Sumpah ni ada dua jenis. SAtu Sumpah yang Benar dan satu lagi Sumpah yang Palsu.
Soalan yang perlu dijawab oleh juak2 UMNO, adalah:
Apa buktinya Sumpah si Saiful dan Eskay BUKAN SUMPAH PALSU?
Setakat tadi, soalan ini tidak dapat dijawab dengan baik oleh juak2 UMNO dalam TWITTER.
Atas sebab inilah sumpah tidak boleh dijadikan bukti dalam kes2 yang berkaitan dengan hudud dan Qisas.
Sesiapa sahaja boleh berbohong dalam bersumpah. Sesiapa sahaja boleh berbuat sumpah palsu.
Ada orang berkata kalau seseorang itu berbohong dalam sumpah, dia akan dibalas oleh Allah SWT.
Itu memang benar. Namun, balasan Allah SWT itu tidak semestinya berlaku di dunia.
Ia mungkin berlaku di Hari Akhirat.
Semuanya adalah berdasarkan kehendak Allah SWT. Kita manusia tidak boleh memaksa Allah SWT memberi pembalasanNya sewaktu di dunia.
Maka, tidak boleh dinafikan seseorang yang membuat sumpah palsu tidak akan menerima pembalasan di dunia dan hanya menerima pembalasan di akhirat. Sekiranya Allah SWT berkehendak sedemikian, siapa yang boleh menghalangNya?
Kesimpulannya, sesiapa boleh bersumpah. Lidah tak bertulang. Apa lagi kalau di depan mata diletakkan RM10 juta ringgit. Bukan setakat sumpah, bini sendiri pun dia boleh bagi pada orang.
Bodohlah manusia2 yang menjadikan sumpah Saiful sebagai bukti. Ini kerana semakin jelas kepada rakyat jelata bahawa sumpah Saiful dan Eskay itu adalah sumpah palsu.
Tulang Besi
ps kalau ikut video Johari Abdul, Eskay ini sedang berusaha mendapat kontrak baja dari Pengerusi RISDA, Rahim Thamby Chik. Sampai hari ini, Eskay tak berani saman Johari Abdul atas kenyataan ini.
Mengapa pula awak berani mengatkan sumpah eskay dan saiful bohong sedangkan andapun mengaku kita tidak dapat memastikan sama ada sesuatu sumpah itu betul atau tidak. Tetapi kalau nak bersumpah pun tak mahu lagilah teruk.
ReplyDeleteangkat sumpah palsu, sapa2 pun berani
ReplyDeletePepatah ada mengatakan, Berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau benar, apa nak takut bersumpah, supay orang tidak sangsi padanya.
ReplyDelete