Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, October 16, 2011

PAS Ditubuhkan Hasil dari Muzakarah Ulama

Tulang Besi baru teringat. Tulang Besi tidak menulis apa-apa sempena sambutan 60 tahun penubuhan Parti Islam Semalaysia.http://www.blogger.com/img/blank.gif

Sejarah PAS boleh dibahaskan dari berbagai-bagai aspek dan sudut. Namun, sudut yang dipilih oleh Tulang Besi adalah betapa penubuhan PAS menepati kehendak syarak dan syarat2 Islam.

DIambil dari Wikipedia Melayu:

"Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth....


Dari maklumat Tulang Besi dapat dari orang2 lama PAS, perbahasan berlakuy cukup hangat sewaktu Muktamar itu berlaku. Perbahasan berlaku antara dua pendapat:

1.0 Pendapat yang mahukan penubuhan sebuah NGO sahaja yang dipanggil Persatuan Ulama SeTanah Melayu

2.0 Pendapat yang mahukan penubuhan sebuah Partai Islam yang akhirnya dipanggil Parti Islam Setanah Melayu


Perbahasan usul itu bermula awal pagi berlansung sehingga lewat malam. Masing-masing kumpulan berbahas dengan membawa hujjah2 Al Quran, Hadeeth serta waqi'.

Namun, semakin malam Muktamar itu, semakin jelas hujjah penubuhan sebuah Partai Islam lebih kuat.

Maka, sekitar jam 10 malam atau lebih, usul dibuat untuk menubuhkan sebuah Parti Islam Setanah Melayu dan dipersetujui oleh semua yang hadzir.

Dan, jawatankuasa2 awal PAS adalah terdiri dari para ulama dan tok guru2 yang terkenal seluruh Pantai Barat Malaysia. Antaranya adalah Pak Ya Junid pengasas Pondok Pak Ya, Tuan Guru Mat Nor Segambut, Ustaz Mansur J.P., Ustaz Zabidi Ali dari Pulau Pinang dsbnya.

Diberitakan Muktamar tersebut telah di "hijack" oleh mereka yang bekas aktivis serta pendokong Parti Hizbul Muslimin yang telah dizalimi British. Maka, sepanjang perbahasan, wakil2 dari Hizbul Muslimin mampu memberikan hujjah yang jelas dan kuat sehingga sekelian yang hadzir terpaksa akur.

Secara mudahnya, hujjahnya adalah UMNO tidak boleh diharap lagi untuk membela Islam atas beberapa tindakan jelas anti Islam seperti:
http://www.blogger.com/img/blank.gif
1.0 UMNO menghalalkan judi melalui program Loteri UMNO 1951
2.0 UMNO menghalalkan arak dengan membenarkan pembukaan kilang arak di Malaysia
3.0 UMNO menyokong murtadnya Natrah
4.0 UMNO membiarkan kelab-kelab malam serta kaberet dibuka kepada semua orang Islam
5.0 UMNO terbuka menolak hukum Syariah dan hukum ISlam termasuk hukum hudud dan Qisas.
6.0 UMNO menyebarkan sekularisma dengan fahaman "Politik Suku Agama Suku"
7.0 UMNO adalah anak didik penjajah British. Sudah tentu mereka tidak akan membiarkan Islam naik


Maka, jelaslah pada masa itu, dengan menubuhkan NGO semata-mata tidak akan mampu mengubah UMNO untuk menjadi pro kepada Islam.

Atas sebab itu, perlulah sebuah parti Islam ditubuhkan bagi menggantikan UMNO yang sekular itu.

PAS TERTUBUH HASIL DARI MUZAKARAH ULAMA

Berbeza dengan jemaah2 Islam lain, penubuhan PAS telah dibahas dari segi syarak sejak awal lagi.

Maka, natijah dari perbahasan ulama tersebut, tertubuhlah PAS.

Dengan kata lain, TIADA SYAK lagi PAS adalah parti Islam dan penubuhan PAS memenuhi tuntuan syarak serta kehendak Islam.

Berbeza jemaah2 lain yang bergantung kepada ijtihad hanya seorang tokohi i.e. Ikhwan-Hasan Al Banna, Hizbu Tahrir -Taqiuddin An Nabhani, Jamaat Islami - Al Maududi dsbnya.

PAS pula ditubuhkan atas ijtihad perkumpulan Ulama dari seluruh Pantai Barat Malaysia. Kehebatan PAS dari segi syarak adalah lebih berbanding dengan jemaah2 Islam lain atas faktor ini.

Atas sebab itulah perjuangan PAS ini terdapat banyak barokah dan rahmat.

Di saat awal penubuhan PAS, apabila PAS tiada siapa yang mahu memimpin, maka Allah SWT menurunkan Dr Burhanuddin Al Hilmi yang berjayat mensemarakkan PAS seluruh Malaysia.

Pendek kata setiap kali PAS menghampiri kehancuran, Allah SWT mendatangkan bantuan dari langit dan menyelamatkan PAS dari kehancuran.

Itulah PAS, saudara saudari sekelian.

Siapa yang berani kata PAS sesat, maka mereka secara otomatik menyesatkan ramai ulama2 besar zaman 50'an yang membuat ijtihad menubuhkan PAS.

Ada berani? Kalau berani, silakan buat tuduhan sebegitu.

PAS adalah sebuah parti yang benar-benar untuk tujuan menaikkan serta memperjuangkan Islam. Tiada satu tokoh atau satu figure yang boleh dikaitkan dengan PAS tetapi ramai.

Sesiapa sahaja yang menguntungkan Islam serta membawa Islam kepada kejayaan dan kegemilangan, itulah dia tokoh PAS.

PAS adalah untuk Islam semata-mata.

Wallahualam

Tulang Besi



1 comment:

Serious Shepherd said...

Salam.

Komen yang tiada kaitan dengan topik no. 1: Titah Sultan Brunei mengenai pelaksanaan hukum syariah. Antara petikan terbaik adalah seperti berikut: "...kerana kita tidak boleh lagi berkata 'tidak' atau 'tunggu dulu', sebab kita sudahpun cukup segala-galanya, ada kemampuan dan ada kuasa untuk melaksanakannya."

Petikan berikut adalah yang 'terbaeekkk':
"Kalau kita masih juga berkata 'tidak' atau 'tunggu dulu', ini adalah tidak kena. Siapakah kita di hadapan Allah untuk berkata 'tidak' atau 'tunggu dulu' sedang undang-undang ini bukanlah baru digubal, sedangkan telah termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Hadis sejak dari 1400 tahun lebih lagi."


Komen yang tiada kaitan dengan topik no. 2: Gan Han Chuan, salah seorang plaintif dalam kes saman judi (bahasa mudah: antara mereka yang menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana mengharamkan judi) telah dikenal pasti sebagai Ketua Pemuda MCA Kelantan. Sila lihat artikel Utusan Meloya bertajuk Pemuda MCA cabar Pang Chaw bubar DHPP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.