Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, August 26, 2011

PKR Dituduh Sokong Murtad, Tiba2 Islamkan Ahli2 nya


NOTA EDITOR: Allah Maha Besar. Pada waktu blogger UMNO hebat menuduh PKR dan PAS pro murtad kerana tak sokong JAIS yg pro UMNO itu, ahli2 KeAdilan pula telah mengangkat syahadah dan menjadi Muslim

Sebabnya ialah Islam ini hanya alat untuk UMNO. Mereka tidak pernah suka pada Islam. Mereka terbuka menghalalkan yang haram, menolak yang wajib, engkar pada hukum Allah (i.e. Qazaf) dan mengharamkan apa yang Allah telah halalkan (i.e. orang bukan Islam masuk masjid).

UMNO juga mempunyai sejarah menyokong Murtad semenjak peristiwa Natrah pada tahun 1950 lagi. Kenapa tiba-tiba mereka hendak memperjuangkan murtad tahun ini?

Dan kalau kita rujuk pada kenysataan Mustafa Ali, serbuan JAIS itu adalah PERANGKAP UMNO. Tidak lain dari itu.

Terdesak, mereka cuba tunjuk mereka juara Islam padahal mereka mempunyai rekod menghancurkan Islam di Malaysia. FEnomena murtad ini adalah hasil dari pemerintahan UMNO yang anti Islam dan sekular selama lebih 50 tahun.

Kaedah lembut yang digunakan oleh PAS dan Anwar kepada orang bukan Islam dilabel sebagai ketundukan kepada DAP. Fitnah yang dimainkan UMNO demi untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada mereka.

Mereka tidak takut dosa fitnah dan mereka terus menerus memfitnah Anwar serta memperlekeh hukum Qazaf.

Di bulan Ramadhan ini, fitnah UMNO dihancurkan oleh kuasa yang turun dari langit. Sepanjang UMNO berkawan dgn MIC dan MCA, berapa ramai kepimpinan mereka yang masuk Islam?

Malahan, dalam tahun 60an dulu ramai ahli2 UMNO yang aktif dalam Qadyani dsbnya.

Masanya orang Melayu mencampak UMNO ke Laut Cina Selatan.

Tulang Besi


Kuasa Allah: Melayu Dituduh Murtad, Cina Pulak Masuk islam


Ketua Wanita Keadilan Bukit gelugor masuk islam


Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Sheryl Chew Hong Wah atau nama barunya Huda Chew Hong Wah nekad mendalami ajaran Islam sepenuh masa.


Bercakap kepada Suara Keadilan, beliau kini merasa lebih tenang selepas memeluk Islam, yang disifatkan beliau sebagai agama yang bersifat universal.


“Saya merasa amat tenang selepas saya memeluk Islam dan amat meyakini agama ini adalah agama yang benar.


“Ia bukan hanya milik orang Melayu atau bangsa Arab tetapi ia milik semua manusia,” katanya.


Menurut Huda, beliau turut melahirkan rasa terharu dengan sokongan berterusan semua pihak terutama guru dan sahabat karibnya, Faridah Abdul Karim yang juga Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Cabang Gombak.


“Sejak berita saya memeluk Islam tersebar, rakan-rakan Facebook saya semakin bertambah.


“Tetapi yang lebih buat saya terharu ialah dokongan berterusan dan kata-kata semangat dari semua pihak terutamanya kak Faridah,” katanya.


Sementara itu, di Facebook, beliau kini menggunakan nama Huda Chew Hong Wah (Cheryl).


Huda sah bergelar muslim kira-kira 3 petang semalam di pejabat Jemaah Islam Malaysia (JIM) Taman Melawati, Gombak dan disaksikan rakan-rakan terdekatnya yang turut menitiskan air mata menyaksikan majlis itu.


Huda yang bermaksud ‘petunjuk’ dalam bahasa Arab sebelum ini banyak mendalami Islam menerusi kenalan yang menghadiahkan tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.


Difahamkan, sebelum ini Huda Cheryl sudah mula berpuasa dan mendalami Islam berperingkat-peringkat sebelum mengambil keputusan memeluk Islam ketika hari ke 24 umat Islam menunaikan ibadah Ramadhan.


Kd
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.