Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, September 10, 2011

Akibat UMNO Tolak Merdeka, Ramai Pejuang Kemerdekaan Sertai PKM

Here is the beginning of my post. And here is the rest of it.

Ramai terkejut Mat Sabu menyatakan Ahmad Indera yang menyerang Rumah Pasung Bukit Pasung sebagai pejuang kemerdekaan.

Ini kerana ramai tidak tahu mengapa pejuang2 melayu seperti Mat Indera, Rashid Mydin. Shamsiah Faqih, Abdullah CD dsbnya menyertai usaha bersenjata tajaan Parti Komunis Malaya.

Semuanya berpunca dari sikap UMNO yang menolak kemerdekaan pada tahun 1946. Setelah mengagalkan Malayan Union, rakyat Malaysia keseluruhannya ternanti-nanti langkah seterusnya.

British telah menarik kembali cadangan Malayan Union. Mereka telah menggantikan Malayan Union dgn Pejanjian Federasi (Persekutuan).

Tiba-tiba UMNO ambil keputusan mereka tidak mahu MERDEKA. Alasan yang biasa mereka guna adalah:
"....membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka...."


Parti2 Melayu lain yang telah menyertai usaha menentang Malayan Union sebelum ini menjadi marah. UMNO pada masa itu berada dalam keadaan amat tertekan kerana kemungkinan orang2 Melayu seluruh Malaya akan menolak mereka.

Namun, British telah mengambil langkah pantas melindungi UMNO dengan mengharamkan semua parti2 yang menuntut kemerdekaan seperti Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), API, PUTERA, Hizbul Muslimin, AMCJA dll lagi.

Oleh kerana UMNO tidak menuntut kemerdekaan pada tahun 1946, maka UMNO diizinkan beroperasi dan bergerak oleh British dengan sepenuh kebebasan.

Akibat dari pengharaman PKMM dan parti2 lain ini, setengah2 dari kepimpinan PKMM seperti Rashid Maidin, Mat Indera dsbnya telah menyertai usaha Parti Komunis Malaya kerana pada waktu itu, PKM sahaja yang masih aktif menjalankan usaha menuntut kemerdekaan dari British.

Maka, wujudlah kumpulan2 Melayu dalam Parti Komunis Malaya yang kemudiannya membuahkan peristiwa seperti Bukit Kepong dsbnya.

Dengan kata lain, sekiranya UMNO tidak khianat kepada kehendak orang Melayu untuk Merdeka, sudah tentu tidak akan berlaku penyertaan beramai-ramai orang Melayu ke dalam Parti Komunis Malaya.

Pengkhianat sebenar adalah UMNO kerana menjadi alat kepada penjajah dan menolak hasrat orang Melayu pada masa itu yang mahukan kemerdekaan

Tulang Besi

5 comments:

Anak Perelih said...

pembetulan fakta tulang besi....

mereka tidak menyertai PKM atau jadi komunis... tetapi mereka berjuang bersama PKM/Komunis... kerana apa.. kerana nak dapatkan senjata lawan British... takkan nak lawan British pakai keris/parang terbang lak... sebab tu diujudkan khas rejimen 10 dan mereka mempraktikan Islam sampai kini dan buat haji... kebanyakan mereka pula adalah berpendidikan agama...

Dahan Jati said...

Apa untungnya mat sabu menyanjung tokoh yang condong kepada perjuangann komunis. Lebih baiklah tonjol dan sanjung tokoh pejuang kemerdekaan aliran islam kerana anda mewakili perjuangan parti islam, bukannya parti sosialis atau komunis. Baru ada kewarasannya.

Anak Perelih said...

Dahan Jati.... Mat Indera tu aliran islam lah... sebab tu dia pernah jadi guru agama... siap dapat tauliah lagi...

Anonymous said...

Anak Perelih said...

Dahan Jati.... Mat Indera tu aliran islam lah... sebab tu dia pernah jadi guru agama... siap dapat tauliah lagi...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

bodoh...aliran islam jadi komunis ker???

Anonymous said...

korang ni nma je dah merdeka.. anak merdeka. tp pemikiran maseh lagi dijajah oleh pemikiran barat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.