Jumlah RM13 ribu juta ini datang terus dari poket rakyat Malaysia. Wang RM13 billion ini diambil dari mulut rakyat Malaysia ke dalam kantong-kantong mereka.
PAda waktu yang sama, syarikat2 konsesi tol ini terus juga menerima subsidi dari Kerajaan Malaysia yang pada tahun 2009 sahaja berjumlah RM4.9 billion.
Sekiranya kerajaan UMNO/Najib benar-benar sayang pada rakyat, kesemua lebuh-lebuh raya ini wajib diserahkan balik kepada kerajaan (Lembaga Lebuhraya Malaysia atau LLM)supaya ditadbir oleh kerajaan Malaysia.
Pentingnya langkah ini kerana ia bakal menurunkan kadar tol kepada 20% dari kadar sekarang. Mengapa? kerana selepas lebuh2raya ini diambil balik dari syarikat2 ini, tujuan kutipan tol hanyalah untuk tujuan penyelengaraan dan pembaikan semata-mata. Bukan untuk mengaut keuntungan yang bakal digunakan oleh UMNPUTRA dan kroni2 mereka.
Pada waktu yang sama, ada keluarga dalam Malaysia terpaksa hidup dalam kereta selama dua bulan kerana kesempitan hidup yang tidak terkata. Syukur ada kerajaan Selangor yang memberikan tempat tinggal kepada keluarga dibawah.(rujuk artikel dibawah).
Tukarlah kerajaan UMNO/BN. Kalau tidak, kita dan anak cucu kita akan terus menjadi mangsa rompakan UMNO/BN.

No comments:
Post a Comment