Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, September 13, 2011

Caj 6% Atas "TopUp" Akan Dikenakan Selepas BN Menang Besar Dalam PRU 13

Rais Yatim Bakar Jambatan berkata keputusan memindahkan cas 6% kepada pengguna "topup" ditangguhkan (bukan dibatalkan). Dengan kata lain, ianya akan dilaksanakan juga tetapi bukan sekarang. Rakyat Malaysia pasti akan membayar cas 6% itu, cuma bukan sekarang.

Mengikut laporan Sinar Harian:

“Kesemuanya bersetuju supaya cukai terbabit ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti diumumkan sebelum i

“Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile, berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen dilahirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Sebagai rakyat Malaysia yang pandai menilai, tiada waktu yang sesuai untuk mereka mengenakan cas tersebut melainkan selepas mereka memenangi PRU ke 13 nanti.

Keputusan penangguhan ini juga dibuat pun memandangkan pilihanraya akan diadakan dlm jangkamasa yang terdekat yakni tahun depan.

Cas 6% ini hanya akan menyebabkan UMNO kalah lebih teruk berbanding apa yang dijangkakan.

Kalau cas 6% ini diteruskan, mereka akan terpaksa mendaftar lebih banyak pengundi hantu, pengundi tanpa izin dan pengundi pos untuk menampung kejatuhan sokongan.

Maka, bagi rakyat Malaysia yang tidak mahu membayar cas 6% ini sampai bila-bila, hanya ada satu cara sahaja:

Pastikan Barisan Nasional kalah teruk dalam pilihanraya ke 13 kelak

Kalau BN masih memerintah, mereka pasti akan mengenakan cukai topup 6% ini ke atas keseluruhan rakyat Malaysia.

PERCAYALAH!!!!

Tulang Besi




Caj 6% ditangguh

KUALA LUMPUR - Syarikat telekomunikasi semalam, bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan, enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar dijadual dikuatkuasakan Khamis ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, persetujuan itu diputuskan secara bersama pengendali utama telekomunikasi di negara ini, selepas mengadakan perbincangan di pejabatnya, di sini.

“Kesemuanya bersetuju supaya cukai terbabit ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti diumumkan sebelum ini.

“Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile, berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen dilahirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom; Datuk Shazalli Ramly, CEO Kumpulan Digi; Henrik Clausen, CEO Kumpulan Maxis; Sandip Das dan CEO U Mobile; Dr Kaizad Heerjee.

Rais berkata, penanggu-han itu bagi membolehkan kajian semula dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat telekomunikasi berkenaan, bagi menentukan bila perkhidmatan itu, wajar dikenakan cukai serta kadar yang boleh dikenakan. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Biasalah tu nak dekat pilihanraya semua caj atau kenaikan tangguh dulu. Selepas depa menang nanti siap ler rakyat Malaysia. Harga minyak tunggu masa jer tu nak naik tapi nanti jangan ler mengeluh ye pakcik-makcik bukan ke rakyat didahulukan untuk menerima semua kenaikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.