Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, August 29, 2011

UMNO Barua British Sampai Sanggup Biar Natrah Murtad

Sebelum ada yang hendak menuduh Tulang Besi ni pro komunis, biar Tulang Besi ingatkan arwah Datuk Tulang Besi adalah bekas asykar yang berjuang menentang komunis sewaktu darurat sebelum Merdeka dahulu. Kalau siapa ke Kampung Astana Raja dan tanya orang2 tua disana, mesti mereka pernah dengar nama "Dolah Komando".

Keduanya, Tulang Besi MENYOKONG PENUH 100% kenyataan Abang Mat. Ramai orang Melayu telah dibutakan sejarah, tak tahu beza pejuang kemerdekaan dgn pejuang British.

Sememangnya yang memimpin serangan ke atas Bukit Kepong itu bernama Mohammed Indera. Serangan ke atas Bukit Kepong adalah sebahagian dari usaha mereka mahu menghalau British dari Tanah. Kesah tersebut boleh dibaca di sini.


Yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong adalah pegawai2 polis yang berkhidmat untuk kerajaan British, bukannya berkhidmat untuk kerajaan Melayu ataupun Malaysia.

UMNO BARUA BRITISH TAK PERNAH LAWAN BRITISH

UMNO pula dipimpin oleh pegawai2 British yang hidup mereka lebih British dari British sendiri.

Orang2 seperti Dato' Onn dan Tunku abdul Rahman hidup mereka dibiayai oleh gaji yang dibayar oleh British. Tunku tidak pernah walau satu hari dalam hidup beliau menentang British. Begitu juga pemimpin2 UMNO yang lain: Kapten Hussein Onn, Syed Jaafar Alba, Syed Nasir, Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak dsbnya.

SEMUA PIMPINAN UMNO pada masa sebelum merdeka hidup mewah dibiayai British, setiap hari berpakaian seperti British, pergi ke pejabat di dalam kereta yang dipandu supir serta makan dan minum seperti orang putih.

Maka, tak hairanlah apabila British mahu memurtadkan Natrah, pemimpin2 UMNO ini senyap sunyi dan duduk di dalam pejabat2 mereka tidak menggerakkan walau satu jari pun untuk menghalang murtadnya Natrah.

Yang bangun menentang British pada masa itu, adalah Dr Burhanuddin Helmi serta Karim Ghani yang telah memimpin demonstrasi Natrah di tengah2 bandar Singapura. Rusuhan itu telah menyebabkan kerugian berjuta kepada British.

Maka, tak perlulah UMNO nak marah dgn Mat SAbu. Lebih baik pemimpin2 UMNO mengaku yang mereka adalah barua British dan mereka tidak pernah bangun menentang British sepanjang sejarah UMNO ditubuhkan.

Syabas Abang Mat kerana mendedahkan siapa sebenar pejuang kemerdekaan dan siapa sebenarnya pengkhianat.

Tulang Besi

3 comments:

Anonymous said...

ape yg susah sgt nak ngaku barua british. bila mat sabu becakap, terus kata menghina. yang dorg dari dulu duk canang takde petumpahan darah utk tuntut kemerdekaan tu tak menghina plak. takkan dorg taktau ramai yg terkorban sbb nak merdekakan tanah melayu. igt UMNO bijak sgt ke, kalau dorg tak setuju jd baruah, takde der British nak lepas Tanah Melayu ni.

mcm la UMNO tu je yg melayu, ramai lagi la melayu yg berjuang. mat indera tu melayu jgk. kalau kominis salah, ape beza dgn UMNO, skrg pemodal kapitalis lagi dasyat dr komunis. Islam je la penyelamat.

Anonymous said...

Ko pun sama barua komunis. Sedarlah sikit. Semoga Allah SWT tunjukkan kebenaran pada puak2 seperti anda...

JAKA said...

semasa panglima rakyat(bukan ahli umno) Almarhum Kyai Panglima Saleh dan rakyat hendak sapu bersih petualang yang menzalimi rakyat di bt pahat......

terhegeh2 datang pemimpin umno, peg daerah bt pahat ketika itu(datuk isapmudin) menghalang serangan besar2an itu.

komunis tersepit, minta tolong british halang pejuang selempang merah.

british suruh kunta kinte nya itu pergi halang.

itulah umno...pengkhianat bangsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.