Tahukah anda, orang yang sama telah berhempas pulas menyokong pembunuhan kejam Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya bersama beberapa yang lain di Memali pada tahun 1985.
Di bawah saya bawakan pengalaman pribadi Ustaz Ahmad Awang bersama Mufti Perak berkaitan dengan isu Memali ini:
"* Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985: Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ(Harussani) merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid
Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut."
Soal Tulang Besi adalah bagaimanakah seorang Mufti seperti Harussani boleh diharapkan untuk memerangi murtad sedangkan beliau sanggup dilacurkan bagi menyokong agenda politik UMNO dalam peristiwa Memali.
Malahan, ada orang UMNO memberitahu Tulang Besi Harussani pernah mengeluarkan fatwa bahawa Presiden PAS adalah sesat kerana mengeluarkan "Amanat Haji Hadi".
Kena tipulah kamu semua di dalam HIMPUN kerana bergantung harap dengan seorang yang selama ini menjadi alat kepada parti sekular bernama UMNO.
Syukur alhamdulillah orang2 Islam di Malaysia tidak tertipu dengan HIMPUN dan agenda rahsia mereka, yakni menyokong UMNO.
Tulang Besi
Apa yg kau merepek ni
ReplyDeletePeristiwa memali sememangnya satu peristiwa yang trajik. Tetapi kerajaan tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana Ibrahim Libya dan pengikutnya telah memutuskan untuk mati syahid. Malah tulang besi patut berterima kasih pada kerajaan kerana telah menunaikan hajat mereka.
ReplyDelete"Perjuanganku menentang penjajah adalah mudah. Tapi perjuangan anda lebih sukar kerana menentang bangsamu sendiri" Bung Karno.