNO, sebelum satu-satu keputusan diambil, penjelasan dari kedua belah pihak perlu diperolehi.
3- Jika pihak gereja sanggup bertemu dan berjumpa dgn PAS untuk berbincang, mengapa pula JAIS sebagai sebuah jabatan Islam tidak mahu berjumpa dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Amat janggal dan terlalu besar takaburnya, jika diminta penjelasan lari lintang pukang.

Anonymous said...

JAIS takut nk jumpa PAS???

PAS kononnya nk menegakkan kebenaran. perlu bukti dulu. Pergilah jumpa JAIS.

"Analisa Tulang Besi: Serbuan di Gereja Methodist itu bertujuan untuk memerangkap PAS. Sekiranya PAS menyokong tindakan JAIS, PAS akan hilang kredibiliti di kalangan pengundi bukan Islam."

inilah analisis paling bangang. kononnya nak tegakkan kebenaran. ini bukan isu hilang kredibiliti, ini isu akidah.

arak . pelacur bersepah kat jajahan PAS pun x terjaga. inikan pulak isu murtad PAS nak jd hero. sudah2lah org PAS. hal murtad ni pun org PAS boleh spin lg.

Anonymous said...

Tulang Besi@ Cara kamu berhujah tidak nampak kamu seorang berilmu. Hanya sekadar penulis jalanan yang taksub kepada kepercayaan mu sendiri. JAIS tidak ada alasan munasabah untuk memberi justifikasi tindakanya kepada PAS, yang hanya component dalam Pakatan Rakyat. JAIS bertanggong jawap secara terus kepada Tuanku Sultan Selangor. PAS sepatutnya yakin kepada Dr Hasan Ali selaku exco yang bertanggong jawap mengenai JAIS dan penjelasan dari Dr Hasan sudah mencukopi.

Anonymous said...

Salam. Cuba anda selongkar disebalik ape yg terjadi dan isu pemutihan PATI serta bersih dan malunya najib di antarabangsa.

Dan ini dari kedahlanie info-
PAS kenal JAIS, PAS kenal siapa di dalam dan dibelakang JAIS. Semua orang tidak lupa JAIS pernah merobohkan surau, JAIS pernah menghalang Ustaz mengajar di Masjid dan Surau. JAIS pernah menangkap Ustaz ....Kalau JAIS begitu sombong dan angkuh merobohkan surau atas dasar politik sempit apakah tidak ada kemungkinan JAIS juga melakukan apa sahaja kerjanya untuk kepentingan pihak tertentu.

grim said...

No Government Department in the world (JAIS is a Government Department) can be called, invited or summoned by any private entity - especially a political party - to attend a meeting to explain THEIR actions. It is always the other way around - the Government Department can call anyone relevant to attend any meeting.

Anonymous said...

Nampak sangat ramai melayu Islam yang taksub ini bengap serba serbi.

Emosi melayu memang lebih dari akal dan fakta.

JAIS adalah entiti kerajaan dan dibawah urusan ehwal Sultan.

Siapa korang yang menumpang di tanah Tuanku di Selangor nak minta penjelasan badan di bawah Tuanku?

Dahlah bodoh, emosi tinggi, nafsu besar lagi kurang ajar.

Sepatutnya umat Islam bersatu dalam hal murtad dan bias kepada JAIS baik pro mahupun kontra. Selepas itu baru pergi proses menjernihkan khilaf.

Ini terus melatah dan mencarut demi menjaga agenda haprak dan hati kafir keparat.

Takkan tak reti bahasa halus veteran tentera hari tu. Nak rasa sangat ke bahang api ? Itu baru veteran yang dah sejuk, yang bukan veteran dan darah panas ni kamu semua rasa asyik senyum saja ker tengok perangai beruk ?

Fikir-fikirlah wahai manusia. Jangan jadi beruk mendapat bunga, nanti berakhir ditembak jatuh tersungkur di bumi lalu dikambus sahaja.

Fitnah dan ujian besar Umat Islam Melayu Malaysia hari ini adalah para pemimpinnya makin lemah dan dayus manakala pengikutnya yang bebal lagi bacul makin ramai.

Selamat menjemput bala yang makin hampir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.