Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, September 12, 2011

Cukai "TopUp" Adalah Cukai yang Tidak Sah, Untung Atas Angin

Tulang Besi hairan. Mengapa perlu Kerajaan Malaysia mengenakan cukai ke atas "Top-Up"?

Kehairanan Tulang Besi adalah berdasarkan beberapa sebab:

1.0 Keseluruhan industri telekomunikasi telah diswasta oleh Kerajaan. Dengan kata lain, Kerajaan tidak membelanjakan wang walau satu sen untuk memberi khidmat telekomunikasi kepada rakyat Malaysia

2.0 Kesemua peralatan komunikasi dibeli oleh syarikat2 telekomunikasi dan bukannya kerajaan. Telefon mobile itu sendiri dibeli oleh rakyat jelata dan tidak disubsidi mahupun dibelikan oleh kerajaan.
2.1 Malahan, setiap barangan telekomunikasi telah pun dikenakan duti impot sewaktu mereka masuk ke Malaysia


3.0 Stesen-stesen telekomunikasi juga disediakan oleh pihak swasta. Syarikat2 ini membayar cukai tanah kepada Kerajaa2 Tempatan dan juga bayaran sewa kepada tuan punya tanah atau bangunan bagi setiap stesen telekomunikasi

4.0 Kerajaan Malaysia hanya memberi lesen kepada frekuensi yang digunakan oleh setiap syarikat telekomunikasi. Kos mentadbir pemberian lesen dan penguatkuasaan telah pun dicas di dalam bayaran lesen yang dikenakan kepada setiap syarikat telko ini.

5.0 Cukai korporat juga dikenakan kepada setiap syarikat telekomunikasi setiap tahun di atas keuntungan yang telah mereka buat.


Jelas, kerajaan tidak terlibat di dalam menyediakan kemudahan telekomunikasi
kepada rakyat Malaysia. Tugas kerajaan hanyalah dalam urusan pemberian lesen dan penguatkuasaan lesen yang tidak memakan kos yang besar.

Maka, saya ingin bertanya, dimanakah kewarasan pihak kerajaan untuk mengenakan cukai kepada setiap "Top-Up" ini? Lebih tidak waras apabila cukai ini dipindah kepada pengguna yang telah pun dikenakan cas ke atas semua kos yang ditanggung oleh syarikat2 telekomunikasi ini.

Juga soalan cepumas yang hendak ditanya adalah:

Apakah khdimat yang diberi oleh kerajaan bagi menjustifikasi cukai "TopUp" ini memandangkan segala yang berkaitan dengan telekomunikasi telah pun diswastakan?
Cukai yang dikenakan oleh Kerajaan UMNO/BN ini mengingatkan saya kepada pepatah "Untung Atas Angin". Ertinya keuntungan yang dibuat tanpa perlu mengeluarkan modal ataupun apa-apa usaha.

Dalam konteks Malaysia, tampak ia lebih kepada satu bentuk PEMERASAN terutamanya ke atas rakyat Malaysia.
Maka, saya mencadangkan cukai "TopUp" ini dihapuskan sama sekali.

Tulang Besi
Keputusan TELCO kerana kos cukai cecah lebih RM576 juta: SKMM

2011/09/10

CYBERJAYA: Suruhannjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menjelaskan pengumuman oleh syarikat telekomunikasi (TELCO) untuk menyalurkan cukai perkhidmatan 6 peratus kepada pengguna perkhidmatan telefon prabayar adalah keputusan yang dibuat secara unilateral dan bukan keputusan kerajaan.


Menurut SKMM, keputusan untuk tidak lagi menanggung kos pembayaran cukai perkhidmatan bagi pelanggan mereka itu berikutan peningkatan sehingga RM576.8 juta yang dibayar Maxis, Celcom dan Digi tahun lalu.

"Pihak TELCO menanggung cukai perkhidmatan bagi mengalakkan pengunaan perkhidmatan prabayar tetapi kini penggunaan perkhidmatan prabayar meningkat sehingga 27.6 juta pengguna," menurut kenyataan itu

SKMM menjelaskan cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan prabayar itu adalah sama seperti yang dikenakan untuk perkhidmatan lain.


Menurutnya, sejak dilaksanakan dalam 1988, syarikat telekomunikasi membayar cukai perkhidmatan bagi pihak pengguna telefon prabayar secara sukarela.


"Setakat ini pelanggan perkhidmatan telefon pascabayar membayar cukai perkhidmatan ini," menurut kenyataan itu yang disiarkan BERNAMA.


Perlaksanaan cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan telekomunikasi dilaksanakan pada 1998 menurut peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 dan selaras dengan mekamisme percukaian Negara.

Ia selaras peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 yang mengkehendaki pengguna menanggung cukai bagi perkhidmatan penggunaan merangkumi perkhidmatan telekomunikasi dan TV berbayar kecuali perkhidmatan internet.


Tulang Besi



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.