Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, October 16, 2011

Kickdefella Perlu Sedia RM5juta Untuk Bayar pada Husam Musa

Tulang Besi menasihatkan Syed@Kickdefella menyediakan RM5 juta sekarang di atas semua fitnah yang beliau hamburkan kepada Husam Musa.

Maklumat yang TUlang Besi dapat, si "Kick" ni cuma menembak dalam gelap dan dia sendiri sedar dia tiada bukti.

Pengisytiharannya kononnya Husam Musa membayar beliau sejumlah wang sehingga hari ini tiada bukti.

Adalah dipercayai tindakan beliau adalah untuk mensabotaj peluang Husam Musa menjadi Naib Presiden PAS.

Malangnya, usaha Syed@kick al kazzab gagal. Husam Musa menjadi Naib Presiden PAS dengan menduduki tangga ke dua.

Lagi kelakar bila kita imbas percubaan Kickdefella menentang usaha Tengku Faris Petra untuk menjadi Sultan Kelantan.

Segala usaha beliau rupanya gagal. Tengku Faris Petra adalah Raja Kelantan yang sah dan sekarang ini menduduki takhta kerajaan Kelantan.

Usaha Kick untuk memfitnah Tok Guru Nik Aziz juga gagal. Laporan SPRM yang beliau buat terhadap Tok Guru Nik Aziz berakhir dgn SPRM membersihkan nama Tok Guru.

Serangan beliau terhadap projek Bazaar TOk Guru juga terbukti fitnah dan dusta semata-mata. Semua peniaga2 Bazaar Tok Guru akhirnya berpindah dengan baik ke tempat baru mereka.

Tiada siapa yang komplen atau merungut kecuali Kickdefella.

Harga Syed@Kick menjadi barua UMNO, inshaalah, adalah RM5 juta. Pegilah si Kick minta RM5 juta tu dari pemimpin2 UMNO. Kalau tidak, isytiharlah diri beliau sebagai bangkrupsi.


Yang jelasnya, sekarang ini, beliau tiada beza taraf beliau dengan blogger2 UMNO, yakni taraf blogger pendusta dan pembela porno.

Nyahlah ko wahai Syed@Kickdefella ke dasar neraka.

AMIN!!!!


Tulang Besi

YB Dato Haji Husam saman blogger kickdefella
Tuesday, 20 September 2011 03:50 man
E-mail Print PDF

Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa hari ini memfailkan saman terhadap penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz atas dakwaan menyiarkan berita yang tidak benar dan tidak berasas terhadapnya.

Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Husam (bawah) mendakwa tiga artikel bertajuk "Husam telah menipu sahabat dan rakyat" , "Sebelum kita lupa Normala Sudirman" dan "Husam itu pembohong" memfitnahnya.

Syed Azidi didakwa secara tidak tepat dan tidak benar mengaitkan Husam sebagai penipu dan perosak negeri Kelantan.


Tulisan itu antaranya berkaitan dakwaan kerugian Kelantan ekoran pemberian tanah hampir RM30 juta kepada pemaju tanpa menerima pulangan setimpal selama 99 tahun, pembelian semula Bazar Tok Guru bernilai RM 23 juta dan kerugian apabila terpaksa membayar pampasan kepada UDA Holdings Berhad.

Husam berkata, jika dibaca hasil tulisan tersebut, secara jelasnya, ia memburukkan plaintif dan memfitnah kerana artikel itu menuduh dirinya seorang pembohong.

Penyiaran artikel itu juga didakwa:

- Dengan niat untuk menjatuhkan maruah plaintif dan menjejaskan kredibiliti plaintif sebagai seorang wakil rakyat.



- Segala perbuatan defendan, samada perbuatan atau tinggalan, sehingga tersiarnya dan tersebarnya berita fitnah adalah tidak berasas, berunsur fitnah dengan niat jahat, melulu dan berniat jahat menjatuhkan maruah plaintif sebagai pimpinan PAS, wakil rakyat dan exco Kelantan.
Dengan maksud yang jelas menggambarkan bahawa plaintif pemimpin yang menyalahgunakan jawatan dan kuasa sehingga menipu rakyat Kelantan.
Imej baik plaintif telah terjejas di mata masyarakat.

"Walaupun plaintif melalui peguam caranya telah mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut agar defendan memohon maaf secara terbuka daripada plaintif dan membayar ganti rugi yang amat minimal bagi perbuatan fitnah dan tohmahan yang telah dilakukan oleh defendan, namun defendan masih gagal/enggan dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi tersebut," writ saman itu dipetik.

ehubungan itu, Husam memohon Syed Azidi (kanan) membuat permohonan maaf secara terbuka dalam laman blognya dan memadam ketiga-tiga artikel - bertarikh 27 Januari, 3 Februari dan 3 Julai lalu - serta mengiklankan permohonan maaf itu dalam harian bahasa Melayu selama sehari.

Beliau juga menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta, ganti rugi teladan, melampau, punitif, dengan kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Husam juga memohon injunksi bagi menghalang defendan dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.

Husam yang juga naib presiden PAS diwakili peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.

- ehsan : malaysiakini.com

3 comments:

Anonymous said...

Lawan tetap lawan, kebenaan pasti akan terbuka akhirnya.

Anonymous said...

haha

Anti Arab Gedebus said...

Padan muka kau Tuan Syed Gedebus. Rasakan. Lepas ni Sultan Kelantan jadi Agong siap la kau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.