Hasan Ali sendiri, dalam kenyataan terbaru, berkata keluarga2 yang dikaunseling adalah mereka yang "berlatarbelakang miskin dan bermasaalah".(rujuk keratan akhbar di bawah)
Yang jelasnya, keluarga2 ini juga hampir kesemunya pernah ditolak permintaan bantuan dari Pusat Zakat Selangor.
Ertinya perjalanan Pusat Zakat Selangor terlepas dari penyiasatan ataupun pembetulan.
Tulang Besi telah menjalankan "survey" dan mendapati 97% dari responden mahukan
1.0 Lembaga Zakat Selangor diaudit oleh sebuah badan audit yang bebas
2.0 Laporan audit tersebut dibentangkan kepada umum (ataupun kepada Dewan Undangan Negeri Selangor)
Hasan Ali hanya berani berkokok berkenaan "percubaan murtad" yang sehingga kini tiada seorang pun yang didakwa.
Namun, apa yang HAsan Ali tidak sedar adalah keluarga-keluarga miskin ini mendapat bantuan dari pihak Gereja setelah mereka disisihkan oleh Pusat Zakat Selangor.
Ketiadaan bukti untuk pendakwaan adalah kerana pihak Gereja tersebut tidak pernah menyebarkan agama Kristian kepada keluarga2 Islam ini. Apa yang mereka lakukan hanyalah memberikan bantuan kemanusiaan kepada keluarga2 miskin ini.
Sekiranya proses perjalanan dan penyebaran zakat tidak dibetulkan, selepas ini ramai lagi yang akan menerima bantuan gereja.
Sumber berlakunya hubungan kelurga Islam dgn gereja adalah kerana LEMAHNYA SISTEM ZAKAT.
Selagi kita tidak membetulkan sistem zakat di Selangor, selagi itu akan bertambah-tambah keluarga Islam yang meminta bantuan dari Gereja.
HAsan Ali cuma menjadi alat UMNO untuk melindungi segala kebobrokan yang sedang berlaku dalam proses penyebaran zakat.
"Murtad" ini bukan isunya. Isu yang sebenar adalah mengapa terdapat keluarga2 ISlam yang tersisih dari bantuan zakat sedangkan pungutan zakat di Selangor antara tertinggi di Malaysia.
Hasan Ali sepatutnya berbangga kerana berjaya menjadi alat kepada propaganda UMNO dengan jayanya.
UMNO tolak hudud kerana desakan seorang pelakon porno, bukankah itu satu tindakan yang membawa kepada murtad?
Tulang Besi

zakat juta-juta depa bawa pelari pi mana sapa pun tak tau. ramai sagat penyamun sekarang ni. duit zakat memang perlu audit. malah duit lain-lain pun, pnb, kwsp, petronas dan poket menteri. semua kena audit dan bentang kepada rakyat. Istihar harta pun kena juga tuan. adoiiiii sampai bila kita nak jadi bodo macam lembu?
ReplyDeleteZakat memang dah diaudit, tak perlulah nak istyhar macam syarikat berhad pulak, dia bukan syarikat. Jangan alasan miskin tu nak dijadikan sebab depa nak murtad. Orang miskin memang ramai, tp. Nak beri zakat semuanya mungkin takkan dapat. Yang tulang besi anti jais sangat ni pasai apa, sokong orang murtad dan kristian ke? Titah sultan sangat berhemah dan baik demi menjaga maruah ke dua dua belah pihak dengan tidak mendakwa mana mana pihak yang terlibat. Pokoknya memng ada usaha utk memurtadkan umat islam. Kalau nak cari salah memang mudah...
ReplyDelete