Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, August 29, 2011

Penolakan Permohonan Bantuan Zakat adalah LEGENDA di Kawasan Bandar

Sewaktu Tulang BEsi aktif sebagai ketua Penerangan PAS Kawasan PJ Utara, TUlang Besi sentiasa berinteraksi dan melawat kawasan2 penempatan Melayu yang rata-ratanya mereka ini hidup susah dan memerlukan bantuan.

Kawasan2 seperti Kampung Lanun, Kampung Taman Aman, Kampung Sungai Way dsbnya adalah kawasan2 yang ramai penduduk Melayu yang rata-rata mereka ini hidup susah dan memerlukan bantuan.

Yang menghairankan Tulang Besi adalah sepanjang Tulang Besi menziarahi kampung2 ini, tidak pernah sekali Tulang Besi berjumpa dengan seorang yang menerima bantuan dari Lembaga Zakat Selangor.

Ada satu kes melibatkan warga kurang upaya di salah sebuah kampung ini, sudah bertahun minta pertolongan untuk kerusi roda. Akhirnya, Keadilan Cawangan kampung tersebut kumpul derma dan membeli kerusi roda tersebut.

Maka, apabila terbaca ada keluarga Islam yang menerima bantuan dari gereja di sekitar Kawasan PAS PJ Utara. Kontroversi DUMC baru-baru ini pun berlaku dalam kawasan Parlimen PJ Utara.

Dan dari pelbagai sumber yang Tulang Besi dapat pun kesah penolakan permohonan zakat dari Lembaga Zakat Selangor ni dah jadi lagenda. Kita akan dengar kesah penolakan jauh lebih banyak dari yang diterima.

Hasilnya, ramai yang sudah hilang kepercayaan dengan Lembaga Zakat Selangor. Malahan, orang2 Melayu Islam yang mendapat bantuan dari Gereja tersebut saya pasti tidak ada langsung kepercayaan kepada Lembaga Zakat Selangor.

Hanya apabila kontroversi serbuan DUMC ini barulah terhegeh-hegeh nak buat Unit Pemulihan Akidah bagi memastikan wang zakat sampai pada orang2 ini.

Maka, yang kita lihat adalah kalau nak terima zakat dengan cepat, pergilah masuk gereja dan dengar "sermon" Kristian. Lebih baik dapatkan surat dari Paderi Kristian menyatakan kita sedang mengikuti aktiviti gereja.

Barulah bantuan zakat sampai dengan cepat. Itulah kebijsanaan "Unit Selamatkan Akidah" pimpinan Hasan Ali.

Unit ini tidak pernah pun dibincang dengan Perhubungan PAS Selangor. Hasan Ali seperti menjadi exco bebas skrg ni kerana apa2 keputusan dia buat ikut suka hati dia.

Manakala, wang zakat terus dilacurkan oleh UMNO dan orang Islam terus dihimpit kemiskinan.

Yang terbaru apabila Pengarah JAWI yang UMNO gunakan wang zakat untuk bayar yuran guaman bagi menghalang kes Qazaf terhadap Saiful dibicarakan di Mahkahmah Syariah. Dulu, kita dengar mcmna wang Baitulmal diperjudikan di pasaran saham dan Khir Toyo bagi duit zakat untuk pertandingan golf. Pendek kata UMNO guna wang zakat mcm duit tu mak bapak mereka punya.

Tapi, nak heran apa dgn UMNO. Bagi UMNO, halal dan haram tak wujud. Asal ada duit, mereka pakai.

Tulang Besi


1 comment:

Anonymous said...

hassan ali bukan ada kuasa dalam mais/jais walaupun dia exco agama... siap dia kena sound dengan sultan dalam kes arak seksyen 8 lagi... dan sultan ni pro umno... so boleh agak agak la...

btw... dia buat jawatankuasa akidah tu atas kapisiti exco agama selangor... bukan exco agama PAS... dia dah bincang dgn MB, bukan dgn PAS...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.