Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, August 11, 2011

Mengapa NGO2 Islam Tidak Mendengar Kedua-Dua Belah Pihak?


Pertama sekali, Tulang Besi ingin menyatakan dengan tegas Tulang Besi menyokong hukum bunuh ke atas mereka yang murtad. Sila rujuk blog Tulang Besi yang lagi satu (antiantihadeeth.blogspot.com) di mana Tulang Besi mempertahankan ke semua hukum shariah Islam tanpa kecuali.

Sekiranya terdapat bukti yang jelas berlaku proses permurtadan, maka wajiblah tindakan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat. Lebih-lebih lagi NGO yang dikatakan memurtadkan orang ini, Harapan Komuniti, adalah NGO yang pro Barisan Nasional.

Namun, oleh kerana Islam ini berdasarkan kepada Sunnah Rasul SAW, maka Nabi SAW mengajar umatnya untuk berlaku adil.

Tulang Besi ingin mempersoalkan tindakan NGO2 ini yang membuat kesimpulan terus selepas bertemu JAIS.

Mengapa NGO2 ini tidak bersemuka dengan Gereja Methodists ataupun NGO Harapan Komuniti untuk mendapat penjelasan?

Tidakkah peristiwa baju besi Saidina Ali menjadi pengajaran kepada NGO2 Islam ini? Dimanakah ajaran yang mereka dapat tidak memberi peluang kepada pihak yang dituduh untuk membuat penjelasan? Ini kerana perkara sebegitu tidak pernah diajar oleh Islam.

Jikalau hakim Suraih Al Kindi boleh berlaku adil kepada Yahudi yang mengambil baju besi Saidina Ali, mengapa NGO2 Islam ini tidak boleh berlaku adil kepada Gereja Methodist dan Harapan Komuniti ini?

Adakah NGO2 Islam ini merasakan mereka lebih mulia dari Saidina Ali?

Apa salahnya NGO2 Islam ini bertemu dengan pihak gejera dan NGO Harapan Komuniti ini dahulu sebelum membuat kesimpulan?

Adakah dgn membuat kesimpulan yang berat sebelah ini dapat menaikkan nama baik Islam?

Ataupun hanya mempertajamkan perbezaan sesama kaum di Malaysia seperti yang dikehendaki UMNO?

Yang akan menang dengan sokongan berat sebelah NGO2 islam ini adalah fahaman feudalime/sekularisme UMNO semata-mata. Itu sahaja.

Akhir sekali, Tulang Besi ingin bertanya, tindakan2 NGO ini adakah bertujuan mempertahankan Islam atau mempertahankan UMNO?

Sebuk fikir nak halang beberapa kerat orang Melayu yang dikatakan murtad, mereka terlupa berjuta orang Kristian yang kita boleh tarik masuk Islam kalau kita tunjuk sikap adil dan saksama.

Sekian

Tulang Besi



ps ikuti kesah Saidina Ali dgn Yahudi yang mengambil baju besi beliau:

Perkara ni pernah berlaku pada Saidina Ali bin Abi Talib. sewaktu berperang dengan Muawiyah di Siffin, beliau terjatuh baju perisainya. Apabila beliau pulang dari peperangan tersebut ke Kufah, beliau mendapati bahawa baju besi tersebut berada di tangan seorang Yahudi yang menjual baju besi tersebut di pasar Kufah.

Maka berkata Saidina Ali kepada Yahudi tersebut : “Wahai orang yahudi, ini baju perisai saya, tidak pernah saya menjualnya atau menghadiahkannya”.
Berkata Yahudi itu: “Ini baju perisai ku dan ia berada di tangan ku”.

Berkata Saidina Ali: “Kita bawa perkara ini kepada hakim”.

Maka perkara ini dibawa kepada Kadi Syuraih, maka duduklah Saidina Ali sebelah hakim dan duduklah orang yahudi tersebut di depan hakim tersebut.

Berkata Kadi Syuraih: “Katakanlah wahai Amirul Mukminin”.

Berkata Saidina Ali: “Ya. Bahawa baju besi yang ada di tangan Yahudi ini adalah baju besi ku dan tidak pernah ku menjual atau menghadiahkannya kepada sesiapa”.

Kadi Syuraih: “Ada buktikah wahai Amirul Mukminin?”

Saidina Ali: “Ada. ‘Qunbar’(hamba Saidina Ali), Hasan dan Husain adalah saksi bahawa baju besi itu memang milik ku”.

Kadi Syuraih: “Kesaksian anak tidak diterima pakai bagi bapanya”.

Saidina Ali: “Lelaki daripada ahli syurga tidak boleh dijadikan saksi? Aku pernah mendengar Nabi Muhammad bersabda bahawa Hasan dan Husain adalah ketua kepada para pemuda di syurga”.

Berkata si Yahudi itu: “Amirul Mukminin telah membawa saya berjumpa dengan hakim, dan hakim tersebut memutuskan hukuman ke atasnya!!! Maka sesungguhnya ini adalah kebenaran. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Dan sesungguhnya baju besi ini memang baju besi mu (Ali). Pada ketika itu, saya sedang menaiki unta dan kamu sedang menuju siffin, maka terjatuh baju besi kamu pada belah malam. Maka saya ambil baju besi tersebut”.

Berkata Yahudi itu lagi: “Sekiranya saya katakannya, maka ianya milik kamu”.


1 comment:

Melayu Baru said...

Sebab NGO Islam terbabit makan rasuah. Sahabat PPUM nama pun Zulkhaini maknanya dlm bahasa Arab adalah pengkhianat. ABIM PERKASA GAPS tak payah cakaplah memang semua dah kenal iaitu talibarut UMNO. Pemuda PAS termasuk 10 AJK nya juga dah makan rasuah. Mana hadis yg suruh umat Islam ceroboh gereja??? puak ni akan guna hadis palsu utk hakalkan tindakan haram mereka. Mufti Tamyis tak usah cakap banyak lah orang pun tak hormat Mufti sewel dan chengeng macam dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.