Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, August 10, 2011

Tantawi Memburukkan Nama Baik Islam

Selepas bertemu JAIS dan Hasan Ali, Ketua Pemuda PAS Malaysia secara terbuka mengisytiharkan sokongan beliau kepada tindakan JAIS itu.

Beliau dilaporkan berkata:

“Kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Hasan. Tindakan Jais juga kami sokong dan wajar memandangkan pendekatan yang diambil adalah untuk mempertahankan Islam dan wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan.

“Jais ambil kesempatan dalam setiap tindakan dan penguatkuasaan iaitu menepati kaedah atau prosedur untuk fahami dan patuhi segala peraturan yang ada.

“Ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang timbul. Harap beri kepercayaan tanpa sebarang prejudis untuk menjaga agama. Yang salah dalam peraturan dan prosedur harus ditegur,” kata Nasrudin.


Hairan juga saya. Mengapa Pemuda PAS tidak mahu menunggu rombongan dari pihak PAS Puast yang mana Pemuda PAS Pusat adalah sebahagian darinya?

Bukankah Pemuda PAS Pusat ke hulu ke hilir satu masa dahulu berkokok meminta ahli-ahlinya wala' kepada kepimpinan.

Tapi, dalam isu ini Pemuda PAS mengambil sikap yang tidak JAMAAIE dan mengeluarkan kenyataan yang berbeza dengan PAS Pusat?

Bukankah Pemuda PAS Pusat sepatutnya menunggu keputusan PAS Pusat sebelum membuat ketetapan?

MENGAPA BERJUMPA SEBELAH PIHAK SAHAJA?

Yang menghairankan lagi, walaupun keputusan PAS Pusat jelas menyatakan PAS mahu berjumpa kedua-dua belah pihak, namun Pemuda PAS hanya berjumpa sebelah pihak sahaja dan terus membuat keputusan.

Adakah JAIS itu MAKSUM? Lupakah Tantawi bagaimana JAIS dengan begitu biadap menangkap dan menuduh Ustaz Asri Zainal Abidin sebagai sesat? Adakah itu tanda JAIS ini MAKSUM?

Tidakkah itu satu sikap yang tidak adil? Segala bukti yang ditunjukkan JAIS adalah berdasarkan dakwaan JAIS semata-mata.

Apa yang menghalang Pemuda PAS untuk mendapat PENJELASAN dari pihak Gereja Methodist sebelum membuat keputusan.

Adakah Islam mengajar orang bukan Islam tidak mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka apabila diserang atau difitnah?

Sekiranya tidak, jelas Pemuda PAS menghantar pernyataan yang sebegitu kepada seluruh masyarakat bukan Islam seluruh Malaysia.

Pemuda PAS hanya mendengar sebelah pihak sahaja dan terus membuat keputusan. Sedangkan dalam kesah2 para Sahabat RA, sekalipun yang dituuduh itu seorang Yahudi, hakim tetap mendengar penjelasan dari si Yahudi tadi. Peristiwa baju besi Saidina Ali adalah satu contoh terbaik yang mungkin Tantawi dan Pemuda PAS telah lupa.

Sikap tidak adil dan berat sebelah pemuda PAS ini:

1.0 Menyebarkan fitnah terhadap Islam

2.0 Memburukkan Nabi Muhammad SAW di mata orang bukan islam kerana pasti mereka kata ini salah satu ajaran Nabi SAW

3.0 Menjatuhkan taraf Islam sebagai "rahmatalil Alamien"

4.0 Menyatakan Islam itu mengiktiraf ketidak adilan dan kekejaman

dan banyak lagi.

Sedarlah wahai Tantawi dan Pemuda PAS. Sikap kamu telah memburukkan lagi nama baik Islam dan nama baik Nabi Muhammad SAW di kaca mata orang bukan Islam.

Bagaimanakah kita mahu menyampaikan Islam kepada anak cucu mereka kelak

Tulang Besi

3 comments:

Anonymous said...

amno create havoc, org pas pecah belah, singkat pikiran sesetengah org, x fikir ke musuh mungkin letak umpan supaya mengena, next pemilihan tendang terus lah berapa kerat saki baki yg problematic, x musyawarah dulu sebelum buat kenyataan. dekat2 pru13 ni amno akan buat apa saja utk memang, suddently murtad become their concern? pelik.

lagi 1 pelik dlm berita hairan tunjuk gambar k/tgn jbt imegresen (perak in this case, tapi mungkin pej imegresen lain jgak), sampaikan buka posa dan sahur di pej, pasal kena tunggu pendatang dtg daftar yg tentu masa (kira pendtg tu x perlulah ikut office hrs yer). hai dekat m'sia ni pendtg dpt layanan istimewa ke smpaikan k/tgn k'jaan terpaksa korban dlm bulan posa melayan pendtg, x rugi ke? tapi mungkin k/tgn tu pun suka buat tugasan tu atau boss pun syok dpt pujian dpt register banyak org, ada KPI nak dipenuhkan ke entahlah... pej pendaftaran pun cam tu dengar kata bulanan mereka kena daftar 400 org.

hasilox said...

Bila nak tangkap kepala umno yang masuk vatican? Tak payah siasat kemungkinan umno nak masuk katolik? Vatican itu bukan sahaja gereja, ianya negara rasmi katolik, pegasas katolik sedunia.

Sikit sahaja wayang politik, banyak sudah keliru.

Anonymous said...

Kau samada bodoh sesat atau talibarut kafir celaka dalam isu ini.

Di bulan ramadan ni banyakkanlah bertaubat dan ikhlaskan diri.

Semakin ramai melayu Islam lemah akal macam kamu ini diperdaya oleh nafsu sendiri dan kafir laknatullah yang memperdaya ketidak waspadaan muslim melayu lemah jiwa dan cetek ilmu sosiologi macam kamu.

Allah suruh kita berdakwah dan berakhlak baik dan menyeru kafir untuk beriman. Tetapi bukan menjadi bodoh melacurkan diri dan agama atas nama sttrategi merapu yang sebenarnya berselindung sebalik nafsu kepentingan dunia.

Baik dan ramah berpada kepada kafir. Asas seorang pejuang Islam tulin adalah berlembut sesama muslim dan tegas kepada kafir.

Belajar dan mengaji banyak lagi baru nak mengutuk orang lain bodoh dalam hal ehwal siasah Islam.

Belajar sejarah secara kritis bukan ikut syok kau sendiri. Tengok secara objektif bersandarkan iman dan kepentingan umat bukan kepala otak ego nafsu sendiri.

Cuba koyak sedikit akal bebal lagi sempit ? Semakin lama aku tengok kau, semakin nampak dangkal cara kau berfikir dalam persepsi kepada bukan ISlam.

Samada kau ni terhad bergaul dalam masyarakat secara menyeluruh atau memang kau dalam utopia sendiri dalam merapu.

Mengharap redha kafir yang licik dan berpaling dari sesama saudara Islam dan Allah. Apa kau nak jawab nanti masa tribunal akhirat ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.