Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, August 6, 2011

UMNO Yakin Tawan Selangor..kerana bantuan Pendatang Asing

Shukor Idrus, Ketua Penerangan UMNO Selangor, mengatakan UMNO akan menang 38 dari 56 kerusi di Selangor dalam pilihanraya ke 13 nanti.

KUANG, 6 Ogos — Umno yakin Pakatan Rakyat akan berkubur di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 dengan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh majoriti 20 kerusi bagi mewujudkan kerajaan negeri yang kuat.

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus memberitahu The Malaysian Insider, pada kali ini BN boleh memperoleh sekurang-kurangnya 38 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Abdul Shukor meramalkan kemungkinan itu ekoran peningkatan dalam sokongan pengundi Melayu daripada 50 peratus pada 2008 kepada 65 peratus sekarang


Perhatikan hujjah Shukor Idrus yang terakhir. Beliau kata UMNO yakin dapat menaikkan tahap sokongan Melayu dari 50% pada 2008 kepada 65% pada pilihanraya ke 13 nanti.

Semua penganalisa akan memberitahu ini adalah jangkaan yang gila. Ini kerana sehingga hari ini tiada isu besar di Sellangor. Tiada apa yang berlaku di Selangor yang memungkinkan kenaikan undi MElayu dari 50% kepada 65% dalam masa terdekat ini.

Namun, ia tidak bermakna jangkaan Shukor Idrus itu tidak akan menjadi kenyataan. Ini kerana kenaikan 15% itu adalah dari kalangan kaum MElayu yang sebelum ini bertaraf pendatang asing.

Pengundi2 seperti Mismah, Rita, Saifuddin dsbnya yang akan menaikkan jumlah bilangan pengundi Melayu di Selangor kepada UMNO.

Jadi, tak heranlah Shukor Idrus begitu yakin akan berlaku kenaikan pengundi Melayu yang begitu melampau dan tidak masuk akal seperti di atas.

TUnggulah keputusannya nanti dan saudara akan nampak kebenaran dari tulisan saya ini.

TUlang Besi



.

1 comment:

Anonymous said...

apakah langkah yg diambil PR? apakah langkah terbaik utk mengekang benda ni, adaka pasukan think tank u utk pikir dan cari jln kendian ada pasukan lain pulak sbg pelaksana?

dah memang kemungkinan besar penipuan bakal dibuat. umpama dah tau akan ditikam dgn senjata bahaya, takkan kita nak masuk gelanggang tahan diri aja... biar diri kena belasah kena tikam hingga akhirnya parah atau kojol terus. isk isk... cepatlah pemimpin yg dinamik dan inovatif nak lead task penting ni.

time is running fast.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.