Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, October 23, 2011

Hasan Ali Buktikan Konsep Wala' Dalam PAS Adalah Palsu

Sewaktu menjadi Pesuruhjaya Selangor, wala' menjadi mentera Hasan Ali. Di dalam mesyuarat Perhubungan Negeri, kalimah wala' diulang saban kali. Di dalam perjumpaan2 di peringkat Kawasan2, wala' diulang berkali-kali.

Yang pentingnya, pemimpin2 peringkat Kawasan dan Cawangan wajib dibasuh otak supaya menerima apa sahaja yang dikehendaki oleh kepimpinan. Semuanya atas nama wala' (ketaatan) kepada kepimpinan.

Tujuan sebenar "candu" wala' disebar kepada ahli adalah supaya perwakilan dan kepimpinan peringkat pertengahan tidak mempersoalkan hasrat Hasan Ali serta kumpulan Perpaduang membawa PAS duduk dalam satu barisan dengan UMNO.

Pada waktu itu, ahli seperti Tulang Besi dilabel oleh org2 seperti Cikgu Zul/Batu Api/Songkok Putih sebagai seorang yang tidak ditarbiyyah. Padahal Tulang Besi sudah mengikut tarbiyyah PAS sewaktu Cikgu Zul masih terberak dan terkencing dalam lampin.

WALA' KONSEP YANG DIAMALKAN OLEH PAS TERENGGANU

Konsep ini sebenarnya hanya popular di PAS Terengganu sahaja. CUmanya, selepas agenda PERPADUANG mahu dipaksa ke atas ahli2 PAS oleh UStaz Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali dan Ustaz Harun Din, maka konsep ini diimpot dari PAS Terengganu.

Semua yang aktif dalam PAS maklum bahawa konsep wala' diamalkan di Terengganu bagi memastikan kuasa hanya berpusat kepada lima orang sahaja. DEngan kata lain, segala yang berlaku dalam PAS Terengganu ditentukan oleh lima orang ini. Dan, kesemua ahli2 PAS Terengganu wajib memberikan wala' (ketaatan) kepada keputusan lima orang ini tidak kira betul atau tidak.

Itulah sebabnya, Terengganu hanya boleh menang satu penggal sahaja. Itu pun kita lihat org2 yang bertanggungjawab ke atas kekalahan Terengganu masih memegang tampuk pemerintahaan Terengganu sehinggalah tahun ini.

SAmpai dah tua sakit pun masih nak pegang jawatan dan bertanding pilihanraya. Maklumat terbaru saya dapat, lima orang ini mahu bertanding kerusi Parlimen di Terengganu dengan harapan dapat kerusi Kabinet kalau PR menang nanti.

Maka, apabila dilihat penentangan terhadap agenda perpaduang dgn UMNO dalam PAS, konsep wala' PAS Terengganu ini telah cuba dieksport keluar dari Terengganu ke seluruh Malaysia.

Tapi, syukur, usaha membawa PAS kepada UMNO yg disokong PAS Terengganu ini gagal. Dan, HAsan Ali yang menjadi promoter kepada konsep ini terbukti seorang hipokrit dan munafik.

Lepas ni giliran Ketua Dewan Ulama Negeri Selangor serta Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor pula yang mana mereka2 ini agen kepada geng Terengganu di Selangor.

MANA WALA' HASAN ALI SEKARANG NI?

Sabtu lepas, Hasan Ali secara terbuka melanggar keputusan PAS Pusat. Beliau menghadziri HIMPUN padahal beliau bukan pun ahli mana2 NGO.

Wala' yang selama ini Hasan Ali laungkan cuma kata-kata kosong serta pembohongan beliau semata-mata.

Apabila wala' menguntungkan HAsan Ali, maka wala' diungkapkan.

Apabila sudah tidak boleh menggunakan wala', dibuang begitu sahaja.

Bagi saya, jelas HAsan Ali ini seorang munafik. Terang-terang beliau tunjuk perangai pembohong beliau.

Menggunkan Islam untuk kepentingan diri semata-mata.

Itulah dia Hasan Ali.

Tulang Besi

4 comments:

Monkey Code said...

Apa pun yang jelas PAS...cakap berdegar-degar..habuk pun tarak.

Pemimpin PAS hanya berani terhadap ahli di kampung ...?
Mereka bacul atau dayyus terhadap Hassan Ali ...?
Jawatankuasa Disiplin pula tak ada teloq ...?

PAS, TUNJUKAN YANG ANDA ADIL DAN MAMPU MELAKSANAKAN KEADILAN...INI BELUM LAGI HUDUD..dah tunjuk tak mampu???

zakwan said...

To be fair, TB, while PAS withheld their support 2 this rally, Uztaz Hadi did allow members of the party to participate in the rally without displaying the party colours

As far as I'm concerned, Hassan Ali is not guilty as long as he is not representing PAS or the state government
Somebody needs to get a recording of his speech to further clarify this
Though Hassan Ali still needs to explain his role in obtaining permission to use Shah Alam stadium from MBSA as TB mentioned in his past entry

Anonymous said...

hassan ali ni saya dapat tau yang beliau adalah penjawat awam degan jawatan penolong pegawai daerah sabelum menyertai politik.ADO biasalah macam tu.Apatah lagi kalau ADO berkaitan dengan tanah.

Anonymous said...

baru masuk pas, dan diberi kepercayaan jadi pemimpin, ini cara dia??? kalau dpt kaji dia dan specis2 yg serupa, menarik jugak, apa2 pun org pas masuk pas setelah pas berkembang x sama macam org yg masuk pas ketika susah.

spt 1 peringatan yg Allah ingatkan tentang org munafik, sebelum perang badar? (x berapa ingat), org2 islam adalah pure/ikhlas, tapi lepas menang dlm perang, banyak org munafik dlm kalangan org islam sbb sesetengah org yg mengaku islam bukan sebenarnya kerana keyakinan tapi mereka masuk dlm saf islam sbb pada masa tu islam dah kuat (nak tumpang sekaki).

bukanlah bermaksud mereka dlm pas sesetengah tu munafik, tapi maksudnya mereka x dpt menghayati jerit payah org2 terdahulu dlm meletakkan foundation yg kukuh, mereka cepat lupa daratan. bayangkan zaman almarhun ustaz fadhil noor dan sebelum tu, sapa pun x mau pas, hanya yg genuin shj pd masa tu dan bila sesuatu kejayaan, manisnya amat terasa dan bila ada kegagalan (selalu dah gagal), jadi gagal ni perkara biasa.. x da hal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.