Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, September 15, 2011

FAKTA:Balai Polis Bukit Kepong Tidak Diserang oleh Parti Komunis Malaya

Benar. Ini kerana Parti Komunis Malaya bukanlah sebuah pasukan tentera. Mereka adalah sebuah parti politik.

Adapun Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh pasukan dari "Tentera Pembebasan Nasional Malaya"(TPNM)

TPNM sememangnya ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Namun, apa yang penting adalah syarat penyertaan TPNM tidak memestikan ahli pasukan ini menjadi ahli Parti Komunis Malaya.

Dengan kata lain, tidak semestinya mereka yang berjuang di dlaam TPNM ini adalah ahli Parti Komunis Malaya.

Ia sama seperti perjuangan menentang pendudukan tentera Jepun di Malaya oleh MPAJA. MPAJA adalah tentera yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya. Namun, di dalam MPAJA ini digabungkan sesiapa sahaja dari berbagai bangsa untuk menentang British.

Maka, benarlah kata-kata Abang Mat Sabu serta adik kepada Mat Indera.

Bahawasanya, Mat Indera tidak pernah menjadi komunis mahupun menjadi ahli Parti Komunis Malaya.

Adapun yang disertai oleh Mat Indera adalah "Tentera Pembebasan Nasional Malaya"(TPNM) yang menggabungkan sesiapa sahaja yang membenci British atau mahu menghalau British dari tanah air Malaya ini.

Juga, syarat menyertai tentera ini tidak mewajibkan ahli-ahlinya mempercayai ideologi komunis.

Tidak dinafikan TPNM ini ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya. Namun, tidak boleh juga dikatakan setiap orang yang menyertai TPNM itu adalah mereka yang berideologi komunis.

Ini lah yang tidak difahami oleh ahli2 sejarah boneka UMNO ataupun mereka-mereka yang kononnya mahu mempertahankan propaganda UMNO.

Tulang Besi juga hairan. Mengapa Balai Polis Bukit Kepong itu dipertahankan oleh UMNO? Bukankah Balai Polis itu milik kerajaan British? Bendera yang berkibar di balai polis tersebut pada masa ianya diserang adalah bendera British (Union Jack), bukan bendera Johor atau bendera MAlaysia ataupun bendera Sang Saka Merah Putih.

Ertinya, Balai Polis Bukit Kepong pada masa itu adalah sebahagian dari pos tentera British. Maka, ketaatan mereka yang didalam balai itu adalah kepada King George VI.

Kita mengasihani anggota polis yang terkorban sewaktu peristiwa itu. Mereka tidak lain dari korban kekejaman British yang menggunakan anak-anak Melayu untuk mempertahankan kepentingan mereka di Malaya.

Tetapi, kita tidak boleh nafikan bahawa Balai Polis tersebut adalah milik kerajaan British dan bukannnya kerajaan Tanah Melayu, Malaya ataupun milik Baginda Sultan Johor.

Tulang Besi juga menasihatkan mereka yang beriye2 membuat deklarasi Bukit Kepong baru-baru ini supaya mengibarkan bendera Union Jack sewaktu membuat deklarasi tersebut. Jangan cuba mengubah sejarah dan mendakwa polis di Bukit Kepong adalah hero. Melayu2 yang terbunuh itu adalah mangsa bukan hero.

Tulang Besi







13 comments:

Anonymous said...

1.senang cerita!tak payah pusing dan belit sana-sini!!nanti dapat dosa jee!!buat peghabih duit jee pi mekah buat haji atau umrah!!
2.kalau benar-benar nak jawapan yang adil!!pi saja kawasan batu pahat!!temubual dengan penduduk kampung yang telah merasai kekejaman mat idera pada zaman bukit kepong tersebut!!kalau tak mau jumpa puak umno!!jumpa saja puak-puak pas!!
3.dah terang lagi bersuluh!!mat sabu telah melakukan kesilapan dalam kes mat indera ni!!
4.tula!!belambaq lagi puak pro yang educated dalam pas macam dr.harun din!dr.che rosli!!hangpa pi pilih tukang karut macam mat sabu jugak!!
5.nak termuntah dok baca perbualan sex lucah dia dalam blog-blog!! ini ke contoh pemimpin pas yang pakat-pakat nak harapkan untuk tubuh sebuah negara islam!undang-undang islam!!

fazli said...

Assalamualaikum. Saudara Tulang Besi anda sedang ditipu daya dan dikaburi oleh syaitan, hati dan akal sudah tidak mampu lagi membezakan kebenaran dan kebatilan. Dunia dan segala isinya hanyalah perhiasan dan tipudaya..manusia bermusuhan dan berbunuhan dan juara sebenarnya adalah syaitan. Pandangan Hati dan akal merasakan berada di pihak kebenaran dan melakukan kebaikan tetapi pandangan hati dan akal yang dibimbing nur keimanan Rabbaniyah melihat sebaliknya. Carilah kebenaran dengan Nur Ilahi bukan akal dan hati yang diperkotak-katikkan oleh Musuh yang Nyata tetapi tidak mampu dilihat oleh mata.Sukar dibuktikan di alam yang fana ini tetapi kita pasti bertemu dan melihat kebenaran dan pembalasan di alam yang kekal abadi...tiada penipuan dan kekaburan. tq

Serious Shepherd said...

Cuba tengok balik filem Bukit Kepong. Ada ke patut orang putih tu dipanggil Tuan! Nampak sangat polis dan orang putih tu dari 'pasukan keselamatan' yang sama, dan orang putih berpangkat lebih tinggi.

Dahan Jati said...

Contoh orang yang mahu putar belit sejarah demi menegakkan ketuanya yang salah. Tulang besi ni pakar sejarah ke? Bos mat indera sendiri, chin peng mengaku mat indera adalah pemimpin komunis kawasan slatan dlm satu persidangan di Canberra tahun 1999. Tak payahlah sanjung perjuangan komunis, sanjung perjuangan golongan ulamak untuk merdeka lagi lah bagus. Kalaupun nak tentang umno janganlah sejarah yg kita dah terima pakai lama dah ru nak ditukar. Rakyat tak suka perangai macam ni.

JAKA said...

mat indera sudah pergi, di akhirat nanti kita menajdi saksi siapa haq siapa bathil.

kita hadapi parti yg mengaku nasianalis tapi perangai komunis sekarang ini iaitu umnooo.

suara rakyat disekat dlm media, kekayaan utk suku sakat saja. penentang akan didiskirminasi. pemimpin melayu yg baik difitnah, rakyat diperbodohkan, kehidupan semakin susah, akan jadi mcm zaman jepun dan komunis.

islam tidak ke mana. kerosakan moral sebab fitnah liwat dan hobi sex umno, anak2 remaja mengikut sama.

apa guna ada umno mengaku islam tapi melekehkan hukum Islam?

apa guna umno melayu memerintah tapi melayu makin susah?

apa guna mengaku hro merdeka tapi menjajah rakyat, suara rakyat dan bersifat kuku besi?

apa guna polis selain utk jaga keamanan, polis juga jaga keselamatan umno lebih utama?

kita ambik semangant mat indera, kita lawan dan tumbangkan umno dan bn dalam PRU13.

sama saja komunis dan assobiyah kebangsaan anutan umno, tetap mengenepikan keadilan dan agama dan masih menindas dan zalim kepada rakyat.

tumbang UMPORNOLUCAH BRITISH !

azman said...

pertama..kena bukakan mata hati telinga dan kena berakal laaa..toltak??takder akal takleh jadi..soalan pertama..Bendera apakah yang digantung kat balai polis bukit kepong? A. Union Jack B. Bendera Johor C. Bendera Malaya D. Bendera Malaysia

Soalan Kedua: Kalau menjajah dipanggil Penjajah yang bekerja dengan merreka dipanggil apa? A. Barua B. Pengkhianat C. Hero (Versi UMNO) D. Bangkai Petualang Bangsa

Pembangkang meneyebut mereka yang berjuang sebelum kemerdekaan wajar diberi pengiktirafan diulangi UMNO pencacai bangan pekak tuli dan bisu, SEBELUM KEMERDEKAAN..yang korang menyalak mcm nak rak dok cerita sampai lepas kemerdekaan laaa itu laa ini laaa per benda..patutlah korang nih mewah..mewah harta haram jadah dan mewah dengan fitnah putar alam..syabas betey..

Anonymous said...

Pro-UMNO MCA Is Anti Buddhist !
Contributed by Anak Mami

Ven. Phra Piya Thammo,
Rumah Pangsa
Blk A-7-9- Jln Padang Tembak,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia

Dear Devotees,

Before I commence of my letter-writing toward. All of you, I would like to inform all of you that I am not satisfy with the lawyer, Dato YIP KUM FOOK (MCA chairman Gombak) due to his bad inspirit impressions because he sent an inspector to come to our SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia to arrest me without any good reason, moreover, the lawyer, YIP KUM FOOK is not satisfy with Chief monk.

When the Chief monk had me to go to his Temple already and he went away and left me alone to take care until Chief monk come back to the Temple first and he also told me not to leave the Temple if any committees or the chairman want to chase me out, you don’t leave the Temple at all understand? Then I said, alright? To the chief monk! On the second Day, YIP KUM FOOK(MCA Man) came to our Temple and talk to me. He tired to make some inquiry from me and he asked me, where I come from? I told him that I came from Penang.

Then, I told to the lawyer (YIP KUM FOOK, MCA Man) that the chief monk came to Penang and fetch me and invited me to accompany him to go to his temple in K.L. I am not aware that YIP KUM FOOK(MCA chairman Gombak) is not in a good terms with the chief monk, chief monk already in this way, YIP KUM FOOK try to create trouble with me unnecessary. That is why, the lawyer want to chase me out of the Temple. Then I asked the lawyer, why you want to chase me out of the temple? Moreover, the Temple is not belonging to you, UNDERSATAND? Then, I asked him, who are you? I don’t know you at all, you have no right to chase me or control me at all, UNDERSTAND? You are just like a layman only. Do you know the regulations that any the chairman or committee cannot control the monks and the Nuns at all, also UNDERSTAND?

I scolded him like that. Then the lawyer (YIP KUM FOOK, MCA Man) is not satisfy with me and he told me that he will called the police to come to the Temple and arrest me. I told him to go ahead and called the police to come and arrest me. I won’t run away, I said to him like that. I have done nothing wrong toward you, why you want to arrest me? He said, he doesn’t like me to stay here. I asked him, why? Again. After this he got very angry with me, then he phoned up to the police and the police came to the Temple and told me to leave the Temple.

I told to the inspector of the again, I am sorry, I won’t leave the Temple because the chief monk had instructed me not to leave the Temple without his consent, UNDERSTAND? Then the inspector told me to leave, again. I told him I cannot leave the Temple because the Chief Monk hasn’t come back yet. This time, the inspector got very angry with me and he took out his handcuff and try to threaten me, then I immediately show off my hands for him to lock me up but he scare, then again, the inspector told me leave the Temple again but I still don’t want to leave the Temple.

Then I phoned up to the chief monk again and I told him that the inspector insisted want to arrest me, you better come back to settle the case for me. After this incident, Chief Monk came back to the Temple and take me to go to another temple and stay their. That’s all about this incidents! Last of all, I would like to inform all of you, that no committees or the chairman can control all the monks and Nuns at all also UNDERSTAND? “They are higher than the King,” also! So how can the laymen, the committees and the chairman to control them: – EVEN THE KING ALSO RESPECTED THE MONKS AND NUNS. Why the chairman doesn’t respect the monks and nuns? They will carry the sins later on, UNDERSTAND?

Yours in Dhamma

Ven. Phra Piya Thammo
Penang, Malaysia

Anonymous said...

YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) JANGAN ROSAK PERATURAN BUDDHA

Kepada Pengurusi Samnak Sambodhi (Yip Kum Fook, MCA Gombak) dan Setia-Usaha Yap Leaong Lan(Peggy Yap)

Orang awam tempatan menyoal tentang ingin menjadi Ahli PERSATUAN BUDDHIST SAMNAK SAMBODHI, No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia, tetapi dengan sukacitanya mereka bukan orang parti MCA semua di tolak. Mengapa?

1) Ini bukan tempat gelangang politik, ini tempat sembahayang.
2) Ini tempat harta orang ramai bukan harta awak sendiri.

Harap awak faram dan bebas undang-undang yang tak betul dengan segera, kalau tidak perkara yang tidak manis akan berlaku.

Sekian Terima Kasih

Taman Desa Jaya, Kepong….

Anonymous said...

Dear everyone,
Careful of YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) because this man is cheating and disturbing of many people’s wives, and also cheating of Buddhist Temple (SAMNAK SAMBODHI)’s money.
Recently, many people know in what he”yip” did, please stay far from him. He is lawyer, Datuk, MCA Chairman and etc. or everyone can research at Website “YIP KUM FOOK”
Loh Guan Lye
Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur

Anonymous said...

memanglah tiada bendera malaysia atau bendera johor sebab balai polis diserang tahun 1950 dan malaysia merdeka tahun 1957. Sebelum buat blogger kena baca sejarah dulu.tnmp adalah cabang parti komunis dan kebanyakkan ahlinya angkat senjata

Anonymous said...

assalammualaikum,

meremang aku baca topik nih...adeehh,penulis siap buat kenyataan "mengasihani polis Bkt Kepong yg terkorban"..bontot ko la kasihan, jangan ko ambik atas dasar nama "parti" yg PKM ni sama mcm parti PAS UMNO bai..
harap ko slidik sejarah dan turun sendiri la ke batu pahat&bukit kepong ckp sendiri dgn waris2 polis dan org sekitar kawasan nih,jgn hanya dgr komen adik mat indera sja..
Apa ko ingat sejarah boleh ditulis begitu saja ka? atau ko imgat suka-suka tulis dan tipu dalam semua catatan sejarah Bukit Kepong atau PKM?
apa yg tercatat dlm peristiwa tu hasil penceritaan org kampung dan siasatan pelbagai pihak la bai.. ko ingat boleh dibukukan sebagai sejarah klu sesuatu peristiwa tu tidak betul dan org takkan pertikai..fikir la bai..
kalo tak mo tanya waris2 dari puak UMNO,ko cari waris puak PAS tengok apa diaorg akan cerita..

Ya betul tuan tu pegawai british,tapi apa ko ingat polis yg berjuang tu mempertahankan Tuan dia atau mempertahankan diri dan tanah air sendiri? kena tahu beza tu..
Aku bagi contoh ko sewa sebuah rumah tuan empunya rumah org putih, pastu penyamun masuk ko punya rumah yg kotahu akan membinasakan keluarga ko apa tindakkan ko? klu ko berkemampuan tentu ko mempertahankan keselamatan keluarga ko kan,, tapi rumah tu yg org putih punya,ko pertahankan keselamatan keluarga ko tapi org tuduh ko mempertahankan rumah org putih tu apa ko rasa? pada waktu tu apa niat ko berjuang? mempertahan kan rumah atau keluarga? aku rasa ko sendiri tahu akan jawapanya..
atas dasar mana sekalipun komunis takkan boleh ko pertahankan di Malaysia kerana kekejaman mereka sendiri.. sebelum merdeka mereka merebut Tanah melayu dari british,Selepas merdeka mereka merebut Tanah Melayu dari Kerajaan Melayu..tu pun ko masih nak pertahankan puak durjana ini,,insaf la bai insaflah..

Anonymous said...

assalammualaikum,

meremang aku baca topik nih...adeehh,penulis siap buat kenyataan "mengasihani polis Bkt Kepong yg terkorban"..bontot ko la kasihan, jangan ko ambik atas dasar nama "parti" yg PKM ni sama mcm parti PAS UMNO bai..
harap ko slidik sejarah dan turun sendiri la ke batu pahat&bukit kepong ckp sendiri dgn waris2 polis dan org sekitar kawasan nih,jgn hanya dgr komen adik mat indera sja..
Apa ko ingat sejarah boleh ditulis begitu saja ka? atau ko imgat suka-suka tulis dan tipu dalam semua catatan sejarah Bukit Kepong atau PKM?
apa yg tercatat dlm peristiwa tu hasil penceritaan org kampung dan siasatan pelbagai pihak la bai.. ko ingat boleh dibukukan sebagai sejarah klu sesuatu peristiwa tu tidak betul dan org takkan pertikai..fikir la bai..
kalo tak mo tanya waris2 dari puak UMNO,ko cari waris puak PAS tengok apa diaorg akan cerita..

Ya betul tuan tu pegawai british,tapi apa ko ingat polis yg berjuang tu mempertahankan Tuan dia atau mempertahankan diri dan tanah air sendiri? kena tahu beza tu..
Aku bagi contoh ko sewa sebuah rumah tuan empunya rumah org putih, pastu penyamun masuk ko punya rumah yg kotahu akan membinasakan keluarga ko apa tindakkan ko? klu ko berkemampuan tentu ko mempertahankan keselamatan keluarga ko kan,, tapi rumah tu yg org putih punya,ko pertahankan keselamatan keluarga ko tapi org tuduh ko mempertahankan rumah org putih tu apa ko rasa? pada waktu tu apa niat ko berjuang? mempertahan kan rumah atau keluarga? aku rasa ko sendiri tahu akan jawapanya..
atas dasar mana sekalipun komunis takkan boleh ko pertahankan di Malaysia kerana kekejaman mereka sendiri.. sebelum merdeka mereka merebut Tanah melayu dari british,Selepas merdeka mereka merebut Tanah Melayu dari Kerajaan Melayu..tu pun ko masih nak pertahankan puak durjana ini,,insaf la bai insaflah..

mr paktam said...

Pertempuran di Bukit Kepong merupakan suatu kekalahan dari segi fisikal tetapi memberi suatu kemenangan dari segi mental dan semangat perjuangan. Pasukan yang kecil bilangannya bersemangat dan kecekalan dalam mempertahankan maruah mereka dari tipu daya pengganas komunis supaya menyerah diri walaupun terpaksa berhadapan dengan musuh yang 10 kali ganda kekuatan daripada mereka. Pihak pengganas komunis juga mengalami kecederaan yang banyak. Ini ialah kemenangan bukan hanya untuk menyelamatkan diri sendiri dan keluarga, sahabat handai tetapi kepada negara dan bangsa. Anggota-anggota polis boleh menyelamatkan nyawa mereka dan keluarga mereka dengan menyerah diri tetapi mereka sedar bahawa mereka berjuang kerana perkara yang lebih penting dari nyawa mereka. Mereka berjuang untuk menyelamatkan tanah air mereka dari dijajah oleh pengganas Komunis. Semoga Allah akan mencucuri rahmatNya ke atas roh-roh mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.