Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, September 27, 2011

Hudud: Patutlah UMNO Pernah Dikafirkan oleh Ulama2 Pondok Dahului


(DEngan Ehsan Merdeka Center)

KLIK IMEJ


Sedari zaman sebelum Merdeka lagi UMNO dengan lantang menolak hukum syariah ISlam. Malahan, kalau tidak disebabkan PAS masuk BN pada tahun 1974, nescaya kita tidak akan mendengar azan di kaca televisyen kita.

Sememangnya UMNO adalah rakan karib MCA dan MIC kerana mereka sama-sama ijmak menolak hukum Islam dan menghalalkan apa yang diharamkan Allah SWT.

Dalam kes terbaru yang melibatkan hudud, berebut-rebut pimpinan UMNO seperti Najib, Zahib Hamidi, Muhyiddin dan sebagainya menurut kehendak pelakon porno bernama Chua Soi Lek.

Malahan, yang hairannya, seorang graduan Oxford yang hampir tiada latar belakang agama boleh tampil dan meminta supaya hudud dibenarkan di KElantan.

Namun, jgn kita tertipu dengan sandiwara Khairy Jamaluddin itu. Ia tidak lebih langkah desperado dari KJ untuk menyelamatkan UMNO di kaca mata orang Melayu terutamanya pengundi baru kalangan orang Melayu.

Mengikut kajian terbaru Merdeka CEnter, sokongan kepada hukum jenayah Islam di kalangan pemuda/di Islam adalah terlampau tinggi.

Mengikut gambarajah di atas:

1.0 72% belia Malaysia menyokong hukum potong tangan

2.0 92% menyokong hukum bunuh kepada jenayah membunuh

3.0 93% menyokong hukum sebat ke atas peminum arak.

Malahan, kajian yang sama menyatakan 72% belia Islam di Malaysia menyokong Al Quran menjadi hukum tertinggi di Malaysia.

Jelas, UMNO sedang menggali kubur sendiri. MEreka sanggup tunduk kepada amaran yang diberikan seorang pelakon porno dan menolak arahan dari Allah SWT.

Tak hairanlah ada ulama2 pondok pada tahun 50an dan 60an yang telah mengkafirkan UMNO.

Ya memang benar telah berlaku kafir mengkafir ke atas UMNO tapi pengkafiran itu datang dari Pondok bukan dari PAS.

Sekian

Tulang Besi





3 comments:

otaklunyai said...

Kalau kafir, ada kemungkinan dia tak tahu atau kita tak pergi berdakwah kepada mereka... tapi yg ini bukan saja dakwah.. malah mengaku Islam. Dah lah begitu, cuba pulak memaksa orang lain utk jadi sesat sebagaimana kesesatan yg ada pada mereka... ini lebih jahat dari kafir... tepai berselindung disebalik kuasa dan kekayaan yg Allah beri. Nauzubillah!!! semoga Allah melindungi kita dari hasutan dan kezaliman mereka yg munafik ini. Seksaan Allah yg amat pedih menanti mereka diAkhirat kelak.. Nauzubillah!!!

Anonymous said...

Hudud is for criminals like:

1) Adulterers;
2) Robbers;
3) Killers.

We can understand why SoiLek is against Hudud (think for yourself).

Those who against it, are the three kind of individuals as stated above.

Full Stop.

No Idiots would be scared of Hudud for nothing.

Senang mcm ni pun nak kena sebut.

Dr Hairul

Anonymous said...

Kafir, munafik, sesat memang mainan mulut orang aliran yang dikatakan beragama kepada UMNO. DR Asri pun kata pelaksanaan hudud di Kelantan belum boleh dilaksana kerana keadaan tak kondusif. Sama macam UMNO kata. Bukan bermaksud hukum tu tak sesuai tetapi keadaan yang tak sesuai. Saya yakin alasan yang sama akan diberi oleh PAS apabila PAKATAN ditakdirkan menang nanti. Atas alasan nak elakkan hura-hara bla-bla-bla. Orang agama memang pandai bagi alasan bersandarkan hadis dan al quran. Sebab itulah orang islam dimana-mana sentiasa berpecah belah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.