Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, August 17, 2011

PAPAGOMOGATE: Doa Tulang Besi Mula Makbul?

Tulang Besi merujuk kepada laporan Harakahdaily bertarikh 17 August 2011 bertajuk “Sita Gereja: Blogger UMNO Tipu”.

Artikel itu melaporkan seorang blogger UMNOPapagomo telah memalsukan sepucuk surat yang dikatakan dokumen rasmi Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), yakni sebuah kerajaan tempatan.

Papagomi ini juga dengan berani mengaitkan beberapa pimpinan negeri Selangor seperti YB Nik Nazmi, YB Teresa Kok, YB Elizabeth Wong dan YB Khalid Samad kepada surat palsu itu, kononnya mereka-mereka ini telah menghalang MBPJ dari menyita Gereja Methodist Damansara Utama.

Tulang Besi merasa amat terkejut bagaimana blogger2 yang pro UMNO ini begitu berani memalsukan dokumen rasmi kerajaan walaupun ianya kerajaan tempatan. Adakah berbohong dan berdusta telah menjadi sikap asas kepada blogger-blogger ini?

Mengapa mereka tergamak memalsukan surat rasmi kerajaan tempatan MBSJ sebegitu sekali?
Tulang Besi juga terkejut bagaimana Papagomo tidak bersikap cermat di dalam memalsukan surat tersebut. Ini kerana surat palsu tersebut meletakkan Gereja Methodist itu terletak di Damansara Utama sedangkan gereja tersebut terletak di Seksyen 13 Petaling Jaya.

Tulang mendapat maklumat pegawai-pegawai MBSJ telah melaporkan pemalsuan ini kepada pihak polis. Dengan erti kata lain, laporan Polis telah dibuat di atas pemalsuan dokumen ini.

Tulang Besi juga berharap pihak polis menyiasat serta mendakwa rakan-rakan Papagomo yang turut serta menyiarkan dokumen palsu ini. Rakan2 beliau seperti Parpukari dan RBF Online.

Sebaiknya, mereka disiasat dan didakwa di mahkamah terbuka sebelum didapati bersalah. Tulang Besi bukan pakar undang-undang, tapi rasanya terdapat berdozen undang-undang yang Papagomo serta rakan-rakan dapat didakwa kerana pemalsuan ini.

Elok rasanya Papagomo dan kawan-kawan beliau merengkok dalam penjara kerana pemalsuan yang telah mereka lakukan itu. Elok juga mereka duduk di dalam penjara di atas segala fitnah dan penipuan serta dusta yang telah mereka sebarkan dalam blog mereka, i.e. tuduhan liwat Saiful ke atas Anwar, tuduhan kononnya Johari Abdul meminta RM1 juta dari Dato T, tuduhan Dr Halimah ditangkap khalwat oleh JAIS dsbnya.

Papagomo dan rakan-rakan telah istiqamah menyebar fitnah dan dusta selama ini. Eloklah mereka ini dihumban ke dalam penjara.

Tulang Besi juga menyokong hasrat kesemua yang dikaitkan dalam laporan palsu itu untuk menyaman Papagomo dan rakan-rakan. Samanlah sampai ke tahap berjuta-juta sebagai tauladan kepada blogger-blogger UMNO yang lain supaya berhenti memfitnah dan berdusta.

TUlang Besi juga masih ingat doa Tulang Besi di hadapan Kaabah tahun lepas meminta Allah SWT melaknat Papagomo, Parpukari, RBF Online serta blogger2 UMNO di atas perangai kurang ajar mereka yang mempermain-mainkan hukum Qazaf. Tampaknya seperti doa Tulang Besi semakin dimakbul Allah SWT.

Tulang Besi

7 comments:

Anonymous said...

...amin.

Anonymous said...

aku cabar kau buat sumpah laknat wahai rahman talib...bersumpah laknat bahawa surat tersebut adalah palsu dan kau sanggup terima apa saja bala dan laknat dari Allah SWT...jangan kau buat sumpah pondan kau yang ada kat blog sial kau nie, itu bukan sumpah laknat itu sumpah melaknat orang lain...kalau kau berani dan kalau kau ada kote lah sial...kau kan pondan...

Anonymous said...

Hek elerrr.. sumpah lagi
tak ada modal lain ker pencacai umno nie..
Asyik sumph sumpah sumpah..
benda yg dilarang juga nak buat...

zakwan said...

Wow
Ingat syaitan2 sudah dibelenggu bulan ramadhan ini tapi ada jugak yg lepas mcm Anon 10.33

Of course the letter is fake
Mana cop rasmi MPPJ?
Mengapa MPPJ nak saman Papagomo yg bahlul tu?
Kalau kata sbb paksaan DAP, itu hujah dangkal

I guess what RPK, Aspan Alias and Datuk Ariff Sabri has been saying all this while is true

We are winning the cyberwar because most of PR affiliated bloggers argue with facts with clarity and conciseness whereas the UMNO cybertroopers only resort to slander, character assassination and spewing profanity just to get their points across

Hell, one visit to an UMNO blog and I risked having my puasa "batal" because they had pictures of a certain sex video

In 2008, the rise in online social media led to BN's crushing defeat in GE 12
InsyaAllah, come GE 13, bloggers like Papagomo, Parpukari, Tun Faisal and Hantu Laut will hasten UMNO/BN's downfall

Anonymous said...

AMIN...NN YARABBALALAMIN...

Anonymous said...

zakwan said...

Wow
Ingat syaitan2 sudah dibelenggu bulan ramadhan ini tapi ada jugak yg lepas mcm Anon 10.33

Of course the letter is fake
Mana cop rasmi MPPJ?
Mengapa MPPJ nak saman Papagomo yg bahlul tu?
Kalau kata sbb paksaan DAP, itu hujah dangkal

I guess what RPK, Aspan Alias and Datuk Ariff Sabri has been saying all this while is true

We are winning the cyberwar because most of PR affiliated bloggers argue with facts with clarity and conciseness whereas the UMNO cybertroopers only resort to slander, character assassination and spewing profanity just to get their points across

Hell, one visit to an UMNO blog and I risked having my puasa "batal" because they had pictures of a certain sex video

In 2008, the rise in online social media led to BN's crushing defeat in GE 12
InsyaAllah, come GE 13, bloggers like Papagomo, Parpukari, Tun Faisal and Hantu Laut will hasten UMNO/BN's downfall
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kau cakap aku nie setan lah...maksudnya kau tak percaya lah yang Allah SWT dah ikat semua setan-setan yang ada...maksud kau Allah SWT tak cukup kuat lah sampai ada setan yang terlepas dalam bulan puasa nie..

kau nie bukan sesat aje tapi kau murtad sebenarnya, patut lah kau sokong puak-puak gereja tu...

Anonymous said...

Anonymous August 17, 2011 11:39 PM said...

Hek elerrr.. sumpah lagi
tak ada modal lain ker pencacai umno nie..
Asyik sumph sumpah sumpah..
benda yg dilarang juga nak buat...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

sebab aku yakin dengan Allah SWT...kalau kau berani buat sumpah laknat surat tu adalah palsu...aku lepas kan kau dan serahkan kau pada Allah SWT...

siapa kat sumpah laknat tu dilarang...kau dia nie kafir ker...sampai benda simple macam tu pun kau tak tahu dan tak faham...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.