Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, August 16, 2011

Respon Pembaca kepada Artikel Tulang Besi di Malaysiakini

NOTA EDITOR: Dibawah adalah respon pembaca terhadap salah satu artikel TUlang Besi yang diterbitkan oleh pihak Malaysiakini untuk tatapan kita bersama. Terima kasih kepada penulis, Mr Shuib di atas surat ini.

Assalamualaikum.

En Abdul Rahman,saya merupakan seorang rakyat biasa yang sering mengikuti politik negara kita ini dengan hemah sekali.Saya telah memperhalusi artikel tuan bertarikh 26/7/2011 yang bertajuk "Persaingan Melayu untungkan Rakyat".Saya sangat bersetuju dengan hujah2 yang tuan telah lemparkan.

Ya,saya sokong 300% bahawa Umno dan Pas tidak perlu ber"padu" semata-mata mahu menguntungkan melayu.

Bagi saya mudah,UMNO hanya akan bertanding di kawasan Dun atau Parlimen yg majoritinya masyarakat melayu ataupun di kawasan yg masyarakatnya menerima kepimpinan orang melayu secara keseluruhannya.dan PAS pula akan meletakan calon melayu Islam mereka di tempat mana UMNO bertanding.

Saya tidak nampak apa2 alasan yang munasabah yang mengatakan melayu akan rugi jika PAS menentang UMNO mereka umpama "Melayu" vs "Melayu".

Dan yg menang akhirnya tetap Melayu.dan ini akan lebih nampak menguntungkan rakyat melayu apabila masing2 mereka membawa ideologi dan semangat bersaing yg sihat di dalam memberi kebajikan kepada rakyat.

Bagi saya,orang melayu yang akhirnya akan dapat manfaat yang besar daripada UMNO dan PAS ini.

Tetapi sebaliknya akan berlaku apabila PAS & UMNO bergabung,andaikata saya menganggap PANO sebagai parti baru hasil gabungan PAS dan UMNO.PANO ini terpaksa bertanding menentang parti2 lawan seperti PKR,DAP,MCA,MIC dll.

Ini sedikit sebanyak akan mengubah bilangan kerusi parlimen bagi kaum melayu di dalam parlimen.selain daripada itu,keterpaksaan masyarakat utk menerima hanya 1 ideologi perubahan parti yg mewakili mereka akan menyebabkan terbantutnya perubahan di dalam negara ini.

Seperti mana yg kita tahu,perubahan akan lebih cepat berlaku dengan adanya system dwi parti yg kuat yg mewakili suara majoriti dan minoriti sesuatu kaum seperti contohnya di UK,Australia dan di negara2 commonwealth yg lain.

Bagi pendapat peribadi saya,biarlah UMNO kekal sbg UMNO.dan PAS kekal sbg PAS..masing2 berjuang mempertahankan idea dan perubahan yg mereka bawa kepada rakyat.dan biarlah rakyat yg menjadi hakim dalam memilih mereka.Biarlah kedua dua parti terbesar orang melayu ini akhirnya tahu,bahawa pemerintah dilantik oleh rakyat,dan rakyat berhak untuk menukar mana2 pemerintah yg baru jika ada kesilapan yang mereka lakukan semasa pemerintah.

sekian.

Wassalamualaikum.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.