Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, August 5, 2011

Serbuan JAIS Untuk Bantu Propaganda UMNO?

Kalau Ada Bukti, Mengapa Tiada Tangkapan?

Di dalam mempertahankan pendirian JAIS, Dato Hasan Ali mengatakan ada bukti berlaku percubaan memurtadkan umat Islam.

Mengikut laporan Malaysian Insider:

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama semalam atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Hasan menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan malam tadi.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.

Masaalahnya, kalau ada bukti, mengapa tiada tangkapan dibuat. Dikhabarkan pihak Polis pun terlibat dan tiada peserta yang dapat melarikan diri dari majlis itu.

Cuma yang hairannya, pada malam itu, tiada seorang peserta yang ditangkap. Kalau dirujuk kepada serbuan-serbuan jabatan agama sebelum ini, setiap kali serbuan pasti ada tangkapan.

Juga, kalau ada bukti nescaya JAIS mampu mendapatkan waran untuk menggeledah premis gereja tersebut. Atas sebab tiada buktilah maka JAIS tidak mendapat waran.

Hairan, sungguh hairan.

Mengapa boleh berlaku percanggahan antara tindakan JAIS dan kata-kata Hasan Ali yang mempertahankan JAIS?

Mengapa pula pihak Polis terlibat sama sedangkan Polis berada di bawah Hishamuddin Tun Hussein. Boleh pula Hishamuddin terlibat dalam usaha macam ni?

SABOTAJ KERAJAAN NEGERI dan PAS?

Jelas, serbuan tanpa waran dan tanpa bukti serta dengan penglibatan pihak Polis (yang berada di bawah Hishamuddin Tun Hussein) adalah satu usaha sabotaj.

Sokongan HAsan Ali kepada usaha JAIS ini juga tidak mengejutkan lantaran Hasan Ali adalah pemimpin kepada GENG PERPADUANG di dalam PAS. Sikap pro UMNO Hasan Ali ini terserlah dan sudah menjadi maklumat umum.

Dari analisa Tulang Besi, serbuan JAIS ini adalah untuk mencipta isu yang akan menguntungkan UMNO. Tujuan utama adalah untuk memalukan PAS.

Jikalau PAS dilihat menyokong serbuan JAIS, maka PAS akan dilihat sebagai belot kepada pengundi bukan Islam. Maka, hasilnya Pakatan Rakyat akan lemah.

Jikalau PAS dilihat menentang serbuan JAIS, maka PAS akan dilabel sebagai menggadaikan prinsip serta menyokong murtad.

Maka, tindakan JAIS adalah selaras dengan program propaganda UMNO dan Barisan Nasional. Tidak lebih dari itu.

Jangan kita semua tertipu dengan tipu daya JAIS ini.

Tulang Besi masih ingat kali terakhir Tulang Besi membantu untuk membuat aduan berkaitan murtad kepada JAIS, mereka menolak untuk mengambil tindakan atas alasan mereka tiada kuasa.

Tiba-tiba dalam hal ini, mereka boleh bertindak pula?

Tulang Besi


span class="fullpost">

4 comments:

Anonymous said...

Hal hal agama jgn lah persalahkan sesiapa. Hasan ali berniat baik. Ini pun korang politikan..

diskopi said...

Mohon maaf. Tumpang singgah sekejap untuk berita terbaek!


Bersih 2.0: Merakam Semangat Zaman/Capturing The Spirit Of The Times – Pertandingan Menulis Esei dan Cereka di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.


Lebih daripada RM6,000.00 untuk dimenangi + buku-buku + tshirt diskopi-bersih 2.0 “melawan atas jalan bukan hanya atas talian” + peluang untuk karya anda diterbitkan di dalam bentuk buku!

Kalau berminat untuk terlibat di dalam usaha bersama merakam semangat zaman dan memenangi hadiah-hadiah tersebut, check it out butiran, syarat dan peraturan pertandingan ini kat:

http://diskopi.wordpress.com

Anda boleh jugak download poster pertandingan menulis esei dan cereka ini dalam jpeg file dan meletakkannya kat blog, website atau facebook anda untuk publisiti yang lebih luas.

Tolong war-warkan tentang pertandingan ini kepada jaringan dan kawan-kawan anda yang kat online mahu pun offline!

Terima kaseh.

Anonymous said...

dari apa yang malaysiakini lapor http://malaysiakini.com/news/172021 apa yang saya paham ialah Hassan Ali hanya cerita apa ayng JAIS report kat dia... bukan mempertahan tindakan JAIS...

Fazo said...

Seperti penulis kata, aktiviti JAIS perangi murtad adalah taktik UMNO. Rupa-rupanya, UMNO je la yang berani mempertahankan akidah umat Islam di Malaysia. PAS hanya kecut menikus di kaki DAP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.