Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, October 24, 2011

ISMA Alat UMNO?

Salah satu penganjur kepada HIMPUN adalah sebuah organisasi yang memanggil diri mereka sebagai ISMA - Ikatan Muslimin Malaysia.

Saya ada sedikit sebanyak maklumat berkaitan dengan ISMA ini sepanjang saya bekerja di Mesir dan daripada kawan-kawan saya yang menetap di Australia.

Antara maklumat2 itu adalah:

1.0 Di Mesir, mereka secara terbuka memusuhi PAS dan PMRAM. Mereka menjadi penyerang kepada PMRAM terutamanya di kalangan pelajar-pelajar perubatan di sana

2.0 Malahan, salah seorang pemimpin PAS, anak beliau telah dipengaruhi oleh ISMA

3.0 Yang hairannya, pihak Kedutaan Malaysia di Mesir mengiktiraf ISMA tetapi tidak mengiktiraf PMRAM yang berumur lebih tua dari Malaysia sendiri.

4.0 ISMA tidak mahu bekerja dengan PAS di Mesir di dalam satu saf. Malahan, graduan2 ISMA dari MEsir tidak menggabungkan diri mereka dengan PAS setelah pulang ke Malaysia.

5.0 Walaupun mereka kata mereka memperjuangkan Islam, tetapi sebahagian dari ideologi mereka adalah nasionalisma Melayu

6.0 Di Australia juga, di kalangan pelajar, mereka secara terbuka memusuhi dan menolak PAS.

7.0 Dan di Malaysia, mereka adalah NGO2 yang terkehadapan membawa propaganda UMNO terutamanya dari sudut agama i.e. HIMPUN pada hari Sabtu lepas


Saya yakin bekas2 PMRAM dan Australia dapat memberi gambaran dengan lebih jelas apakah dia ISMA ini.

Yang menyedihkan, jemaah2 seperti JIM, ABIM malahan Tabligh juga telah membina jambatan untuk menjalin hubungan baik dengan PAS, tiba-tiba ada pulak satu jemaah lain yang mahu menongkah arus.

Pengalaman Tulang Besi dengan Al Arqam satu masa dahulu, mereka mendapat sokongan dari UMNO untuk beroperasi secara padu dan jitu. Pendakwah2 Al Arqam dibenarkan masuk sekolah dan mengadakan program bersama pelajar2 sekolah.

Manakala, terutamanya, pada pilihanraya 1986, Al Arqam berkempen untuk UMNO secara terbuka di Terengganu dan Kelantan. HAsilnya, PAS kalah semua kerusi Parlimen di dua negeri tersebut kecuali satu (Pengkalan Chepa).

Bagi Tulang Besi, ISMA ini adalah Al Arqam yang terbaru. Bagi Tulang Besi, tidak mustahil ISMA ini adalah projek ciptaan UMNO yang terbaru.

Tanda-tanda semakin jelas. Dan Tulang Besi yakin, pelbagai tanda-tanda lain akan menjelma lagi selepas ini.

Agenda "Kerajaang Perpaduang" UMNO-PAS adalah antara agenda yang disokong ISMA secara terbuka. Tidakkah kita lupa?

Tulang Besi

ps TUlang Besi ni dah lama dalam PAS. Semenjak zaman PAS dipandang hina oleh semua pihak termasuk mereka yang mengaku diri sebagai pejuang Islam. Di waktu itu, ahli2 PAS pun tak berani nak mengaku diri jadi PAS.

Dan, Tulang Besi pernah lihat sendiri bagaimana jemaah2 Islam yang lain dari PAS menyerang dan menghentam PAS sekaligus menguntungkan UMNO.

Di depan masyarakat, mereka berpakaian jubah dan serban serta berubat dakwah. Hakikatnya, mereka dibiayai dan disokong oleh UMNO demi melemahkan PAS. Itu sahaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.