Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, August 2, 2011

Pagi Pendatang Asing. Petang Jadi Warganegara

(Kebanjiran warga asing dalam senarai daftar pemilih negara menjustifikasi perhimpunan BERSIH)


NOTA EDITOR: Pendedahan terbaru ini membuktikan peranan yang bakal dimainkan warganegara asing dalam memenangkan Barisan Nasional dan UMNO dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Mana mungkin status kewarganegaraan boleh berubah dalam masa 4 jam kalau tidak dibantu tangan-tangan ghaib dari parti yang memerintah. Mana mungkin Jabatan Pendaftaran Negara boleh bertindak demikian tanpa arahan dari mereka yang berada di atas, yakni yang berkuasa.

Sama-sama kita saksikan nanti bagaimana UMNO dan BN akan menang besar hasil bantuan pengundi-pengundi warga asing ini yang diberikan IC biru dengan sebegitu mudah.

Satu hari nanti warga-warga asing ini bukan setakat mengundi tetapi bakal menjawat jawatan politik seperti wakil rakyat dan Menteri kabinet. Dapatlah kita nanti warga asing Bangladesh sebagai wakil rakyat kita mewakili BN.

Akhir kata, kalau Pakatan Rakyat tidak ambil tindakan tegas mulai sekarang, saya jamin kita akan jatuh selepas PRU 13 nanti hasil dari undi warga-warga asing ini.

Sekian



Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 2, 11
4:05pm
Kongsi 288
Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

NONEDia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran pendaftarannya sebagai pengundi, direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.

3 comments:

Anak Perelih said...

BN dah buat lama dah... di Langkawi orang Burma (melayu keturunan Kedah) banyak di Bukit malut (terbakar 2-3 kali dah) dan Taman Nilam... mereka ni bermasalah dengan orang tempatan langkawi... tapi nak buat lagu mana... mereka ni anak emas kerajaan... siap kerajaan buat rumah kos rendah lagi di Taman Nilam...

macam tu juga di Perlis (kuala perlis)... berlambak mereka ni... cuba google "burma bukit malut" atau http://anak-perelih.fotopages.com/?entry=1427166
sila baca komen ygng diancam kepada saya

Anonymous said...

takutnya.... sekarang ni dok dengar warga asing memenuhi tempat2 tertentu cam klcc bila cuti raya atau cuti umum org balik kg. dominen nya mereka menenggelamkan org tempatan, kita jadi takut di negara sendiri.

jenayah pelik2 cam samun guna parang, bunuh, makan anjing, buang bayi dan macam2 tu cam trademark warga asing. x sanggup nak bayangkan kalau mereka dpt kerakyatan pegang jwt2 sbg ketua msyarakat, sedangkan sbg warga asing pun dah tak heran buat jenayah, inikan pulak esok jadi rakyat yg sah dan berketurunan ramai anak pinak cucu cicit, x tau lah apa nak jadi dgn tanah melayu ni.

kalau sebelum ni pun yg bawa masuk warga asing belambak2 ni sapa punya angkara, kroni gerombolan yg buat untung juta2.

misnona said...

sebenarnya di mana-mana ada. pemimpin kecil puak UBN menggunakan orang bawahan dengan menemui golongan sasaran. kalau beginilah cara kerja kita, habislah malaysia tergadai. selama ini puak umno berkokok sebagai nasionalis tulen, patriotik benar, sebaliknya mereka ini menggunakan golongan daif yang tak faham apa untuk dijadikan perkakas kemenangan. mereka tahu ini talian hayat mereka, kalau begini, bawaklah orang luar banyak-banyak agar melayu pupus di bumi sendiri. kemudian suruh orang melayu pindah ke Kazakstan pula. atau duduk di Greanland, kutub utara atau kutub selatan, berikan tanah melayu kepada orang lain, berikan...berikan...dan gadaikan... dan jangan marah kepada sejarah apabila semua sudah tergadai, melayu kena pakai cawat dan masuk hutan, duduk atas pokok. dan ia jadi bahan sensasi filem dokumentasi 50 tahun akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.