Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, August 18, 2011

Penglibatan UMNO dalam Serbuan JAIS Sudah Tidak Dapat Dinafikan Lagi?

Gegak gempita bumi Selangor apabila Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor menyuruh Dato' Mustafa Ali menarik balik tuduhan bahawa UMNO adalah dalang di sebalik penyerbuan gereja DUMC di Seksyen 13 Petaling Jaya. DAto Mohd Zin memberikan Cikgu Pa Ali 3 hari untuk menarik balik kenyataan beliau untuk mengelakkan apa-apa tindakan yang tidak diingini.

CIkgu Mustafa Ali, sebagai hujah balas, kekal dengan keputusan asal beliau dan tidak mahu menarik balik kenyataan asal beliau, yakni:

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mempertahan kenyataannya bahawa isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) adalah 'perangkap' Umno.


Tulang Besi pun nampak corak permainan blogger2 UMNO terhadap isu ini nampaknya menyokong kenyataan Mustafa Ali itu.

Persoalan yang paling besar adalah bagaimanakah bahan2 bukti yang sepatutnya rahsia dan tidak boleh didedahkan kepada umum, terlepas kepada Blogger2 UMNO?

Bahan2 bukti seperti:

1.0 Rakaman video serbuan JAIS ke atas DUMC tersebut

2.0 Laporan bertulis JAIS berkaitan serbuan tersebut yang sepatutnya hanya dibaca oleh Menteri Besar sahaja

3.0 Butiran 12 orang serta maklumat pribadi seperti nama dan nombor IC mereka serta gambar-gambar sebahagian dari mereka.

4.0 Gambar salah seorang peserta yang didakwa sebagai penganjur majlis tersebut bernama Nadea

5.0 Pemalsuan dokumen MBPJ oleh Papagomo dan rakan2

6.0 Dokumen2 yang didakwa dijumpai oleh JAIS seperti "itenerary" dan "kertas soalan kuiz" yang sepatutnya rahsia

7.0 Pengarah JAIS serta Exco Agama sendiri tidak tahu berkenaan serbuan JAIS tersebut.


dan banyak lagi

Pendek kata butiran2 yang sepatutnya dirahsiakan oleh JAIS telah menjadi bahan siaran oleh blog2 UMNO. Fenomena ini memperlihatkan hubungan rapat antara JAIS dengan UMNO, pada pendapat Tulang Besi.

Maka, kenyataan Cikgu PA itu ada asasnya. Ditambah pula sumber yang memberitahu Cikgu Pa itu datangnya dari dalam JAIS sendiri.

Cikgu Pa telah menyahut cabaran Dato' Mat Zin. Cikgu Pa anak jantan dan sanggup berentap.

Inshaalah, kebenaran akan berada di pihak Cikgu Pa.

Tulang Besi

15 comments:

Anonymous said...

Kalau betul itu penglibatan UMNO, maka tahniah diucapkan pada UMNO kerana telah membongkarkan usaha jahat pihak gereja mahu mendakyah orang Islam.

PAS sepatutnya rasa malu kerana kehulu dan kehilir dengan selogan Islam, tapi tidak buat apa-apa pada usaha dakyah orang bukan Islam.

Syabas UMNO

Anon 1:07

Anonymous said...

Salam ramadhan....ramadhan kali ini datang lagi...datang lagi membuktikan kejahilan dan kebatilan pas dlm menangani isu isu berhubung islam dan ummah....kalau tahun lepas ramadhan pas dibelenggu kisah adun DAP masuk surau dan berceramah dan pas membela adun DAP dgn hadis dan nas nas lemah....kali ini bala allah turun pada pas dlm isu upacara memurtadkan ummah di PJ yg juga disokong oleh pas ....saya sendiri melihat rakaman video dlm blog " screwkuat' yg sudah pun tersebar...mengalir air mata melihat kerakusan gerakan gerakan kristian yg didalangi pimpipinan DAP dan PKR mempergunakan kesempatan dan kuasa yg ada pd hari ini atas nama kebebasan utk terus merancakkan industri memurtadkan muslim di malaysia amnya dan selangor khasnya....jelas dlm rakaman video tersebut umat islam yg dimurtadkan diberikan slot utk berucap dan membuat pengakuan dgn memperlekehkan agama mereka sendiri...mengalir air mata ini melihat gelagat si muslim yg lupa diri setelah berjaya dimurtadkan....bukan shj telah murtad malah menghina islam pula.....perlu di ingat dlm islam hukum murtad itu BUNUH.....besar impikasinya....hukum yg menyokong murtad spt mana kepada pimpinan PAS dan org mcm TB juga harus di pancung shj kepala mereka...mereka meletakkan undi sbg segala galanya...ingatlah wahai pas dan TB...kuasa yg ada hanya sementara....ianya akan diambil pd bila bila masa bila tiba waktunya....sudah sudah lah mencipta kehancuran pd ummah kerana tiada apa apa kebaikan pun yg anda bawa selama mana anda memgang kuasa di selangor malah negeri ini terus dibelenggu dgn kekecelaruan, ketidakselesaan, dan islam yg terus dihimpit oleh kerakusan utk berkuasa hingga telah banyak nilai nilai islam dilacurkan demi utk membeli undi ....bertaubatlah....

andi said...

wow teringat yer saya dekat entry besi ni beberapa hari lepas, bila besi mempertikaikan laporan dari jais...sekarang bil si pa cakap dapat makluman dalaman jais taknak pulak besi cakap sapa yang bagitau dan sebagainya kenapa ada dabel standard di sini?

heran betul....pelik kan kenapa orang dalaman pas tu tak nak bagitau awal2 pasal kes murtad ni ke dia tido masa serbuan tu tengah buat...

Anak Perelih said...

beberapa pihak dalam JAIS dan blogger UMNO dah membelakangi perintah Sultan untuk tidak membocorkan maklumat tersebut sebelum baginda melihatnya... sebab yang mana pertemuan PAS - JAIS ditangguhkan... nampaknya mereka ni dah DERHAKA kepada SULTAN Selangor...

Anonymous said...

Derhaka pada sultan tak sama derhaka pada allah pencipta kita...agama kita...maruah dan martabat islam kita...lu crita apa mamat???

Anonymous said...

Sapa sokong org murtad juga hukumannya pancung....ada berani TB...Menyokong upacara thnks giving so called ...spt mana yg mereka dakwa ....dan dibela oleh pecacai pecacai DAP dan kristian spt pas dan TB khasnya....sebenarnya bermaksud menyokong memurtadkan org islam.....humbankan mereka ini dlm sungai klang jer

Anonymous said...

Jais terpaksa bocorkan kepada UMNO sebab PAS tak akan dedahkan perkara sebenar.

Berani ker PAS dedah perkara sebenar?

Lihat apa jadi kat Hassan Ali dan KP PAS.

PAS lebih takut kepada DAP dari Allah!

Anak Perelih said...

PASnak jumpak JAIS kenapa tak bagi.... PAS kena selidiki kerana mungkin isu ini ditimbul oleh orang MUNAFIK... sebab NGO yang anjur tu pun condong ke UMNO/BN... yang selama ini murtad berleluasa apa UMNO buat..??? PAS bawak usul rang undang undang cegah murtad di parlimen pun UMNO sekat... nampak sangat kata kata anon semua ni timpa kat UMNO sendiri....

AnakDaraTua said...

setiap tindakan UMNO dipenuhi najis penipuan dan pengkhianatan. Setelah begitu lama UMNO mengkhianati orang Melayu dan agama Islam, kenapa sekarang berlagak membela agama Islam?.
Lebih baik percaya kepada Israel yang kita kenal rupa bentuk, dari UMNO yang "musang berbulu ayam".

Anonymous said...

Anak Perelih said...

PASnak jumpak JAIS kenapa tak bagi.... PAS kena selidiki kerana mungkin isu ini ditimbul oleh orang MUNAFIK... sebab NGO yang anjur tu pun condong ke UMNO/BN... yang selama ini murtad berleluasa apa UMNO buat..??? PAS bawak usul rang undang undang cegah murtad di parlimen pun UMNO sekat... nampak sangat kata kata anon semua ni timpa kat UMNO sendiri....
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kenapa pas tak nak buat demostrasi macam bersih 2.0 hari tu??? kerana pas seronok menjilat dan menghisap kote dap....padan muka pas akhirnya murjad jugak....syabas pas anda sesat dan murtad...

Anonymous said...

PASnak jumpak JAIS kenapa tak bagi.... PAS kena selidiki kerana mungkin isu ini ditimbul oleh orang MUNAFIK... sebab NGO yang anjur tu pun condong ke UMNO/BN... yang selama ini murtad berleluasa apa UMNO buat..??? PAS bawak usul rang undang undang cegah murtad di parlimen pun UMNO sekat... nampak sangat kata kata anon semua ni timpa kat UMNO sendiri....
-----------------------------------
Anak Perelih ni mmg BAHLUL bab akidah pun spin sana sini, baik mampus cepat

Anonymous said...

PAS tidak perlu malu tetapi orang Islam(bukan orang melayu)yang patut malu.Jika malu bersamalah dgn.org.Islam mencari jalan mengatasinya jangan mencari helah utk.melepaskan diri.Tindakan juga mesti bijaksana barulah orang Islam tidak dihina.Malangnya org.melayu yang telah menghina terlebih.

Anonymous said...

AnakDaraTua said...

setiap tindakan UMNO dipenuhi najis penipuan dan pengkhianatan. Setelah begitu lama UMNO mengkhianati orang Melayu dan agama Islam, kenapa sekarang berlagak membela agama Islam?.
Lebih baik percaya kepada Israel yang kita kenal rupa bentuk, dari UMNO yang "musang berbulu ayam".
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kau nie dah lah tak laku...anak dara tua...bodoh pulak tu...kenapa pas yang dulunya mengaku pejuang islam tiba-tiba jadi pondan dan sanggup sokong puak-puak gereja dan puak-puak murtad tu??? pas tu berbulu apa??? berbulu babi ker???

kesian kau patut lah tak laku-laku...kau kahwin aje dengan abg tulang babi (TB) kau nie...kalau si tulang babi nie pun tak nak kau...aku tak tahu lah apa sialnya kau nie...

Anonymous said...

anon 8.37am dan lain2 anon..

SATU SOALAN NAK TANYA HAMPA SEMUA...

SAPA MEMERINTAH TANAH MELAYU SELAMA LEBIH 50 TAHUN?

DAP ATAU PKR ATAU PAS KA?

KALAU BUKAN MEREKA, SAPA?

KENAPA MEREKA YANG BERKUASA SEKIAN LAMA INI, HANGPA SEMUA TAK PERSOALKAN TINDAKAN DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA UNTUK MENTARBIYAHKAN ANAK2 MELAYU SEJAK BERDEKAD LAMANYA?

KENAPA HANGPA MENUDUH PARTI YANG TIADA KUASA INI BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEMURTADAN UMAT ISLAM. APA MEREKA BOLEH BUAT UNTUK GUBAL UNDANG2

MANA PERGINYA PEMIMPIN MELAYU UMNO YANG MENGANGKAT KERIS MEMPERJUANGKAN ISLAM? ANGKAT KERIS PERJUANG ISLAM??? SILAP.. MEMPERJUANGKAN MELAYU?

KENAPA HANGPA YANG NAMPAK 'CERDIK' INI TAK BERHIMPUN DEPAN RUMAH NAJIB MENGANGKAT KAIN, MEMIKUL CANGKUL MENDESAK NAJIB YANG BERKUASA INI MELAKUKAN TRANSFORMASU TERHADAP SISTEM PEMERINTAHAN YANG ADA SEKARANG KPD LEBIH ISLAMIC?

MALANG HANGPA SEMUA INI..... BERTINDAK TANPA BERFIKIR?

Anuar bin Safian said...

Siapa yang berkuasa dia perlu dipertanggungjawabkan tak kira PAS atau UMNO..

Siapa yang berkuasa sejak 1957 yang boleh akses kepada undang2 dan peruntukan besar untuk membangunkan Islam? PAS ke?

KENAPA peruntukan yang begitu besar yang boleh diperuntukkan untuk projek2 mega tidak digunakan untuk membangunkan akidah umat. JAWI dihapuskan dan pendidikan agama di hadkan?

siapa yang berkuasa ketika itu dan hingga kini?

Kita telah diperbodohkan oleh sekelompok dengan melaga2 diantara sesama islam dan pada masa yang sama mereka akan membolot semua harta benda demi perut mereka dan keluarga mereka. Apa mereka kisah dengan murtad dan akidah asalkan mereka kaya raya. Kalau mereka ikhlas terhadap akidah anak melayu, sejak awal penubuhan malaya mereka telah membentuk jati diri islam dalam pendidikan dan kehidupan mereka.
Tahu sapa kumpulan ini? iaitu kumpulan yang telah berkuasa sekian lama.. tak payah tanya sebab sapa makan cili dia terasa pedas!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.