Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, August 10, 2011

Pengarah JAIS TIdak Tahu Menahu Berkenaan Serbuan Gereja Methodist

Maklumat ini Tulang Besi dapat dari sumber dalaman JAIS dan Kerajaan Negeri Selangor. Siapa yang beri maklumat, Tulang Besi tidak dapat bagitau kerana diminta oleh mereka untuk tidak didedahkan identiti mereka.

Serbuan JAIS ke atas Gereja Methodists itu berlaku pada malam 3 August 2011. Pada pagi 4 August 2011, berlaku mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di mana ia dihadziri oleh Pengarah JAIS dan Exco Agama, Dato' Hasan Ali.

Di dalam mesyuarat tersebut, isu serbuan JAIS ke atas Gereja Methosists telah dinaikkan. Pengarah JAIS serta Exco Agama secara terus terang menyatakan bahawa beliau tidak tahu lansung berkenaan serbuan tersebut.

Jelas, bukan Pengarah JAIS mahupun Exco Agama (Hasan Ali) yang mengeluarkan arahan untuk menyerbu Gereja Methodist tersebut.

Soalnya sekarang, SIAPA YANG BERI ARAHAN TERSEBUT? Di sinilah timbul spekulasi bahawa arahan tersebut datang dari UMNO.

Ini kerana sewaktu serbuan tersebut, terdapat sokongan padu dari pihak polis dan lain lain lagi. Agensi2 kerajaan Persekutuan yang dibawah UMNO ini begitu memberi kerjasama kepada JAIS sewaktu serbuan tersebut WALAUPUN JAIS TIADA WARAN UNTUK MEMBUAT SERBUAN.
Mustahil Polis boleh memberi kerjasama sebegitu sekiranya JAIS sendiri tiada waran ataupun bukti jelas untuk melakukan demikian.

JAIS SUDAH LAMA HILANG KREDIBILITI

Minta maaflah, tapi Tulang Besi sudah lama hilang kepercayaan dengan JAIS. Semenjak sebelum 2004 lagi apabila JAIS menggunakan gangster dan samseng untuk memecah pintu pejabat Masjid yang TUlang Besi selalu solat.

Sewaktu JAIS menangkap Ustaz Asri hari itu, pegawai2 JAIS masuk ke dalam rumah seperti samseng dengan berkasut. BEgitu kurang ajar dan biadap mereka ini terhadap seorang bekas Mufti.

Itu lah dia JAIS yang dipertahankan sangat sekarang ini dalam isu Gereja Methodist ini.

Jadi, susah bagi TUlang Besi untuk menyokong JAIS yang telah berjasa kepada UMNO selama ini dengan jayanya.

Jelas, JAIS tidak lebih dari kumpulan samseng yang digunakan untuk kepentingan UMNO, bukan untuk kepentingan Islam. Ini adalah sikap yang Tulang Besi ambil terhadap JAIS dan sila lihat sendiri dalam video di bawah.

Tulang Besi



ps lihat sendiri bagaimana JAIS melayan bekas Mufti PERLIS sebagai penjenayah seperti di bawah:




4 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah dato' hassan ali tidaklah spt yg disangka, bukan dialah punca kemelut tu, cuma dia sepatutnya jgn dok back-up puak jais yg hati busuk tu, tapi mungkin jugak ada pihak sengaja melaga-lagakan sesama pembangkang.

mudah2an jemaah pas tetap utuh bersatu hati dlm semua perkara, ikhlas dlm perjuangan Islam, memang pun selama ni pemimpin dan ahli pas dah terbukti ikhlas, semasa susah setia bersama dan semasa senang ni pun tetap dgn pas.

Anonymous said...

dalam posting saya sebelum ni saya ada cakap ayng NGO yang buat majlis di gereja tu adalah NGO yang condong kepada UMNO/BN - NGO ada kaitan dgn AIDS/HIV - Datuk Zaman Khan ex CID polis pun terlibat - boleh check kat malaysiakini... dan Hassan Ali hanya jelaskan apa laporan yang diberitahu kepada beliau oleh JAIS selaku Exco Agama Islam... bukan mempertahankan JAIS... nampaknya tomahan anda kat hassan Ali sudah dibuktikan tidak benar oleh anda sendiri...

Serious Shepherd said...

JAIS memang dah lama hilang kredibiliti.

Pada bulan Oktober 2009, penduduk apartmen di Prima Damansara terpaksa bertindak sendiri mencegah khalwat di kawasan mereka, kerana laporan mereka kepada JAIS tidak diendahkan ("in the past, the RA had forwarded numerous complaints to Jais about khalwat activities but the complaints always fell on deaf ears").

2 minggu kemudian, Dr. Asri ditangkap JAIS. Ada pulak manpower nak tahan bekas mufti, tapi cegah khalwat takde pulak.

Anonymous said...

hasan ali x payah la nk pandai2 bg kenyataan menyokong JAIS tu, refer la dulu kepimpinan. hasan ali ni sapa? xtau cerita sebenar main hentam bg kenyataan menyokong la.. ni la pikir diri pakar motivasi lupa adab berjemaah. kalo x tau atau x jelas cerita, ckp ja akan dptkan maklumat sebenar kejadian dan pimpinan akan bg pandangan nanti. kan senang. dia pandai2 bg kenyataan mcm ko la pulak presiden pas. saja nak bikin haru biru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.