Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, October 25, 2011

Parti Islam Menang di Tunisia


Mengikut laporan AlJazeera English Online memetik sumber2 dari Parti AnNahda sendiri melaporkan:

The moderate Islamist party al-Nahda has claimed that it has won more than 30 per cent of seats in Tunisia's 217-member consitutent assembly, following the country's historic election.

"The first confirmed results show that al-Nahda has obtained first place nationally and in most districts," the party's campaign manager, Abelhamid Jlassi, said at a news conference, citing al-Nahda's own election observers' reports.

The party's claim came ahead of an announcement by the country's independent election commission, in which it was to offcially declare results for overseas seats.


Bagi Tulang Besi, ia membuktikan teori yang selama ini berlegar-legar di kalangan pejuang2 ISlam, yakni diktator2 yang dilantik dan disokong penjajah diperlukan untuk mengekang kemenangan Islam.

Sekiranya berlaku pilihanraya yang adiil, maka parti Islam sudah pasti akan menang dengan gemilang mengalahkan parti-parti sekular.

Sama seperti di Malaysia. PArti barua penjajah, yakni UMNO, diletak oleh penjajah bagi memastikan parti ISlam tidak boleh mengambil tampuk pemerintahan Malaysia.

Dan selama memerintah, UMNO telah menggunakan berbagai-bagai kaedah yang zalim dan menipu untuk kekal memerintah sert mengekalkan polisi penjajah yang anti Islam.

Sememangnya parti2 sekular seperti UMNO ditinggalkan penjajah untuk memastikan umat Islam tidak kembali kepada Islam. Bukti jelas apabila UMNO menolak hudud secara terang2.

Tulang Besi


3 comments:

Anonymous said...

bila pulak umno tolak hudud...jangan buat fitnah lah rahman...macam lah pas akan buat hudud bila perintah malaysia nanti...

selama pas wujud pun apa sumbangan pas pada islam kat malaysia nie???

pas tu parti islam ker??? parti sesat adalah...atau parti yang menggunakan islam untuk dapatkan kuasa...pas golongan hina sebenarnya yang sanggup jual agama untuk dapatkan dunia yang sementara...semoga Allah melaknati puak-puak pas nie...

Anonymous said...

Salam 2 all.

Teman tengok riuh kaum Anwarinas dan Koonyet:2 bila teman timbulkan mengenai isu liwat termasuk berkaitan "mendatangi isteri melalui 'pintu belakang". Maka habis dema punggah kitab kuning, kitab hijau, sampai kitab takde warna pun dikeluarkan daripada gobok dan lemari untuk serang teman. Ada yang sampai fitnah teman jahil tak tau hukum!

Isu yang teman bangkitkan bukan soal apa hukum "mendatangi isteri melalui pintu belakang". Itu teman pun tahu, kecuali ada segelintir orang yang masih berminat dengan main pintu belakang ni walaupun dah tahu itu adalah amalan kaum yang dila'nat! Isunya sekarang ialah mengapa peruntukkan itu tidak ada didalam Enakmen yang yang digubal oleh PAS. Bukan sahaja tidak ada, malah membawa kekeliruan dan fitnah terhadap Islam dan umat Islam.

Sebenarnya teman pada mulanya tidak menyedari kelompongan didalam Enakmen tersebut. Sehinggalah seorang isteri pimpinan pembangkang datang mengadu kepada teman mahu memohon cerai. Pengadu ni isteri kedua seorang pemimpin pembangkang. Masih muda, bawah 30 tahun. Beliau datang dengan aduan mahu bercerai, kerana tidak tahan "didatangi oleh sang suami melalui pintu belakang"!

Teman agak terperanjat dengan pendedahan si isteri ini. Kebetulan teman kenal pemimpin yang dia sebut. Teman katakan takkan polan tersebut tidak tahu "mendatangi isteri melalui pintu belakang" adalah dila'nat, dan dikutuk ALLAH!

Namun si isteri menyatakan kepada teman, sang suami menegaskan "mendatangi pintu belakang" isteri ini diperbolehkan! Dan si isteri menyatakan antara hujah sang suami untu menghalalkan tindakannya menduburi isterinya, sang suami menunjukkan kepada beliau Enakmen tersebut yang jelas menunjukkan satu kekeliruan bila ia memperuntukkan secara ringkas saperti berikut:

Seksyen 14: liwat itu ialah apabila seorang lelaki mendatangi dubur seorang lelaki atau dubur seorang wanita kecuali dubur isterinya!

Dan tidak ada mana-mana peruntukkan didalam Enakmen tersebut yang menyebut atau memperjelaskan sebaliknya. Maka sang suami dengan penuh konfiden menyatakan bahawa dia boleh mendatangi "dubur" isterinya kerana ianya bukan "liwat" mengikut ta'rifan Enakmen tersebut!

Keghairahan kaum ini menyerang teman dengan segala maki-hamun dan fitnah serta mengeluarkan segala kitab dan hujah ini membuktikan satu perkara: bahawa Enakmen yang dibuat oleh PAS ini tidak sempurna dan tidak lengkap kerana tidak menterjemahkan dengan sempurna dan lengkap apa yang sebenarnya disyariatkan Islam.

Kalau mike perhatikan, tidak ada seorang pun yang mengupas tentang peruntukkan Enakmen tersebut. Semuanya menyandarkan hujah kepada undang-undang Islam berdasarkan segala kitab dan lain-lain KECUALI Enakmen tersebut. Teman rase dema baca pun tak Enakmen yang dibuat oleh kaum mereka sendiri!

Yusof Ali said...

JPm Jabatan Penerangan ,telah lama bagi tau kepada Rakyat Malaysia,krususnya orang Melayu Islam ,dengan hukum hudud dah lebih 50 tahun umno menjadi tulang ,tapi tak faham2 hukum hakam Islam,orang no 1 umno juga cakap tidak sesuai, tidak boleh dilaksanakan,terang tolak hukum Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.