Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, September 7, 2011

Balas Dendam JAIS pada Khalid kerana Isu DUMC

Maklumat ni, Tulang Besi dapat dari dalaman JAIS. Samada benar atau tidak terpulang kepada tuan/puan pembaca untuk menilainya.

Secara mudahnya, JAIS cukup marah dengan Khalid Samad. Tindakan Khalid Samad tidak memberi sokongan kepada Hasan Ali dalam isu serbuan gereja DUMC amat menyukarkan JAIS.

Sumber Tulang Besi memberitahu, ramai di dalam JAIS yang terlibat dalam serbuan itu menyalahkan Khalid Samad sebagai faktor utama sokongan dari umat Islam tidak padu.

Disebabkan Khalid Samad, ramai umat Islam yang ragu-ragu terhadap motif JAIS di dalam menyerbu Gereja DUMC.

Maka, atas sikap hendak balas dendam, JAIS mengeluarkan waran tangkap ke atas Khalid Samad kerana memberi tazkirah. Padahal, arahan tauliah ini hanya untuk kuliah dan khutbah, bukan tazkirah.

Ertinya, di situ lagi JAIS sudah tidak jelas samada Khalid Samad bersalah atau tidak. Namun, Khalid tetap ditangkap demi kerana dendam kesumat JAIS terhadap beliau.

Maka, benarlah kata Dato Mustafa Ali. Serbuan JAIS ke atas DUMC adalah didalangi UMNO. Kalau tidak, nescaya Khalid Samad tidak akan ditangkap dan didakwa di atas tuduhan yang sangat tidak jelas ini.

Tulang Besi


4 comments:

Anonymous said...

1.Tuan Haji Abdul Rahman!!kalau tak tau niat seseorang!!tak payahlah buat cerita fitnah!!
2.takut haji dan umrah yang dibuat tu!sembahyang!puasa!!zakat!dapat penat jee!!

Anonymous said...

Maka, benarlah kata Dato Mustafa Ali. Serbuan JAIS ke atas DUMC adalah didalangi UMNO. Kalau tidak, nescaya Khalid Samad tidak akan ditangkap dan didakwa di atas tuduhan yang sangat tidak jelas ini.

Alamak, inikah logik puak PR? Kalau macam tu hancur lah kalau mereka perintah Malaysia.

Hassan Ali orang UMNO ke? Selangor diperintah UMNO ke? Khalid Samad tu orang UMNO ke? Tapi bila jais ambil tindakan kat Khalid Samad, tiba-tiba UMNO dipersalahkan.

Ada peribahasa baru dari puak PR. PAS sama PAS bergaduh, UMNO juga dipersalahkan

Tulang besi, bilalah awak semua ni yang bersikap jujur dengan diri awak sendiri? Menipu diri sendiri untuk kepuasan diri sendiri.

Anonymous said...

anon 1.25pm

tak hairan kalau najis-najis UMNO berkeliaran dalam negeri pakatan rakyat. Lihat contoh di Perak sahaja kita boleh menilai. Polis dan SPRM masih dikuasai UMNO, so diaorang boleh masuk campur dalam negeri pakatan. So apa pakatan boleh buat. Mengadu pada hakim.. hakim negara pun ditentukan oleh peguam dan menteri kanan UMNO. dah lupa korek..korek..korek..

bodoh punya hujah.. itu sebab kecik tak mau mampos!

Anonymous said...

masalah yang sama dihadapi oleh kerajaan PAS Terengganu... bila tindakan diambil kepada pegawai ini, dikatakan pula kerajaan PAS terengganu keras dan menjadi punca kekalahan 2004 seperti yang TB dakwa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.