Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, August 3, 2011

SPR:"Tiada Pendatang Asing Didaftar Sebagai Pemilih"



Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, menyatakan TIADA PENDATANG ASING yang didaftar sebagai pengundi mengikut laporan BERNAMA di bawah.

BERNAMA melaporkan kenyataan beliau, antara lain:

Katanya, semasa proses pendaftaran pemilih melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang diguna pakai oleh SPR, pengenalan pemohon akan dihubung kait dengan ‘Agency Link-Up System’ (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Menurutnya ALIS yang mempunyai 33 jenis tapisan atau semakan wajib bagi setiap permohonan, akan menolak permohonan mereka yang bukan warganegara untuk didaftar sebagai pemilih
Tak sabar rasanya nak tunggu jawapan SPR terhadap gambar di atas dan beberapa lagi contoh2 jelas yang lain.

Tak sangka tak sampai sebulan, penipuan SPR terdedah satu persatu termasuklah kenyataan yang datang dari Pengerusi SPR sendiri.

Kalau Pengerusi SPR ada maruah, dia patut letak jawatan di atas skandal ini.

Tulang Besi

ps ikuti laporan BERNAMA yang penuh di bawah:
SPR: Tiada pendatang asing didaftar sebagai pemilih

Tidak ada pendatang asing yang didaftar sebagai pemilih kerana pengesan utama yang digunakan dalam menentukan kelayakan permohonan sebagai pemilih ialah kad pengenalannya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Katanya, semasa proses pendaftaran pemilih melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang diguna pakai oleh SPR, pengenalan pemohon akan dihubung kait dengan ‘Agency Link-Up System’ (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya ALIS yang mempunyai 33 jenis tapisan atau semakan wajib bagi setiap permohonan, akan menolak permohonan mereka yang bukan warganegara untuk didaftar sebagai pemilih.

Bercakap dalam satu dalam satu temubual khas di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini beliau berkata, jika ada sebarang cubaan untuk mendaftar permohonan yang tidak sah, sistem yang ada akan menolak transaksi atau kemasukan data itu secara automatik.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pihak-pihak tertentu yang menurutnya mempertikai kononnya berlaku pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi, di samping mempertikai proses pendaftaran anggota polis sebagai pengundi.

Abdul Aziz berkata tapisan dan semakan yang dilaksanakan oleh sistem ALIS bukan sahaja menolak mereka yang bukan warganegara, malah ia juga menolak permohonan daripada mereka yang belum layak dari segi umur dan yang mengemukakan kad pengenalan palsu.

Katanya jika ada pihak tertentu yang mempunyai sebarang bukti berhubung perkara itu, beliau meminta supaya ia dikemuka kepada pihak SPR bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Saya ingin dapatkan senarai itu (pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi) yang lengkap dengan nama mereka, nombor pasport dan butirannya sebagai pengundi. Saya nak dapat bukti kerana adalah suatu perkara yang tidak mungkin bagi pendatang asing boleh didaftar sebagai pemilih,” katanya.

Mengenai pendaftaran polis sebagai pengundi pos dan juga pengundi awam, Abdul Aziz berkata permohonan untuk mendaftar nama sebagai pemilih pos bagi anggota polis dibuat di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman, Ibupejabat Polis Kontinjen dan Daerah, di tempat anggota itu bertugas.

Katanya tapisan yang ketat dibuat ke atas permohonan anggota polis dengan mengikut catatan nombor kad pengenalan awam mereka dan SPR pasti akan dapat mengesan jika berlaku pendaftaran berganda.

Abdul Aziz berkata SPR juga menjalin kerjasama pintar dengan pihak polis dan tentera untuk membantu SPR membersihkan nama-nama pengundi dengan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali, dan proses pembersihan termasuk berkaitan pertukaran daripada pengundi pos kepada pengundi awam.

Mengenai dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya perpindahan nama pengundi ke tempat lain berlaku tanpa permohonan dibuat oleh pemohon itu sendiri, Abdul Aziz berkata ia tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana perubahan tempat mengundi hanya boleh dilakukan oleh pemilih itu sendiri dan perkara itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya.

“Kemukakan kepada SPR (jika ada) senarai orang yang dipindahkan ke tempat jauh oleh pihak lain dan bukan oleh pemohon itu sendiri, jangan cakap sahaja,” katanya.

- Bernama

1 comment:

otaklunyai said...

Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha berkuasa. Diatas segala sifat Rahim MU dan kegagahan MU aku memohon agar negara kami dan rakyat yang tidak berdosa dilindungi dari fitnah dan kezaliman pemimpin2 kami yang zalim dan jahat ini dan mereka yag bersubahat menjayakan kejahatan ini. Sesungguhnya kami tidak berdaya melawan kezaliman dan kejahatan mereka yg disokong oleh penguasa yang zalim. Diatas keberkatan bulan yang mulia ini dan diatas ibadah puasa yang kami lakukan hanya kerana MU Ya Allah Kami memohon kepada MU Ya Allah supaya ditukarkan kerajaan ini dan pemimpin2 ini dgn mereka yang lebih baik yang akan membawa kepada keadilan dan kemakmuran agar dapat kami kyushuk dan tawadduk berinadat kepada Mu Ya Allah. Ya Allah Tuhan yg maha Menghukum, hukumilah pemimpin2 yg zalim ini dan mereka yang bersubahat melakukan pengkhianatan ini supaya menjadi pengajaran.

Hanya kepadaMu lah sebaik2 tempat kami berlindung... Amin Ya Rabbal Alamin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.