Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, October 28, 2011

KENYATAAN AKHBAR BERKAITAN SYABAS DARI YB ELIZABETH WONG

ULASAN: Secara mudahnya, SYABAS tidak buat kerja dengan baik sehingga banyak air yang dirawat bocor dan membazir.

Kita tidak tahu apa yang SYABAS buat. Yang pastinya, SYABAS tidak berbuat kerja dengan baik sehingga terpaksa meminta sebuah empangan baru.

Padahal, sekiranya SYABAS selesaikan masaalah kebocoran, tidak perlu kerajaan membina empangan baru bernilai RM9 billion.

Sudah cukup rasanya rakyat menanggung kebodohan dan kedunguan UMNO di dalam mentadbir Malaysia.


Syabas Gagal Turun Air Tidak Berhasil, Bekalan Air Bersih Terganggu


Kerajaan Negeri Selangor bimbang dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang tidak terkawal dan gagal dikurangkan walaupun pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mendakwa telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkannya.

Kegagalan SYABAS menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan membuktikan syarikat konsesi air ini gagal menjalankan penyelenggaraan paip-paip air dengan baik seperti yang dikehendaki dalam perjanjian penswastaan air antara Kerajaan Negeri dengan syarikat konsesi.

Jika SYABAS tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna.

Mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), SYABAS masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang dari 30 peratus. Walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 % pada 2009 berbanding 38.43 % pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020.

Tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air bersih di Lembah Klang akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan.

Laporan Pengkajian Penilaian Aset Air Negeri Selangor oleh Ranhill mendapati, dua loji rawatan air iaitu Kalumpang dan Sg Sireh memerlukan penambahbaikan yang besar manakala 18 lagi loji memerlukan penambahbaikan.

Ini menunjukkan pengendali loji-loji berkenaan, Puncak Niaga telah gagal melakukan usaha untuk menambahbaik loji-loji rawatan air ini bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi untuk keperluan pengguna.

Justeru, tidak hairanlah jika loji-loji ini berfungsi di bawah kemampuannya sedangkan ia mampu menghasilkan air bersih yang mencukupi jika loji-loji ini dinaik taraf.

Menteri-menteri Kerajaan Pusat lebih ghairah bercakap mengenai keperluaan membina Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2, bagi menutup kelemahan dan ketidakmampuan syarikat konsesi ini yang ada hubung kait dengan UMNO.

Langat 2 yang dipertahankan kerajaan Pusat dan syarikat konsesi ini hanyalah loji yang membawa air mentah dari Pahang tetapi pembinaannya tidak akan mampu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bersih kepada pengguna.

Isu yang patut diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat ialah menyegerakan pengambilalihan pengurusan air kepada Kerajaan Negeri Selangor yang sengaja dilewat-lewatkan dan dibelenggu masalah-masalah yang tidak sepatutnya timbul.

Pengurusan air akan lebih terjamin, terurus dan profesional jika Kerajaan Negeri diberi mandat untuk ambil alih dari syarikat konsesi kerana kepentingan rakyat lebih diutamakan berbanding keuntungan, tidak seperti syarikat konsesi yang mana keuntungan adalah segala-galanya.

Jika Kerajaan Negeri mengambilalih pengurusan air, kita amat yakin NRW berjaya diturunkan hanya sekitar 10 peratus dan tidak akan berdepan masalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat 10 peratus setiap tahun.

Kejadian paip bocor berhampiran Lapangan Terbang Subang baru-baru ini menjadi contoh kepada ketidakcekapan SYABAS dalam menyelenggara paip-paip ini. Ia bukan saja mengundang kesengsaraan kepada pengguna jalan raya malah menyumbang kepada pembaziran air bersih sekali gus meningkatkan peratusan NRW.

Syarikat konsesi gagal mempelbagaikan teknologi rawatan air seperti rawatan air dalam kontena yang lebih mudah, cepat dan murah berbanding membina Langat 2. Teknologi ini juga boleh digunakan untuk merawat air hujan sehingga bersih dan selamat untuk digunakan.


Y.B Elizabeth Wong
--
Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Laman web: www.selangorkini.com.my, www.selangor.gov.my, www.tvselangor.com.
Tel: 03-5544 7457 / 7459, Fax: 03-5513 5068;

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.