Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, September 7, 2011

Konspirasi MAIS untuk Memburukkan MB Selangor?

NOTA EDITOR: YB Khalid di dalam blog beliau menulis:
Saya difahamakan satu perjumpaan khas telah diadakan di antara NGO-NGO Islam bersama JAIS dan Dato Adzib dari MAIS yang turut dihadiri wakil dari pejabat Peguam Negara. Mereka membincangkan Memorandum yang ingin dihantar ke DYMM Sultan yang menyerang Menteri Besar berhubung isu Kristianisasi ini
Dari maklumat dalaman yang Tulang Besi dapat (dan terpulang kepada saudara/ri pembaca untuk mengesahkannya):

1.0 Perjumpaan tersebut dipengerusikan oleh Dr Hasan Ali

2.0 Hairannya apakah urusan Jabatan Peguam Negara menghadziri perjumpaan dalaman Selangor itu? Tidak cukupkah JAbatan Peguam Negara memfitnah Anwar Ibrahim?

3.0 Memorandum mengecam MB Selangor diperbincangkan bagi dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

4.0 Yang membanggakan adalah beberapa NGO ISlam yang dijemput telah bangun dan MENGECAM perancangan itu.
4.1 Mereka mempersoalkan keperluan untuk membuat memo tersebut yang gagal dijawab dengan baik oleh Pengerusi MAIS

4.2 NGO2 Islam itu bangun kerana mereka terhidu tangan2 ghaib UMNO memandangkan hanya UMNO yang begitu galak memperjuangkan isu DUMC sedangkan sebelum ini UMNO hanya menutup sebelah mata dalam segala kes Murtad
5.0 Perancangan menulis dan mempersembahkan memorandum tersebut gagal segagal-gagalnya dan terpaksa dibatalkan.

6.0 Hasan Ali sebagai Exco mewakili PAS tidak bersuara walau sedikit pun mempertahakankan kerajaan negeri. Kalau HAsan Ali ada maruah, dia patut letak jawatan sebagai Exco Selangor.


Lagi sekali Tulang Besi nyatakan, ni dari sumber dalaman Tulang Besi yang masih belum dapat disahkan. Dipersilakan para pembaca membuat pengesahan sendiri.

Sekiranya maklumat di atas benar, tidak hairanlah Khalid Samad akan di dakwa di mahkamah syariah oleh JAIS dan Dr Rani ditarik tauliah beliau untuk memberi kuliah agama.

Tulang Besi


Pengerusi Mais: Ada bertemu NGO, tapi bukan bincang jatuhkan MB

Oleh G Manimaran September 07, 2011


KUALA LUMPUR, 7 Sept — Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa mengaku pihaknya pernah mengadakan pertemuan membabitkan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bulan lalu, tetapi menafikan ia berniat politik, termasuk mahu menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.


“Saya selaku ketua Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah memberikan penjelasan tentang apa yang berlaku kepada NGO Islam, bukan setakat mereka baca daripada akhbar ataupun The Malaysian Insider sahaja... tetapi ini bukan pertemuan politik, cuma memberi penjelasan apa yang sebenarnya berlaku,” kata Adzib ketika dihubungi pagi ini.


Malah kata beliau, pertemuan itu juga tidak membincangkan memorandum khusus bagi menyerang kepimpinan Khalid.


“Sebaliknya kami memberi penjelasan sahaja. Akhirnya mereka berkata mereka telah mendapat fakta yang betul dan tepat... tugas Mais dan Jais memberikan maklumat yang betul,” katanya.


“Ia bukan pertemuan politik tetapi hanya berkaitan dengan isu Islam,” kata bekas setiausaha kerajaan negeri ini. Pakatan Rakyat melabelkan beliau condong dan memihak kepada Umno.


Ahli Dewan Diraja Selangor ini berkata, tindakan susulan yang diambil oleh NGO yang terbabit termasuk mempersembahkan memorandum kepada Sultan Selangor adalah pendirian pihak berkenaan, bukan keputusan Mais atau Jais.


“Selepas pertemuan mereka ada menyediakan memorandum dan mereka telah mempersembahkan kepada Tuanku Sultan... itu keputusan mereka,” katanya lagi.


Ditanya sama ada pertemuan itu turut dihadiri oleh wakil Pejabat Peguam Negara, Adzib berkata, pemimpin-pemimpin NGO yang hadir sebenarnya merupakan mereka yang berkhidmat di agensi-agensi kerajaan termasuk yang hadir merupakan staf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


“Dan, mereka juga menganggotai NGO, mereka mewakili NGO, bukannya agensi kerajaan,” kata beliau menjelaskan bahawa tidak boleh mengatakan mereka mewakili agensi-agensi yang dimaklumkan.


Beliau diminta mengulas entri blog Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, mendakwa pihak-pihak tertentu, didakwa ada kaitan dengan Umno, telah mengadakan pertemuan tertutup membabitkan agensi-agensi agama untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor.


Langkah itu didakwa diusahakan ekoran kes serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) dekat Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu ekoran kononnya ada usaha memurtadkan umat Islam.


Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam berkata, pertemuan membabitkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bersama Jais dan Adzib sendiri serta turut dihadiri oleh wakil dari Pejabat Peguam Negara.


“Mereka membincangkan memorandum untuk dihantar kepada Sultan Selangor, menyerang Menteri Besar berhubung isu Kristianisasi ini. Nampak-nampak gaya satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan Menteri Besar. Adalah diharapkan tiada Exco dari Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi dari PAS, yang turut serta,” kata beliau dalam entro blognya semalam di bawah tajuk “Coret Minggu Pertama Syawal”.


Kata Khalid, sebelum era Mac 2008, semuan pihak termasuk Jais dan Mais mengambil sikap berdiam diri dengan cara pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN)

“Tetapi di zaman Menteri Besar yang berkebajikan (pimpinan Khalid Ibrahim), bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak Menteri Besar.


“Adalah dikhuatiri akan ada yang mula bertanya, “mengapa dulu diam, sekarang nak bising?” Seterusnya nanti ada pula yang akan menganggap dulu dapat bahagian! Sekarang habuk pun tiada, maka itulah sebabnya bikin kecoh,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.