Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, October 10, 2011

Belanjawan Najib Untuk Beli Undi. Pilihanraya March 2012

Belanjawan Najib telah pun dibentang kepada Parlimen minggu lepas. Sekarang ini dalam proses perbahasan. Tampaknya seperti Belanjawan tersebut akan diluluskan.

Setakat yang Tulang Besi nampak, belanjawan Najib cuma penuh dengan pemberian wang "one-off"(sekali sahaja). Pemberian seperti:

a. RM500 untuk semua isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3000

b. RM 100 untuk semua pelajar yang berusia antara 6-16 tahun

c. RM200 voucher kepada pelajar2 IPT

d. RM3000 kepada pesara tentera yang telah terlibat semasa Darurat (TERIMA KASIH ABANG MAT SABU)


MALANGNYA, belanjawan Najib TIDAK:

a. Menurunkan harga minyak walaupun harga minyak dunia telah turun dan subsidi tidak dipotong.

b. Tidak menurunkan harga barang makanan dan minuman yang semakin menaik. Ini kerana semua bahan makananan di Malaysia dikendali oleh kroni-kroni akibat perlesenan oleh kerajaan UMNO.

c. Tidak menurunkan harga kereta kepada harga pasaran dan bukan harga palsu akibat dari undang2 UMNO dan Barisan Nasional. Rakyat terpaksa membeli kereta dengan harga yang setara dengan harga rumah. Hutang rakyat Malaysia tetap tinggi dan semakin tinggi.

d. Tidak menurunkan harga rumah yang semakin lama semakin mahal

e. Tidak menaikan bilangan pekerjaan yang berada dalam keadaan genting sekarang ini.

f. Tidak menurunkan tarif elektrik yang dinaikkan UMNO baru-baru ini

g. Tidak menurun hutang peribadi rakyat Malaysia (kredit kad dan pinjaman pribadi) yang semakin menaik akibat kenaikan kos angkara pemerintahan UMNO/BN.

h. Tidak mengawal dan melawan korupsi dan kronisma. Belanjawan Najib terus menjamin kekayaan dan keuntungan atas angin kepada bisnes milik kroni dan UMNOPUTRA.

Sememangnya Najib Tun Razak tidak ada kredibiliti. Dia hanya mengekalkan kuasa dengan menabur wang. Dia sedar dia tidak mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin.

Seorang yang tidak pernah hidup susah walau sehari dalam hidup beliau tidak mungkin mampu menjiwai penderitaan yang ditanggung rakyat Malaysia.

Oleh kerana belanjawan ini hanya berkuat kuasa 1 Januari 2012, maka ramai menjangka PRU-13 adalah pada March 2012.

Tulang Besi






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.