Dari perbincangan Tulang Besi dengan beberapa orang teman, teori yang disebut dalam tajuk posting ini semakin benar.
Langkah2 seperti penarikan tauliah, pendakwaan ke atas Khalid Samad kerana beri ucapan dalam masjid, perjumpaan rahsia dgn NGO untuk menjatuhkan MB Selangor dsbnya adalah satu langkah desperado.
Langkah tersebut adalah semata-mata untuk:
Lihat sendiri.
Sewaktu isu SERBUAN JAIS ke atas GEREJA DUMC, isu pentadbiran zakat heboh diperkatakan.
Rata-rata, semua mempersoalkan apakah yang telah berlaku dengan zakat Selangor sehingga keluarga2 Islam yang miskin terpaksa minta pertolongan gereja untuk sesuap nasi.
Isu MURTAD telah mula bertukar arah kepada isu PENTADBIRAN ZAKAT yang pincang. Maka, langkah drastik terpaksa diambiil untuk menghentikan ombak keraguan rakyat ke atas pentadbiran zakat di Selangor.
Maka, demi menghentikan persoalan2 rakyat langkah2 ini diambil:
1.0 Tarik tauliah Khalid Samad
2.0 Dakwa Khalid Samad di Mahkamah Syariah kerana beri ucapan pasal Gaza dan Palestine
3.0 Tarik tauliah Dr Rani
4.0 Buat konspirasi untuk pecat MB Selangor supaya isu murtad dapat dihidupkan semula
Hasilnya, sekarang ini, masyarakat umum tidak lagi memperbincangkan isu pentadbiran zakat. Yang dibincang adalah pendakwaan Khalid Samad serta penarikan tauliah ke atas pemimpin2 PAS.
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR MESTI DIAUDIT OLEH SEBUAH BADAN BEBAS DAN LAPORAN DIDEDAHKAN KEPADA RAKYAT UMUM
Untuk pengetahuan semua, kutipan zakat di Selangor bagi tahun 2011 (Januari ke Jun 2011) untuk tempoh 6 bulan sahaja adalah berjumlah RM128 juta.
Malangnya, laporan2 ini hanya disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor.(Sila lihat di
sini)
Tulang Besi ini mendesak supaya sebuah badan audit bebas dilantik untuk mengaudit Pusat Zakat Selangor dan membentangkan laporan audit mereka kepada Dewan Undangan Negeri.
Tulang Besi mahu SELCAT melantik sebuah badan audit yang bebas dan bertaraf antarabangsa untuk menjalankan audit ke atas Lembaga Zakat Selangor.
Rasanya, inilah tanggungjawab kita seluruh Selangor untuk memastikan setiap sen wang zakat sampai kepada mereka yang memerlukannya.
Selagi kita terus bercakap tentang zakat, selagi itulah puak2 MAIS ini tak tidur malam.
Tak hairanlah mereka begitu
TULANG BESI