Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, October 20, 2011

Adakah Cikgu Azmi TERAS telah Dibeli?

Tulang Besi pernah berinteraksi dengan Cikgu Azmi TERAS. Bagi Tulang Besi, Cikgu Azmi ini bukan melayu yang biasa kita temui.

Cikgu Azmi ini terkenal seorang yang berfikiran kritikal, mampu membuat analisa dan tidak mudah terpengaruh dengan propaganda murahan.

Malangnya, dalam isu "KRISTIANISASI" ini tampak Cikgu Azmi menelan bulat-bulat propaganda yang dilayangkan oleh JAIS (baca: UMNO) dan puak2 HIMPUN.

BAgi Tulang Besi adalah mustahil seorang seperti Cikgu Azmi mudah ditipu dgn kesah2 dongeng yang dilayangkan oleh puak2 UMNO.

Juga, Cikgu Azmi juga tampak dengan jelas bagaimana UMNO memberi sokongan padu kepada perhimpunan HIMPUN ini. Permit yang biasa susah nak dapat, telah dipercepatkan kelulusannya.

Mustahil Cikgu Azmi TERAS dengan sebegitu mudah dapat ditipu dengan sandiwara2 yang dilakonkan oleh Yusri ABIM, Ezam Mat Nor, Hasan Ali dan lain lain lagi.

Akibatnya, terdetik dalam hati Tulang Besi:

Adakah Cikgu Azmi TERAS juga telah berjaya dibeli UMNO?


Tulang Besi berharap sangat-sangat detik hati Tulang Besi ini tidak benar. Tapi di zaman UMNO dan Najib mengeluarkan wang yg sangat banyak untuk membeli wakil2 rakyat, susah sangat nak buang perasaan ini.

Tulang Besi

3 comments:

Anonymous said...

Tuduhan "dibeli" tidak begitu tepat & tidak begitu beradab rasanya terhadap Cikgu Azmi yg saya juga hormati. Mungkin "naif/naive" atau 'terlalu naif' utk mengenepikan beberapa 'circumstantial evidence' bahawa ada yg tak berapa 'lurus' tentang program ini(atau lebih tepat, sebahagian peserta/organisasi yg beria2 benar ingin menyertainya)adalah lebih tepat.

Saya rasa tidak berapa sedap hati dgn himpunan tsebut, tetapi tetap mendoakan apa2 pun yg bakal berlaku adalah yg terbaik utk ummah.

Anak Perelih said...

yang saya tau, cikgu Azmi ni 2-3 bulan lepas dia sakit yg serious.. ramai jugak pemimpin PR pi lawat dia......

albert magic said...

Orang melayu islam ni pelik banyak.Kes memurtadkan umat islam memang perlu di halang.Tetapi bagaimana pula dengan pemimpin islam yang korup,menyalahguna kuasa dan sewaktu dengan nya boleh tutup mata aje.Mereka sanggup mengerjakan ibadah haji walau pun di sponsor dengan sumber yang belum tentu halal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.