Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, August 8, 2011

Penerangan Hasan Ali Tidak Menyakinkan PAS Pusat

Kenyataan Presiden PAS semalam selepas Mesyuarat AJK PAS Pusat mengatakan:


"PAS akan berjumpa secara langsung dengan Jais dan pihak gereja apabila mereka memberikan tarikh.

"PAS mesti mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkenaan dan tidak timbul kenyataan sokong mana-mana pihak," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa pusat di Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.


Oleh kerana Hasan Ali adalah AJK PAS Pusat, maka tiada sebab untuk pihak AJK PAS Pusat menolak penerangan beliau berkaitan isu serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.

Namun, AJK PAS Pusat telah berpengalaman dengan penipuan2 HAsan Ali. Misal palinjg jelas adalah peristiwa yang telah membawa kepada pemecatan Khalid Samad pada tahun 2008. Hasan Ali telah membentangkan laporan yang penuh pembohongan dan penipuan dalam satu retreat di Langkawi. Laporan tersebut terus di bidas oleh mereka yang hadzir. Seterusnya, hasil dari pertemuan di Langkawi itu, Hasan Ali telah memesat Khalid Samad. Kesahnya boleh di baca di sini.

Pembohongan Hasan Ali berkaitan dengan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak berhenti di situ sahaja. Blog ini BANYAK mendedahkan pembohongan HAsan Ali. Kesah Teresa Kok menghalang azan juga mula disebarkan Hasan Ali kepada AJK PAS Pusat.

Maka, setelah dibohongi Hasan Ali berkali-kali, akhir sekali dalam isu penyerbuan gereja, pihak AJK PAS Pusat membuat keputusan untuk berjumpa sendiri dengan pihak2 yang terlibat.

Jelas, lisan Hasan Ali tidak lagi boleh dipercayai kerana pembohongan beliau yang begitu banyak.

Sepanjang wujudnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Hasan Ali tiada sumbangan kecuali menyebar penipuan dan pembohongan ke atas kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata.


Jelasnya, manusia seperti Hasan Ali tidak layak dinaikkan sebagai pemimpin Islam. Sikap pembohong dan penipu beliau hanya akan memburukkan Islam bukan menaikan Islam.

Tulang Besi


5 comments:

Anonymous said...

Dulu kamu sibuk pasal kes murtad berleluasa.

Bila benda dah depan mata kamu sorokkan dan bela pihak gereja.

Tak kan kamu tak boleh fikir agenda halus gereja?

Kamu nak bersubahat dengan gereja murtadkan umat Islam? Bertuah kamu.

Dah sah ada melayu kat situ.
Siap mengaku terima wang lagi.

Yang si Khalid MB suruh semua orang senyap apahal??? nak sorok agenda kristiankan umat Islam oleh sekongkol DAP??

Sedarlah sikit....mengucaplah TB.

Buat apa Kristian nak bagi bantuan kat orang Islam? tak lain tak bukan nak pengaruh secara halus.
Inilah modus operandi mereka di Sabah, Sarawak, Singapore dan Indonesia. tersangat halus sampai nak guna nama Allah.

Ini pun kamu tak tau ke???

Anonymous said...

Hasan Ali perlu ditukar dengan Khalid Samad sebagai exco Selangor yang baru. Ini kerana Hasan selalu membuat sesuatu yang boleh menganggu atau menjejaskan kekuatan PAS dimata rakyat terutama di kalangan bukan Islam. Hasan dilihat sebagai pengacau dalam PAS. Sedangkan PAS memerlukan kekuatan untuk menghadapi PRU akan datang. Jika dilihat sari segi ketokohan Khalid Samad juga mempunyai ketokohan selain disukai oleh semua golongan termasuk bukan Islam. Jika PAS lambat bertindak kehadiran Hasan mampu memberi kesan kepada kemenangan PAS di PRU 13 nanti.

Anonymous said...

Anoy8/8/jam11.55... kau masih mentah dalam politik atau kau memang musuh TB? Aku tak kisah itu semua. Yang penting aku lebih nampak HA ini lebih mirip kepada UMCO/BN. Aku percaya bahawa dia memang racun kepada PAS/PR dan sudah menjadi pencacai UMCO/BN macam ZulKulim. Nada mereka serupa.Mungkin sudah dibeli? Pasal murtad tu, tak payah salahkan agama lain pulak. Memang agenda semua agama untuk menyebarluaskan agama mereka kecuali Agama Yahudi.Orang-orang Yahudi tak menyuruh orang lain menganut agamanya kerana tak layak. Yahudi cuma suruh ikut cara hidup mereka sahaja. Tak faham lagi ke? Kalau di negara eropah , Islam menjadi ancaman kepada Kristian kerana penyebarannya yang meluas kerana kesedaran mereka terhadap menuntut ilmu membuka hati mereka kepada Islam. Kita di sini pula lain bicara. Masuk Gereja aje dah Kristian, lebih pahit lagi dituduh murtad. Bagaimana kalau seseorang yang bekerja dengan Gereja kerana tak mampu nak cari kerja di lain tempat? Malaysia adalah negara Islam yang mengamalkan sekular. Sistem pemerintahan yang sekular tidak memberatkan agama (macam komunis jugak?). Kamu marah mereka menerima wang dari Gereja. Aku jugak kalau dah sesak, akan ambil wang dari Kuil. Sebabnya mudah aje, wang dari masjid tak pernah sampai pada aku. Sebab itu aku tak pernah bayar zakat atau fitrah pada kerajaan. Aku tak percaya pada pemegang amanah itu... aku akan bayar pada individu yang layak menerimanya (zakat). Aku belajar agama di sekolah dan tau siapa yang layak menerima dan jumlah yang perlu.

Anonymous said...

tak payahlah cakap hal agama
tak payahlah cakap hal islam
tak payahlah cakap maruah islam
tak payahlah cakap berjuang untuk akidah
semua itu bohong

ini bukan kes agama
ini bukan perjuangan akidah
ini strateji nak malukan kerajaan pakatan rakyat
ini nak burukkan kerajaan selangor
ini nak kucar kacirkan kerajaan selangor

kenapa?

kerana gerombolan kalah di selangor
selangor negeri terkaya di asia tenggara
lorong duit untuk gerombolan telah ditutup

ini kes tak dapat projek di selangor
ini kes tak ada kontrek di selangor
ini kes duit rasuah tak masyuuk di selangor
ini tak ada sangkut paut dengan agama

jais ke
mais ke
ini semua pekakas yang bertopengkan agama
semua ini saudagar agama
tak percaya?

cuba tanya diri sendiri:
kenapa jais tak heboh dan bertindak dalam kes bunuh altantuya?
kenapa mais tak heboh kes rogol amah rais yatim?
kenapa jais tak heboh kes rogol budak sekolah tambi chik?

jelas kes terbaru ini semua bohong
ini bukan kes agama
ini realpolitik untuk merebut kuasa
merebut kuasa kerana punca enkonomi
merebut kuasa kerana projek
merebut kuasa untuk dapat kontrek

agama di masukan sebagai aji no moto
nak sedapkan cerita
kalau terang terang nak rampas kerajaan pakatan di selangor
pasti orang ramai tak sokong
jadi kenalah di aji nomotokan dengan agama

satu negara tahu hasan ali ada niat nak jadi mb selangor
ini bukan satu kesalahan
sesiapa pun boleh ada niat ini - ini akidah politik - tak salah
satu negara tahu hasan ali ada buat deal dengan khir toyo
satu negara tahu hasan ali ada hutang dengan bank
satu negara tahu syarikat air syabas taja hasan ali
- tak kan lupa fakta ini?
tak caya kes syabas ini?
sila tanya khalid samad yang timbulkan dalam muktamar pas dua tahun dulu

inilah latarnya
jadi jelas semua ini bukan agama
tak sangkut paut dengan agama
ini realpolitik untuk merebut kuasa

Anonymous said...

Bodoh bangang sungguh melayu taksub ni.

Isu gereja jadi isu politik ? Hassan Ali buat kerja dia yang patut dipuji dan disokong.

Yang korang dok pertahankan kapir jahanam apa jadah ?

BODOH KE BENGAP KE DAH MAKIN JAUH SESAT LAGI MENYESATKAN. NAK RASA SANGAT PELANGKONG KE ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.