Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, September 29, 2011

Penarikan Tauliah Adalah Untuk Menghentikan Isu Zakat Diperbincangkan

Dari perbincangan Tulang Besi dengan beberapa orang teman, teori yang disebut dalam tajuk posting ini semakin benar.

Langkah2 seperti penarikan tauliah, pendakwaan ke atas Khalid Samad kerana beri ucapan dalam masjid, perjumpaan rahsia dgn NGO untuk menjatuhkan MB Selangor dsbnya adalah satu langkah desperado.

Langkah tersebut adalah semata-mata untuk:

MENGHENTIKAN PERBINCANGAN BERKAITAN PENTADBIRAN ZAKAT DI SELANGOR


Lihat sendiri.

Sewaktu isu SERBUAN JAIS ke atas GEREJA DUMC, isu pentadbiran zakat heboh diperkatakan.

Rata-rata, semua mempersoalkan apakah yang telah berlaku dengan zakat Selangor sehingga keluarga2 Islam yang miskin terpaksa minta pertolongan gereja untuk sesuap nasi.

Isu MURTAD telah mula bertukar arah kepada isu PENTADBIRAN ZAKAT yang pincang. Maka, langkah drastik terpaksa diambiil untuk menghentikan ombak keraguan rakyat ke atas pentadbiran zakat di Selangor.

Maka, demi menghentikan persoalan2 rakyat langkah2 ini diambil:

1.0 Tarik tauliah Khalid Samad
2.0 Dakwa Khalid Samad di Mahkamah Syariah kerana beri ucapan pasal Gaza dan Palestine
3.0 Tarik tauliah Dr Rani
4.0 Buat konspirasi untuk pecat MB Selangor supaya isu murtad dapat dihidupkan semula


Hasilnya, sekarang ini, masyarakat umum tidak lagi memperbincangkan isu pentadbiran zakat. Yang dibincang adalah pendakwaan Khalid Samad serta penarikan tauliah ke atas pemimpin2 PAS.

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR MESTI DIAUDIT OLEH SEBUAH BADAN BEBAS DAN LAPORAN DIDEDAHKAN KEPADA RAKYAT UMUM

Untuk pengetahuan semua, kutipan zakat di Selangor bagi tahun 2011 (Januari ke Jun 2011) untuk tempoh 6 bulan sahaja adalah berjumlah RM128 juta.

Malangnya, laporan2 ini hanya disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor.(Sila lihat di sini)

Tulang Besi ini mendesak supaya sebuah badan audit bebas dilantik untuk mengaudit Pusat Zakat Selangor dan membentangkan laporan audit mereka kepada Dewan Undangan Negeri.

Tulang Besi mahu SELCAT melantik sebuah badan audit yang bebas dan bertaraf antarabangsa untuk menjalankan audit ke atas Lembaga Zakat Selangor.

Rasanya, inilah tanggungjawab kita seluruh Selangor untuk memastikan setiap sen wang zakat sampai kepada mereka yang memerlukannya.

Selagi kita terus bercakap tentang zakat, selagi itulah puak2 MAIS ini tak tidur malam.

Tak hairanlah mereka begitu

TULANG BESI




2 comments:

Anonymous said...

Serang balik MAIS nampak. Adakah tak pernah dibuat audit atas zakat Selangor, jabatan yang berjaya mengutip zakat puluhan juta setiap tahun, jabatan kerajaan yang kecil macam sekolah pun kena audit. Janganlah sebab orang politik tak diberi tauliah ceramah di masjid pun marah.

Anonymous said...

bro..LZS pn kene audit..audit sirim ada,audit negara pn ada..mcm mana kate LZS xdi audit...tulis by fakta,jangan membabi buta..jadilah penulis yang ade fakta,bkan tuduhan membabi buta..selidikilah maklumat yang didapati..baru tulis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.