Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, October 23, 2011

Blogger UMNO Kecut Perut tak Berani Muka Dirakam

ULASAN: Blogger Faisal dari ruangbicarafaisal.blogspot.com telah disaman oleh Dato' Husam Musa.http://www.blogger.com/img/blank.gif

Semasa writ saman diserah, Faisal telah kecut perut apabila muka bliau mahu dirakam menggunakan kamera handfon.

Tulang Besi faham mengapa si Faisal takut nak tunjuk muka. Siapa yang jeghaung ni tak pernah fitnah? TUlang Besi pun dia pernah fitnah.

Dan dia tahu dia fitnah Tulang Besi kerana sumpah TUlang Besi sehingga hari ini dia tidak berani balas, (sila baca kesah tersebut di sini).

Si Faisal kecut perut kalau orang tahu muka dia dan kenal dia. Bagaiamana dia nak hadapi semua orang yang dia telah fitnah sepanjang wujudnya blog dia.

Dan, dia jadi pengecut sbb dia memang tahu kandungan blog nya hanya fitnah seks, fitnah seks dan fitnah.

Seiras dengan cerita Papagomo dan Parpukari yang tidak berani memberi no IC mereka pada Khalid Samad untuk disaman angkara mereka memalsukan dokumen MBPJ dalam isu serbuan gereja DUMC.

Yang penting, peristiwa Faisal kecut perut ini adalah bukti betapa blogger2 UMNO berfungsi menyebar fitnah dan penipuan. Mereka tidak pentingkan fakta dan bukti. Mereka cuma mahu membawa cerita sensasi supaya isu yang penting seperti IC kepada pendatang asing tidak dibincangkan.

Semoga laknat Allah SWT diturunkan kepada blogger2 UMNO seperti Faisal, gomo dan parpubasi.

AMIN!!!

Tulang Besi



ps ikuti kesah Faisal kecut perut nak dirakam gambar beliau di bawah:

Blogger Sembunyi Wajah Ketika Dirakam
Saksi plaintif kes saman anggota EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa terhadap Blogger Mohd Faisal bin Rohban Ahmad memberitahu, defendan cuba menyembunyikan wajah ketika gambarnya dirakam semasa beliau menghantar writ saman.

Mohd Shah Karim, 30 berkata, semasa menghantar writ saman kepada Mohd Faisal pada 31 Mei 2010, dia (Faisal) membantah ketika cuba dirakam gambar dengan telefon bimbit di hadapan rumahnya di Shah Alam.

“Ketika saya sampai di rumahnya dia baru tiba dan terkejut ketika diberitahu ada notis saman daripada Dato' Husam.

“Selepas itu beliau menghubungi rakan, peguam dan anggota polis. Tidak lama kemudian datang seorang anggota polis lengkap beruniform dan dua lagi berpakaian biasa serta peguam.

“Anggota polis yang datang dengan kereta Kancil itu membaca writ saman yang saya bawa, kemudian meminta kad pengenalan saya dan Faisal. Ketika itu saya nampak namanya pada kad pengenalan,” katanya menjawab soalan peguam Adly Abdul Manas, mewakili Mohd Faisal pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Kes terebut dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Plaintif diwakili peguam Hisham Fauzi.

Faisal dalam blognya ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3hb. Oktober, 2009 menulis rencana berunsur fitnah terhadap Husam yang bertajuk, “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”

Husam dalam pernyataan tuntutannya menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan adalah mengelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya.

Ekoran itu plaintif melalui peguamnya mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti-rugi.

Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama & membayar ganti rugi RM500,000.

Selain itu juga Husam juga mebuat tuntutan ganti-rugi teladan, ganti-rugi melampau, punitif, injuksi menghalang defendan atau agen mengulangi penerbitan kenyataan tersebut.

Mohd Shah seorang peniaga yang berasal dari Salor, merupakan saksi kedua kes tersebut.

Sebelum itu Husam dalam keterangan secara bersumpah memberitahu Mahkamah, sebelum artikel tersebut disiarkan beliau menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Faisal.

Katanya, selepas artikel tersebut disiarkan, beberapa blog lain turut memetik rencana tersebut sehingga nama baiknya sebagai seorang Ahli Politik dan Anggota Pentadbir Kerajaan terjejas teruk.

”Oleh itu saya berpendapat wajar dikenakan ganti rugi yang lebih tinggi kerana melemparkan fitnah sehingga menjatuhkan air muka seseorang,” katanya.

Husam berkata, berdasarkan kepada pencarian dibuat melalui nombor talifon yang digunakan Faisal didaftar bukan menggunakan namanya yang sebenar sebaliknya menggunakan nama adiknya.

Ketika disoal balas peguam defendan, Husam memberitahu Mohd Faisal menggunakan banyak alamat, namun rumah bapanya dikesan di Wakaf Bharu, Tumpat.

Menjawab soalan peguam lagi katanya, selepas menerima notis saman, defendan tiba-tiba berubah sikap di mana Faisal dalam SMSnya memberitahu mahu sertai PAS dan memohon balak.

Hakim kemudian menangguh kes tersebut dan menetapkan sambung bicara pada 12 dan 13 Disember hadapan.

Adly sebelum itu memohon penangguhan kes tersebut memandangkan anak guamnya sedang menunaikan haji.

Beliau juga memberitahu akan mengemukakan tiga saksi iaitu Mohd Faisal, wakil daripada Umno Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
And here is the rest of it.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.