Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, August 3, 2011

Selangor Beri Geran Bersihkan Daftar Pemilih. Syabas!!!.


NOTA EDITOR: Syabas kepada MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Geran diadakan semata-mata untuk membersihkan daftar pemilih dari kekotoran tajaan UBN.

Peringatan kepada jentera-jentera PAS, PKR dan DAP supaya menggunakan geran ini secara maksima untuk membantah KESEMUA NAMA-NAMA yang diragui.


Tiada lagi alasan untuk TIDAK MEMBANTAH NAMA-NAMA yang diragui. Wang sudah ada, apa lagi tunggu. Jangan sampai dah kalah baru nak menyesal macam Terengganu 2004.

Sediakan Payung Sebelum Hujan. Yang penting adalah mesti dibantah dan jangan takut membantah. Wang sudah disediakan.

Kita semua sedar akan syarat ganjil yang diberikan SPR yakni untuk bantah 1 nama, kosnya RM1. Kalau ada 10 ribu nama dalam satu Parlimen, kosnya adalah RM10 ribu ringgit.

Tak kira kita ada hujjah kuat atau tidak. Kalau tak bayar, bantahan kita ditolak.
Apa punya syarat macam ni? Nampak sangat syarat ini sebenarnya datang dari PWTC bukan dari Ibu Pejabat SPR di Putrajaya. Tahniah Kerajaan Negeri Selangor.

Tulang Besi




ps baca kenyataan penuh MB Selangor di bawah:
Kerajaan Selangor Sediakan Geran Untuk Pilihanraya Bersih dan Adil

Kerajaan Negeri memandang serius aduan-aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi yang sedia ada dan senarai daftar pengundi baharu.

Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negara jiran yang mendapat taraf permaustatin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diselesaikan dengan segera.

Kerajaan Selangor berpandangan bahawa rakyat mempunyai hak untuk menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka jalan kepada satu pilihan raya yang bersih dan adil.

Sehubungan dengan ini, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini telah bersetuju menubuhkan satu geran untuk membiayai usaha-usaha memfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baharu yang meragukan.

Geran ini terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik. Oleh kerana dana kerajaan negeri digunakan, bantahan ini hanya melibatkan kawasan di Selangor sahaja.

Pilihan raya bersih dan adil adalah tiang utama kepada demokrasi tulen. Pilihan raya bukan sahaja perlu bersih dan adil tetapi juga perlu kelihatan bersih dan adil di mata semua.

Setiap usaha mesti diambil demi memastikan kredibiliti pilihan raya dijaga dan pilihan sebenar rakyat dihormati.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

=============================================================================

PRESS STATEMENT

AUGUST 3, 2011

SELANGOR GOVERNMENTS SETS UP A GRANT FOR FAIR ELECTION

The State Government is concerned with ongoing complaints regarding irregularities of the electoral roll and the registration of new voters.

Complaints and allegations that permanent residents from neighbouring countries are being registered as voters are disturbing and need to be addressed.

Selangor is of the view that the rakyat has the right to demand an electoral roll which is free from irregularities, without which there cannot be clean and fair elections.

The EXCO meeting today has thus agreed to set up a fund to support the filing of protests at the Election Commission on any irregularities in the electoral roll.

The grant is open to the public with no preferences as regards to race, religion or political affiliation. As this is a state sponsored initiative, it will however be focused on the filing of protests involving constituencies in Selangor only.

Clean and fair elections are the pillar of any genuine democracy. Not only must elections be clean and fair, they must also be seen by all to be clean and fair. Every effort must be taken to ensure that the credibility of our elections are never undermined, and the intelligence of the rakyat never insulted.

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

3 comments:

Anonymous said...

kuburkan umno bn dalam tong sampah pengkianat bangsa dan negara menyusah kan nasib orang melayu yang sudah pun kepayahan.Terkini nak bersaing pula dgn pendatang haram yang jadi warganegara malaysia status bumiputra.Orang melayu fikirkanlah masa depan mu

Azwan Affendy said...

bagi geran waktu tarikh bantahan dah tamat.

Anonymous said...

Pengakuan Ex-Mahasiswa Universiti Malaya tentang Tamrin Panjang 1

KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS

sila baca di...

http://maharajazhou.wordpress.com/2011/08/03/pengakuan-ex-mahasiswa-universiti-malaya-tentang-tamrin-panjang-1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.