Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, August 21, 2011

Sumpah Makruh. Solat Hajat Sunat. Baik Solat Hajat


Di alam Twitter, saya sering ditanya oleh juak2 UMNO mengapa Anwar tidak mahu bersumpah (seperti di atas).

Dalam kes diatas, kita nampak sendiri kejahilan puak2 UMNO ini dalam hukum berkaitan mubahalah dan sumpah. Kedua-duanya adalah BERBEZA tapi mereka gabung kedua-dua nya jadi satu perkara (sumpah mubahalah. Mana ada "sumpah mubahalah" dalam Islam. Yang ada samada SUMPAH ataupun MUBAHALAH. Kedua-dua nya ada kaedah yang berlainan.

Mubahalah mestilah ada KEDUA-DUA pihak di dalam majlis itu. Bagaimana Anwar hendak bermubahalah, sekiranya beliau seorang diri? Juga, Mubahalah mestilah dimulakan oleh orang yang DITUDUH. Eskay bersumpah di Masjid Sentul untuk MENUDUH Anwar Ibrahim. Dalam undang-undang SEKULAR sekalipun, sumpah TIDAK BOLEH DIJADIKAN bukti untuk pendakwaan di dalam mahkamah, inikan pula dalam mahkamah shariah.

Kalau benar2 mahu Mubahalah, ia mesti dimulakan oleh Anwar Ibrahim kerana beliau adalah orang yang DITUDUH. Bukan ESKAY atau SAIFUL pegi masjid dan buat sumpah palsu mereka.

MENGAPA ANWAR TIDAK MAHU BERMUBAHALAH ATAU BERSUMPAH?

Hukum sumpah atau mubahalah adalah MAKRUH. Ertinya, kalau buat tidak dapat pahala, kalau tidak buat dapat pahala.

Anwar Ibrahim lebih selesa dengan kaedah solat hajat. Hukum solat hajat adalah SUNAT ertinya buat dapat pahala.

SUMPAH - TInggal dapat pahala

SOLAT HAJAT - Buat dapat pahala

Maka, lebih baik Anwar buat Solat Hajat dan bukan sumpah. Ada faedah dan ada asas dari segi syara'

Senang sahaja untuk jawab puak2 UMNO yang tak reti hukum.

Adapun sumpah Saiful dan Eskay itu, jelas sumpah palsu dan bohong kerana banyak sebab:

1.0 Tiada kesan jubor Saiful ditembusi dan ini disokong oleh semua doktor yang memeriksa beliau. Kalau jubor Saiful tidak ditembusi, bagaimana liwat berlaku? Hanya orang gila sahaja yang percaya Saiful kena liwat dgn Anwar Ibrahim.

2.0 Eskay kata Anwar ada tinggal JAM OMEGA. Namun, Polis kata Jam Omega tersebut di buat di Taiwan dan tidak boleh dikesan siapa tuan punya. Ertinya, ESKAY TELAH BERBOHONG.

3.0 Manusia dalam video itu ada iras2 Anwar tapi susuk badan pelakon itu JAUH BERBEZA dari Anwar Ibrahim. Lebih2 lagi pada masa kejadian itu berlaku, Anwar sedang bertwitter dan berblog.

4.0 Kalau setakat muka, Ben Kingsley diorang boleh make-up muka sebijik Ghandi. Apa nak heran. Sebab tu bukti VIDEO ni tak boleh jadi bukti asas dalam mahkamah civil sekalipun kerana video boleh dimanipulasi.


DEngan kata lain, UMNO tidak ada bukti kukuh mahupun hujjah yang jitu untuk menuduh dan mensabitkan Anwar atas tuduhan liwat dan zina.

Maka, untuk menutup malu mereka, diulang-ulang cabaran untuk sumpah kepada Anwar Ibrahim. Diharap dgn keengganan Anwar bersumpah dapat meyakinkan majoriti rakyat terutama yang Islam untuk menolak Anwar Ibrahim

Malangnya, mengikut kajian Merdeka Center, tidak sampai 15% orang Melayu percaya Anwar meliwat Saiful.

Tidak sampai 15% orang Melayu yang percaya Anwar adalah orang di dalam video blue Rahim Thamby Chik itu.

Hajat mereka tidak kesampaian. Sebab tu terpaksa ulang kalimah sumpah sebab diri sendiri dah malu nak cover airmuka.

Tulang Besi


10 comments:

Anonymous said...

TB, hang sumpah hari tu kira makruh la. Tapi kenapa hang dok buat?

Lagi satu, cuba TB bagi dalil dari ulama muktabar yang kata solat hajat tu sunat.

Yang banyak diketahui ialah ia bidaah.

Do some home work man.

Awak kan duduk di Saudi, pi la tanya sheikh kat sana.

Hijjaz said...

bahaya ni encik anonymous 1:45 AM. kat mane pulak awak blaja solat hajat tu bidaah? jangan sembarangan taip tau, jari jemari yang menaip tu,Tuhan hisab nanti di hari kemudian.

Anti Lord Reid & pengikut2nya said...

Najib bersumpah dia tak kenal Altantuya - majoriti masyarakat tetap tak percaya pada dia.

Sepol bersumpah konon dia diliwat - majoriti masyarakat masih tetap tak percaya, sebaliknya sumpahnya itu memberikan implikasi dijatuhi hukuman mati di dalam hukum Islam kerana mengaku diliwat. Siap ada mengumpul air liur untuk diludah kepadanya.

Eskay bersumpah konon dia menyaksi penzinaan antara DSAI dan seorang pelacur - tapi majoriti masyarakat tidak mempercayai, malah mengundang masalah kerana berdepan dengan qazaf kelak.

Jadi apa perlunya DSAI bersumpah, jikalah akan mengundang ketidakpercayaan sebahagian masyarakat yang tetap tidak akan percaya pada penafian bersumpahnya, malah akan mengundang kemurkaan Allah.

UMNO berbuat dosa, mereka ingin mengheret semua rakyat berdosa bersama mereka, UMNO tak ingin ke neraka bersendiri melainkan mereka akan tarik ramai orang untuk turut menemani mereka bersama-sama ke neraka.

Anonymous said...

Hijjaz,

Macam saya kata, do your homework. Dan saya kata, banyak diketahui (yakni dari banyak pendapat) ia satu amalan yang bidaah, walaupun ada pendapat yang kata ia sunat, tetapi berdasarkan hujah yang lemah.

Anonymous said...

Dia sudah tau, macam mana buat pun dia tetap akan ke dalam sebab bukti air maninya yang dijumpai dalam dubor Saiful itu adalah bukti saintifik yang paling nyata sekali, setakat sekarang tiada apa hujahan peguam bela Anwar yang boleh mematikan fakta tersebut.

Seperti yang penulis pernah sebut dulu, macam mana konspirasi sekalipun, takde konspirasi yang boleh meletak air mani dalam dubor seseorang yang lain sebab air mana adalah milik eksklusif individu yang memerlukan kerelaan individu itu juga untuk mengeluarkannya.

Bukan boleh perah-perah macam susu.

Dan sesi pagi tadi pun, Anwar tidak mati-matian menafikan hubungan liwat itu ada terjadi, cuma hujah Anwar hubungan itu dengan kerelaan, bukan paksaan seperti mana yang didakwa!!!

Isu alibi dan dakwaan Nurul Izzah konon Anwar berada bersama mereka dibilik sebelah juga, musnah sama sekali. Sekaligus, membuktikan anak beranak ini memang pembohong besar.

Apapun keputusan diakhir sesi hari ini, tindakan Anwar memilih beri keterangan secara tidak bersumpah SECARA PERSEPSINYA membuktikan memang dia bersalah

Anonymous said...

Orang yang tak akan percaya sumpah ni adalah orang PAS aje.Sebab PAS amalkan ajaran syaitan dimana Kit Siang adalah tuhan mereka dan kiblat PAS adalah DAP.Nik Aziz hanyalah wali selipar jamban kit siang.

Anonymous said...

Air mani ada. Tembusan takda? Camana tu?

Lepas ni mari kita ramai2 percaya pada kuda yang boleh terbang.

Kenapa Anwar tak boleh dapat sample yang diambil oleh lab tersebut?

Takut ke Anwar nak check sendiri?

Anonymous said...

Solat hajat bidaah? Aik, ini agama baru la?

sejak bila perkara yang Nabi SAW buat tu bidaah?

Anonymous said...

Cak dogo-dogo, tambat tali upih.
Temu sama bodo, cakap sama lebih.
Kalau ilmu hanya setebal melukut,
Jangan nak cuba berdebat pasal hukum Allah.
Jika kamu tidak pasti, baik diam.
Jangan tergelincir iman kerana mempertikai hukum Allah. Anwar buat ker tak buat ker, itu kesah dia dgn Allah.YANG SIBUK CARI DOSA KERING TU APA KE HALNYA. APA? KAMU SEMUA NI PUASA KER TAK?
KAMU SEMUA NI TAHU TAK PASAL HUKUM HAKAM SUMPAH DGN NAMA ALLAH NI. KALAU TAK TAHU HUKUM , JGN BUAT HUKUM SENDIRI. KALAU TAK PASTI, DIAM.
Kalaulah sebegini ramai yg tahu pasal hukum, aman dunia ini. RAMAI YANG TAK TAHU TAPI BUAT-BUAT TAHU DAN RAMAI YANG TAHU TAPI BUAT-BUAT TAK TAHU.
JANGAN ADA DI ANTARA KITA YANG CUBA -CUBA MENEMPAH TIKET KE NERAKA, NAUZUBILLAH

UMNO Parti Sokong Murtad said...

Sudahlah Anon August 23, 2011 12:53 AM. Nama sendiri tak berani bagi ada hati nak cabar pasal hukum hakam sumpah.

Macam la ko reti sangat pasal hukum hakam sumpah ni.

Cakap mcm org pandai, tapi aku tau ko bodoh nak mampus.

Ko sendiri tak tau sumpah tu makruh, tu sebab ko terkejut baca artikel ni.

Dasar munafik nak bercakap pasal Islam.

Ni lah salah satu contoh munafik laknatullah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.