
ULASAN: Rasanya Muhyiddin tak tau beza antara parti dgn kerajaan. Hubungan diplomatik adalah antara kerajaan dengan kerajaan.
Alasan menjaga hubungan diplomatik untuk menghadiri jamuan Parti Komunis China adalah satu alasan dangkal.
Ini kerana Zhoulencai adalah pemimpin parti Komunis China. Jamuan makan itu pun anjuran Parti Komunis China dan bukannya kerajaan China.
Maka, jelaslah Muhyiddin adalah telah mengkhianati perajurit2 kita yang telah berjuang menentang kebangkitan Komunis di Malaysia.
Patutlah Muhyiddin tak berani nak debat dgn Mat Sabu. Kalau debat, sah lah Muhyiddin terdedah perangai "Mengata Dulang Paku Serpih" nya.
Tulang Besi
Muhyiddin pertahan kerjasama Parti Komunis China, isu Mat Sabu tiada kaitan
Oleh Melissa Chi
September 13, 2011
KUALA LUMPUR, 13 Sept — Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kehadirannya pada satu majlis makan malam yang diadakan bersama Parti Komunis China sebagai satu pertemuan dengan rakan perdagangan utama Malaysia, yang tidak harus dikaitkan dengan isu Mohamad Sabu.
Beliau (gambar) akan menghadiri majlis makan malam bersama Setiausaha Agung Parti Komunis China Sun Zhengcai di sebuah hotel di sini malam tadi.
“Hubungan diplomatik kita dengan China adalah yang terbaik buat masa sekarang dan yang kedua dari segi eksport global. Kita ada hubungan yang rapat dalam perdagangan dan industri, pelaburan. Saya tidak melihat isu sedemikian sebagai satu halangan.
“Hubungan antarabangsa adalah normal, bukan hanya bagi Malaysia. Negara-negara demokrasi yang lain seperti Amerika juga ada hubungan (dengan China) kerana hubungan antarabangsa boleh membawa manfaat yang besar, bukan kita menganuti ideologi mereka. Itu hak merekan, urusan negara mereka,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan anugerah bagi program tawaran baru untuk guru besar dan pengetua di bawah Bidang Ekonomi Utama Kebangsaan (NKRA) sektor pendidikan di sini hari ini.
“Tiada apa-apa kaitan dengan isu itu (Mat Sabu). Hubungan negara kita dengan China adalah yang terbaik. Persoalan mengenai komen Mat Sabu adalah isu dalaman,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.
Di sebalik kontroversi Mohamad menyentuh tragedi Bukit Kepong dalam ceramahnya di Pulau Pinang bulan lalu dan serangan pemimpin-pemimpin Umno ke atasnya, PAS mendakwa parti teras Barisan Nasional itu bersikap hipokrit kerana mengadakan hubungan dengan Parti Komunis China tetapi mendakwa mereka mengagung-agungkan komunis.
tapi muhyiddin tak pernah pulak kata komunis tu hero kemerdekaan...tak macam orang pas malaun sanggup kata komunis yang anti tuhan tu pejuang kemerdekaan....
ReplyDeleteKat China mane ada parti lain selain dari Parti Komunis China. Jadi mmglah kerajaan China=parti komunis China?
ReplyDeleteTu org kata kalau bodoh tu mmg tak perlu tempat.
Ref http://en.wikipedia.org/wiki/Politics_of_the_People's_Republic_of_China
Stupid tulang besi...semua negara berlumba2 nak berbaik2 ngn China. Ko tak tau ker China tu bakal kuasa besar ekonomi nanti?
ReplyDeleteTulang besi ni..kalo ikut kpale otak dier die nak soh membontot bawah Amerika kalo boleh jadi sekutu Israel. China bakal menjadi kuasa pengimbang Amerika kelak. Semua negara Asia bole getrid matawang dollar yg penuh penyangak tu kalo kite bersatu ngn China.
Kalo tulang besi nak kait ngn komunis tahun 40-an tu mmg bahlol la. PKM berjuang untuk menubuhkan kerajaan bintang tiga. Kalo kite tak tentang komunis mase tu takdenya PAS nak tertubuh silap agama Islam pun kene buang..
Komunis memang kejam!
ReplyDeleteAgaknya apakah nasib yang menanti 5 orang Uighur Islam yang diserahkan kepada China oleh Hishamuddin Tun Hussein pada bulan Ramadan yang lepas?