Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, October 6, 2011

152000 Akan Bersara Miskin Tahun Ini - KWSP

ULASAN: Macamana tak miskin. Gaji setiap tahun naik seciput. Tapi, kos hidup naik berganda-ganda. Akibatnya, para pesara ini bersara dalam keadaan rumah dan kereta serta hutang kredit kad masih belum berbayar.

Setiap bulan ada caruman KWSP tapi gaji yang ada hanyalah untuk membayar hutang akibat kenaikan kos hidup.

Harga kereta pula antara penyumbang utama kemiskinan pesara di Malaysia. Harga kereta yang lebih mahal dari harga rumah menyebabkan beban hutang para pesara semakin bertambah bukan berkurang.

Harga rumah juga tinggi kerana para pemaju perumahan adalah kroni2 dan syarikat2 GLC yang lebih suka buat rumah untuk orang kaya. Mereka tak suka buat rumah kos rendah dan sederhana kerana orang kaya2 boleh beli 5-6 biji rumah dgn harga beratus-ratus ribu sebuah.

Hasilnya, harga rumah yang mahal menyebabkan para pesara bersara dalam keadaan beban hutang rumah masih berbaki dgn banyak.

Kenaikan harga barang setiap tahun menyebabkan para pesara terpaksa berhutang kredit kad dan pinjaman pribadi.

Bila bersara, para pesara terpaksa menggunakan simpanan KWSP menyelesaikan pinjaman pribadi serta hutang kredit kad.

Akibat pemerintahan BN, rakyat Malaysia tidak boleh bersara. MEreka terpaksa bekerja sampai mereka mati.

Apabila kerajaan Selangor beri RM100 untuk orang tua2 "Jom Shopping", pemimpin2 UMNO mengamuk satu kampung. Sedangkan ramainya orang2 tua yang hidup susah adalah kerana pemerinthan karut Barisan Nasional


152,000 persara tahun ini akan bersara 'miskin' - KWSP
PETALING JAYA 26 Sept. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendedahkan seramai 152,000 pencarum yang akan bersara wajib tahun ini memiliki simpanan persaraan kurang daripada RM50,000.

Jumlah simpanan itu adalah di bawah paras caruman minimum yang disasarkan kerajaan iaitu sebanyak RM120,000.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, pihaknya turut mendapati golongan pencarum tidak aktif berusia 54 tahun yang mempunyai baki simpanan purata serendah RM23,000, tahun lalu, tiga kali ganda lebih ramai berbanding jumlah pencarum aktif lain.

Katanya, jumlah simpanan yang rendah itu dikhuatiri menyebabkan individu terbabit akan hidup di bawah paras kemiskinan apabila bersara.

Beliau berkata, golongan yang mempunyai simpanan kurang RM50,000 itu meliputi 73 peratus pencarum KWSP dalam kategori pencarum tidak aktif.

Katanya, hanya 17 peratus daripada pencarum kumpulan ini mempunyai simpanan di dalam KWSP melebihi RM100,000 sewaktu bersara nanti.

''Selain itu, ramai juga pencarum yang membelanjakan wang persaraan terlalu cepat sehingga menyebabkan mereka tergolong di bawah paras kemiskinan dalam tempoh yang singkat,'' ujarnya.

Tambah Azlan, dalam kajian KWSP pada 2003, pihaknya mendapati sebanyak 14 peratus daripada pencarum menghabiskan simpanan dalam tempoh tiga tahun selepas persaraan.

Katanya, sebanyak 50 peratus pencarum lagi didapati menghabiskan simpanan dalam tempoh lima tahun dan 70 peratus dalam tempoh 10 tahun.

''Kadar purata jangka hayat penduduk Malaysia dijangka terus meningkat sehingga 75 tahun berbanding 60 tahun.

''Sehubungan itu, setiap individu perlu mempunyai caruman dalam tempoh 20 tahun sewaktu dalam tempoh perkhidmatan,'' ujarnya.



2 comments:

Ramos said...

Untunglah ade KWSP at least ade jugak simpanan mase hari tue daripada langsung xde...

Dahan Jati said...

Gaji kecil, simpanan pun kecillah. Itu biasa. Kalau nak simpanan banyak kenalah usaha lebih, jadi tauke, untung semua boleh kat kita. Org. Kerja kampung lagilah miskin, sebab tiada simpanan kwsp. Kena besyukur pd krjn. Krn. Dgn adanya kwsp bolehlah juga ada simpanan hari tua. Orang dulu lagilah susah, sekarang ni cukup banyak kemudahan, tp. masih dinafi oleh tulan besi ni. Apa apa pun kena rajin, kalau malas berusaha, jangan disalahkan orang lain, kalau miskin. Diam sudahlah. Indon yg mai malaysia pun dah boleh jadi tauke, begitu juga bangla, orang kita pula yang jadi kuli. Tulang besi kena beri galakan dan paksaan kepada orang tempatan supaya lebih agresif merebut peluang yang ada dan rajin berusaha, insyaalah kita akan berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.