Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, September 22, 2011

Hari Ini UMNO Sokong, Besok Hudud Terlaksana di Kelantan.

Mana bisa Karpal yang hanya seorang Ahli Parlimen menghalang perlaksanaan hukum jenayah shariah di Kelantan? Karpal tiada kuasa. Karpal tidak menguasai Parlimen, polis, tentera dan sebagainya.

Namun, yang menguasai kekuasaan di Malaysia adalah UMNO dan Barisan NAsional.

Apabila Enakmen hudud diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan selepas Pilihanraya 1990, gegak gempita UMNO menista serta memfitnah PAS.

Apa yang tidak dihambur pada PAS pada masa itu. PAS sesat lah, hudud PAS lah, menindas wanitalah.

Namun, apabila dijemput oleh Tok Guru NIk Aziz supaya UMNO sendiri menggubal "Akta Hudud" supaya boleh dilaksanakan di Kelantan, jemputan Tok GUru Nik Aziz itu membuat UMNO kecut perut dan senyap seribu bahasa.

Akhir sekali, mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Iskandar Kutty mengeluarkan kenyataan yang mengugut untuk melaksanakan MAGERAN di Kelantan sekiranya hukum tersebut dilaksanakan.

Juga, sepucuk surat amaran dihantar oleh PERDANA MENTERI MALAYSIA kepada Menteri Besar Kelantan memberi amaran keras terhadap perlaksanaan hukum Jinayah ISlam dari dilaksanakan di Kelantan.

Sehingga hari ini, surat tersebut tidak ditarik balik oleh mana2 Perdana Menteri Malaysia. Ia bererti surat tersebut masih SAH.

Seperti kata Tok Guru Nik Aziz:

“Saya katakan, surat yang dihantar oleh beliau dulu atas sifatnya sebagai Perdana Menteri

“Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh Perdana Menteri akan tamat tempoh kuatkuasa apabila Perdana Menteri tersebut meletakkan jawatan

“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan Perdana Menteri,” soalnya dalam laman sosial Twitter dan Facebook akaunnya pagi tadi.


PERLU PINDA KANUN KESIKSAAN UNTUK LAKSANA HUDUD DI KELANTAN

Selain dari kebenaran MEnteri Dalam Negeri/PErdana Menteri, diperlukan juga pindaan terhadap Kanun Kesiksaan(Penal Code) bagi menjamin hudud terlaksana di Kelantan.

Untuk ini berlaku, perlu sokongan dari Ahli2 Parlimen dari UMNO dan PAS serta PKR. Kita tahu, Penasihat PKR telah memberi sokongan kepada perlaksanaan hudud di Kelantan.

Maka, yang diperlukan sekarang adalah sokongan dari Ahli2 Parlimen UMNO bagi meminda Kanun Kesiksaaan bagi membolehkan hudud terlaksana di Kelantan.

APA SALAHNYA BUKAN ISLAM TIDAK BERSETUJU DENGAN HUDUD?

Hebuh UMNO menjaja kenyataan pemimpin2 DAP menolak hudud dan Qisas. Tetapi, apa yang peliknya mereka yang bukan ISlam menolak hukum Islam.

SAmalah kalau orang Islam menolak "Canon Law". Mana mungkin orang ISlam boleh menerima undang-undang jenayah Agama Kristian.

Begitulah juga orang bukan Islam yang menolak hudud. Ia adalah kerana mereka itu BUKAN ISLAM dan mereka tidak beriman dengan hukum2 Islam.

Namun, yang harus ditanyakan adalah:

Mengapa UMNO yang mengaku Islam menolak HUKUM HUDUD?


Sekian

Tulang Besi





3 comments:

Anonymous said...

MENGAPALAH BANGANG SANGAT! MENGAPA NAK KAITKAN DENGAN UMNO PULAK! KALAU DAH RASA PANDAI SANGAT, HEBAT SANGAT, ALIM SANGAT, MAKA BUATLAH. JANGAN CAKAP BANYAK, NANTI LEBIH BANYAK MENAMPAKKAN KEBEBALANNYA.

SEBENARNYA PASAL HUDUD INI GAYANG POLITIK SEMATA. MENGGUNAKAN ISLAM SEBAGAI MODAL POLITIK. KALAU PAS NAK GUNAKAN MODAL PEMBANGUNAN MANA LAKU? PAS MANA ADA WANG. AIR LIUR BUSUK ADALAH. TOK2 GURU PAS TAHU ORANG MELAYU MUDAH MENGALAH DENGAN ISU KEAGAMAAN, MAKA ISU AGAMA DIGUNAKAN SEPENUHNYA, SEBAIK MUNGKIN. SOAL ISU DIBAWA RELEVEN ATAU TIDAK, LETAKKAN SAJA DI TANGGA KE10.

BACA AYAT, BACA HADIS, KAFIRKAN ORANG LAIN, HABIS CERITA. INI MODAL LAMA SAUDARA.

wmwi/kb

Anonymous said...

Cerita tentang nak laksana hudud dan qisas kat Kelantan ni dah jadi macam lagu hari raya pulak. Bila tiba dekat-dekat nak pilihanraya, mulalah kedengaran lagu hudud dan qisas. Kalau PRU jauh lagi, Negara Islam pun boleh tukar jadi Negara Kebajikan. Perjuangan mewujudkan Negara Islam pun, boleh dikatakan, tidak ada sebarang perkataan Negara Islam dalam mana-mana Perlembagaan dan niat PAS yang si harami Nizar Komunis cakap di DUN Perak masa dia jadi Menteri Besar dulu.

Aku tak tahulah kalau-kalau si Tok Garu ni nak hukum Mat Sabu dengan hukuman hudud. Sebab masa dibicarakan akibat ditangkap berkhalwat dengan bini orang dalam bilik 121, Hotel Perdana Kota Bharu dulu, Mat Sabu terlepas sebab saksi bagi keterangan mengelirukan iaitu LUPA NOMBOR BILIK.

Anonymous said...

Kenyataan Pas pabila ditanya kenapa tak laksanakan hudud..jawapan selalu dikaitkan dengan surat Tun Mahathir kepada MB Kelantan.boleh tak kiranya ada pihak dari Pas sebarkan surat tersebut?Teringin juga untuk mengetahui isi surat itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.