Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, October 10, 2011

Gaji RM5 Juta Untuk Air yang Penuh Karat

Pengerusi SYABAS, Tan Sri Razali Ismail, mendapat gaji sebanyak RM5.2 juta setahun. Gaji beliau lebih tinggi dari gaji CEO bank terbesar di dunia, yakni CEO Bank of China. Namun, adakah air yang kita dapat dari SYABAS benar-benar bersih dan selamat untuk digunakan?

Tulang Besi mendapat surat dan video dari seorang pembaca. Mungkin pengalaman pembaca ini serta video yang diberikan boleh menjadi iktibar yang baik untuk kita. Adakah wajar kita membayar Tan Sri Rozali gaji RM5.2 juta setahun untuk bekalan air yang penuh dengan karat dan membahayakan kesihatan anak-anak kita?

Tan Sri Rozali ini adalah bekas Bendahari UMNO Bahagian Hulu Selangor sewaktu Mat Taib menjadi MB Selangor. Malahan, penswastaan Air di Selangor diberikan oleh Mat Taib kepada beliau sewaktu Mat Taib menjadi MB Selangor.

Asalnya, surat ini adalah dalam bentuk email dan bahasa yang digunakan adalah bahasa percakapan. Maka, Tulang Besi terpaksa membuat sedikit edit kepada bahasa persuratan. Selamat membaca:


Saudara Tulang Besi,

Saya telah memasang sebuah tapis yang menapis air dengan menggunakan pasir dan batu di punca utama air saya beberapa bulan yang lepas. Sebelum saya memasang tapis ini, anak-anak saya sering sakit-sakit. Seminggu sekali kami sekeluarga terpaksa ke doktor kerana pasti salah seorang anak saya akan demam, selsema atau muntah-muntah. Kos doktor saya sebulan hampir RM1000. Malahan anak saya yang paling kecil pernah masuk hospital kerana paru-parunya terdapat cecair di dalamnya..

Tiba-tiba saya mendapat ilham untuk memasang tapis yang ada dalam video ini. Secara tiba-tiba anak-anak saya berhenti demam dan sakit-sakit. Peti ais saya yang penuh dengan ubat-ubat sebelum ini sudah tidak lagi kelihatan ubat-ubatnya. Tiada lagi lawatan mingguan ke specialist, klinik mahupun hospital.

Saya masih lagi tidak tahu mengapa tapis ini menyelamatkan anak-anak saya dari sakit dan demam. Kebetulan tapis ini memerlukan proses pembersihan setiap 2 minggu atau lebih.

Saudara Tulang Besi boleh melihat sendiri mengapa anak2 saya sakit dalam video itu. Cukup dengan saya kata air yang keluar dari tapis itu selepas proses pembersihan berwarna "MERAH".

Itulah kuantiti karat yang masuk ke dalam rumah-rumah kita dari SYABAS. Saya yakin, anak-anak sakit kerana meminum air yang penuh karat. Dan, karat ini tidak boleh hilang dengan kita memanaskan air untuk minuman.

Saya bersyukur tindakan saya memasang tapis itu menyelamatkan anak-anak saya dari sakit yang berpanjangan. Syukur, alhamdulillah.

Video ini saya ambil sewaktu saya membersihkan "Tapis" yang dipasang di punca utama air rumah saya. Lihatlah betapa banyak karat yang terkandung dalam air di rumah kita untuk tempoh masa dua minggu.





3 comments:

Anonymous said...

ll

Anti Raja Batak said...

Dengan gaji yg banyak Mangkok ni boleh berbini 3 dgn rumah besar kereta besar di TTDI. Dia pun macam anak Toyol juga berangan nak jadi Raja Batak.

meruku said...

kat forbes.com kan penah tersenarai org yg berjaya macam rozali nih..
dia kan bisnessman. macam2 la bisness dia buat.
jd tak heranlah dia nih berjaya hingga menjadi org melayu yg tersenarai berjaya..

stakat 5.++j aku rasa sikit jer tuh (hehehehe... sbb gaji aku pun x sampai 1k... tu yg jeles tuh)
klu nak d bandingkan ngan

>Robert Kuok Hock Nien-RM 50.04 bilion
>Ananda Krishnan-RM 45.78 bilion
>Tan Sri Teh Hong Piow-RM 12.77 bilion
>Tan Sri Lee Shin Cheng-RM 12.73 bilion
>Tan Sri Lim Kok Thay-RM 10.89 bilion
>Tan Sri Quek Leng Chan-RM 10.75 bilion

> Syed Mokhtar AlBukhary RM 8.84 billion, 59 tahun, Yayasan AlBukhary
>Azman Hashim RM 3.93 billion, 71 tahun, Amcorp
>Mokhzani Mahathir RM 1.665 billion, 49 tahun, Kencana Petroleum
>Kamarudin Meranun RM 0.856 billion, 49 tahun, AirAsia
>Shahril Shamsuddin RM 0.804 billion, 50 tahun, Sapura Group
>Shahriman Shamsuddin RM 0.791 billion, 42 tahun, Sapura Group
>Raja Eleena Raja Azlan Shah RM 0.568 billion, 50 tahun, Gamuda


manusia bergelar "melayu" biasanya dengki kalau bangsa lain x lak korang dengki...
melayu mmg melayu.. otak x mau berubah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.